Sirappp!! + Buang-Buang Karen

October 23, 2009

Silalah Ambil! #47 – Air tangan Flight of The Conchords

Filed under: TV, dunia, kin-ell, music, silalah ambil — kinell136 @ 7:02 pm

flight-of-the-conchords-718574

Siapa suka tonton Flight of The Conchords? Bagi mereka-mereka yang garu kepala dan telur tak tahu siapa dua ekor dalam gambar di atas, dipersilakanlah mencari ‘Flight of The Conchords’ di laman..ye mana lagi kalau bukan Wikipedia.

Seringkas yang boleh – Flight of The Conchords ni adalah satu duo folk comedy parody sukahatikaulahnaklabelapa yang berasal dari negara banyak lembu, New Zealand. Dianggotai Jermaine Clement dan Brett McKenzie, diorang ni mula menempa nama di negara asal mereka sebelum mula mencari tapak dan melebarkan sayap di belah-belah UK. Penampilan mereka dalam rancangan radio di BBC bersama Rhys Darby dan pelawak over Jimmy Carr serta pengiktirafan seperti anugerah-anugerah yang diterima membuatkan nama mereka semakin dikenali ramai.

2007, mereka melangkah bertapak-tapak lagi dengan munculnya siri drama komedi yang dinamakan juga sebagai Flight of The Conchords dan dibintangi oleh mereka sendiri sebagai watak utama, dengan bantuan Rhys Darby yang memegang watak Murray Hewitt, pengurus mereka. Mengisahkan tentang perjalanan mereka untuk meraih kejayaan di bumi Amerika, yang nyata bukan kerja ayam-ayam, diselangi dengan lagu-lagu komedi pelbagai genre, folk pop new wave dance funk hip hop gothic classical semua mangkuk ni belasah, boleh kata memang tak ada alasan langsung untuk tidak menyukai mereka.

Pada yang nak tengok, sila google sendiri yah. Korang belum tercicir jauh, sebab FITC baru je ada 2 musim dengan 22 episod.  Try tengok, dan aku berani jamin, korang pasti suka dan lebih teruk lagi, mungkin ada masa-masa tertentu korang boleh jadi Brett atau Jermaine…macam ada seorang makhluk tu.

Ini hari wa mau bagi links (semua RS) untuk album lagu sahajalah. Boleh korek korek kat bahagian komen.

September 3, 2009

Sehari Satu Perkataan #5 – Larry David Moment

Filed under: Sehari Satu Perkataan, TV, dunia, kin-ell — kinell136 @ 6:15 pm
prettayy..prettayy..prettayy...prettayyy..pretty good.

prettayy..prettayy..prettayy...prettayyy..pretty good.

Curb Your Enthusiasm ialah salah satu siri komedi yang paling aku suka (walaupun tak tengok habis lagi..baru nak masuk Season 3 out of 6). Bakal memasuki musim ketujuhnya tiga minggu lagi, Curb memang terkenal dengan corak humornya yang bijak, selalunya subtle dan kadang-kadang (at least dalam kes aku) kena tengok berkali-kali baru la dapat penangan dia bai. Nak tahu lebih lanjut, bolehlah lawat Wikipedia..mana tahu, ini akan menjadi satu batu loncatan kau ke arah men’delete’ segala episod Friends dalam laptop kau di masa-masa akan datang.

Pada yang biasa atau pernah tengok siri ni, pasti sudah sedia maklum bahawa Larry David (dalam Curb pun dia jadi Larry David juga) adalah seorang yang tak tau nak cakap macam mana, ada yang kata dia ni ‘obnoxious’  tapi tidak pada aku. Karekter Larry David boleh jadi seorang yang offensive pada pandangan orang lain, namun hakikatnya dia takde niat pun nak buat begitu. Part ni lah yang menjadi fokus entri aku kali ini.Inilah yang dinamakan ‘Larry David Moment’

Di-copy dari urban-dictionary, aku tukarlah feel dia ke arah Urban-Melayu sikit.

Apakah itu ‘Larry David Moment?’

Apabila seseorang mengatakan atau melakukan sesuatu yang dianggap offensif atau menghina seseorang yang lain, dengan tanpa niat.

 Peh..dah macam ayat legal provision la pulak.

Berasal dari siri komedi ”Curb Your Enthusiasm”, di mana karekter utamanya Larry David, agak selalu juga tidak sengaja menghina dan menyakiti hati seseorang.

Abang Long #1: Best gak perjumpaan aku dengan isteri kau malam tadi. Dia ok aaa. Tak bosan la.
Abang Long #2: Terima kasih, isteri aku pun rasa kau ni takde la cagu sangat orangnya.
Abang Long #1: Satu lagi, isteri kau tu hangat jugak ye. Hot-Hot. Great tits.
Abang Long  #2: Excuse me?
Abang Long #1: Body pun cantik. Tak sangka betul anak dah 5 orang. Pandai dia jaga. Nice. Ini satu pujian ni bai.
Abang Long #2: Pujian bapak kau. Tu menghina namanya bai.
Abang Long #1: Aku takde niat nak jadi offensive bai. Serius shit. Aku ikhlas puji ni.
Abang Long #2: PUKIMAK LU BAI! (blah)
Abang Long #1: I just had a Larry David moment
.

 So korang, kalau jumpa orang jenis macam ni, kena ingat satu perkara, being tolerant is the key in handling such situation. hahahaha.

Banyak la toleransi aku.

Selamat berbuka puasa guys.

September 1, 2009

Tabik! #19 – Kakak Terbaik.

Filed under: TV, Tabik!, dunia, kin-ell, tempatan — kinell136 @ 6:05 pm

Pagi tadi, dalam pukul 6:30, dengan aku masih diselubungi selimut tapi time tu aku dah solat subuh, hawa gila sejuk, tak pasal-pasal tangan ni gatal nak bukak TV.

TV1 tengah siar Bicara Mufti. Aku tengok kanan kiri..belakang..Cik Mini takde..baguslah..boleh tukar channel..kalau tidak mesti dia nak tengok punya. Nasib baik Ustazah Fatima Arab tu takde dapat slot pagi-pagi ni, kalau tidak fosyo la Cik Mini dah melekat depan TV time-time camni. Pendakwah kegemaran dia tu.

ASTRO takde, remote control dah rosak, aku angkat kaki je ke punat tukar channel. Ohh..terlajak ke NTV7 pulak..punat tukar channel TV rumah aku tu kadang-kadang mereng sikit. Kena tekan sehabis lembut. NTv7 tak start apa-apa lagi, jadi aku pun tukar channel lagi. Ke mana lagi kalau bukan TV3.

Hah..tu dia…kakak terbaik yang dah naik satu level menjadi MILF tengah baca ringkasan berita-berita penting dalam akhbar harian. Kesian dia hari ni..nampak macam tak sihat..kejap-kejap dia berhenti..tarik nafas..batuk-batuk..namun dia teruskan juga dengan penuh dedikasi. Macam biasa, penampilan kakak terbaik pagi ni tetap steady dan unggul walaupun hakikatnya kakak terbaik ni sudah pun punya tiga orang anak. Tak macam kakak ipar gua. And then, bila si Fedtri Yahya mula baca part dia, aku mutekan volume TV, bangun masuk bilik capai tuala pergi mandi.Takde point aku nak dengar suara ‘kurang berwibawa’ dia bai.

2586969440_fab9ef01df

Pada aku lah, kakak ni dah kira mencapai status Nirvana jugaklah. Bukan lagi cult status sebab umum dah memandang tinggi dia ni. Mungkin tak keterlaluan rasanya jika dikatakan kakak terbaik ni dah menjadi satu standard piawai dalam pencarian jodoh. Meluas ke tak penggunaan piawaian ni, tapi ungkapan-ungkapan seperti – ” My son, gua nak lu cari bini macam kakak terbaik” dan ” Mother, gua sibuk, takde masa nak mencari, boleh tolong carikan tak, kalau boleh yang macam kakak terbaik aaa.” – biasa aje kita dengar. Semua nakkan pakej kakak terbaik ditambah dengan zero kontroversi.

Tapi aku rasa..ni pendapat aku lah, agak criminal jugak bila kakak terbaik ni tak diserahkan tugas-tugas mengacara rancangan-rancangan di waktu prima. MHI takkan dapat setaraf rancangan bual bicara pagi di negara-negara maju yang lain, yang dok tembus line nak call hari-hari pun asyik nama orang-orang tua yang sama. Aku suspek sebab utama diorang call ialah diorang nak bercakap dengan kakak terbaik ni je. Ada isi ke tak belakang kira. Serius bai, aku pernah juga menonton MHI di mana seorang regular caller tua ni dapat masuk line dan pendapat-pendapat yang beliau utarakan tak dapat tidak, akan mengundang reaksi automatik – Wattafak?

Tapi semua kena faham juga memandangkan kakak terbaik ni seorang yang family-oriented ah, jadi tugas-tugas dalam waktu prima mungkin menjadi sedikit masalah buat beliau.

Satu yang buat aku terfikir, kalaulah dia tak’berhijrah’ dulu, kat mana agaknya dia sekarang. Mungkin terus down di Down Under. Dan kalaulah dia tak ‘berhijrah’ dulu, mungkin mak-mak, kakak-kakak, adik-adik kita akan terus kelihatan boring dan tak akan jadi ‘ekspresif’ dengan pemakaian tudung macam yang kita saksikan sekarang. Obviously, walaupun tak ada rekod rasmi yang menyatakan bahawa kakak terbaik ni lah yang menjadi pengasas trend segala macam yang tersebut, tapi dengan nama yang kakak terbaik ni bawa, bolehlah aku masukkan dia ni dalam kategori ‘catalyst’ ah. Catalyst yang paling tepat lah. Memarakkan api yang sudah sedia membakar.Melajukan arus yang sudah sedia mengalir. Aku budget kalau Rohana Jalil ke..Salwa Abdul Rahman ke..Zur Eda kelmarin ke..yang nak jadi ‘catalyst’, orang gerenti tak nak ikut punya.

Bukan setakat tudung silang dan pembudayaan busana muslimah je, impak kakak terbaik ni jauh lebih besar dari itu. Ciri-ciri kemandirian dan kemantapan artikulasi banyak mempengaruhi wanita-wanita generasi baru untuk tampil dengan lebih wibawa, luar dalam serta dapat mencapai cita-cita dan segala yang mereka mahu lakukan, meskipun dalam keadaan bertudung. Aku rasa Yuna pun tak terkecuali sebagai salah seorang dari ribuan inspiree yang muncul dari ‘gelombang kakak terbaik’ yang dah wujud sedekad lamanya. Kenapa Yuna? Sebab dia dah berjaya dan diterima dalam melakukan apa yang dia mahu. Menyanyikan lagu-lagu shoegazing pop.

Katakan lah dalam 6-7 tahun lepas, Orang mungkin takkan pernah terfikir Sunsilk akan buat iklan syampu rambut menggunakan model bertudung. Serius shit.

Bezanya dengan semua fakes yang ada sekarang, kita dapat rasakan keikhlasan kakak terbaik ni waktu dia nak berhijrah dulu (at least aku rasa). Tiada agenda tersembunyi. Boleh dikatakan keikhlasan, ditambah dengan keazaman dan usaha berterusan untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik lah yang membawa berkat dan rezeki yang tak putus-putus dikurniakan ke atasnya.

Tabik kakak terbaik.

August 16, 2009

Wau! Wau! Wau!

Filed under: TV, dunia, kin-ell — kinell136 @ 8:07 pm

Dialah Kseniya Simonova – Pemenang Ukraine’s Got Talent. Amacam? Unreal kan? Jangan la tengok lurah dia je.

Klik sini untuk bacaan lanjut.

August 8, 2009

Tabik! #17 – Terrance and Phillip

Filed under: TV, Tabik!, kin-ell — kinell136 @ 12:58 am

dengar kata, Trey dan Matt ada rancangan untuk membuat live-action film Terrence and Phillip

Dengar khabar, Trey dan Matt ada rancangan untuk membikin live-action film Terrence and Phillip.

Tabik mereka kerana telah membawa fart-jokes ke tahap yang lebih tinggi.

June 22, 2009

Meh Masuk Sini Meh #11 – sempena Kempen ‘Save Your Hard Disk Space’

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, TV, kin-ell — kinell136 @ 12:46 am
ren_and_stimpy_billy_west

Yang istimewanya dalam Ren and Stimpy, parts..objects, scenes yang gross dan jijik gila selalu mendapat preferential treatment pada animation detailnya. Mungkin John K bukan pioneer tapi benda ni dia dah lama buat sebelum Spongebob kartun favorite Abang Najib buat lagi. Habis celaka kan?

Entri kali ini masih dikhususkan buat kaki-kaki sedut negara juga tapi kaki-kaki pada konteks yang lain. Ini buat kaki-kaki sedut yang jenis sayang sangat dengan free hard disk space PC mereka dan jenis tak kisah sangat dengan kualiti. Boleh juga dicadangkan pada mereka yang bukan kaki, yang jenis tengok buang. Lepas tengok buang. Macam member rumah atas si Peje tu.

Secara peribadi, aku boleh masuk dalam golongan ini tapi dalam masa yang sama aku boleh merasa sangat teruja juga dengan tawaran teknologi dan kualiti downloadable material terkini yang jauh lebih baik dan sudah pasti bersaiz besar serta menuntut free hard disk space yang banyak. Lagi-lagi video-video High Definition sekarang nih. Gila teruja.

Jadi, pada mereka yang termasuk dalam golongan seperti yang aku nyatakan dalam baris-baris awal perenggan di atas,

Meh Masuk Sini Meh

Ada baaaaanyak anime, kartun Barat, siri dokumentari, rancangan sukan dan TV series pada saiz dan kualiti yang lebih kecil. Bayangkan, korang boleh mendownload The Simpsons, South Park, Family Guy, American Dad dengan saiz hanya 16mb untuk satu episod. Apa? 16mb? Memang menjimatkan walaupun kualitinya cuma lebih ok sikit je daripada video-video 3gp. Asal boleh tengok sudahlah ye. Tapi ada juga bahan-bahan berformat MKV yang agak mengejutkan juga kualitinya walaupun saiz dia tak besar. Macam siri Curb Your Enthusiasm yang aku tengah download sekarang ni. MKV, 70-80mb tapi gambar cantik.

Sesuai dengan tagline laman ni – “download your favorite tv shows in a compressed format and save space on your hard drive“, jadi lepas ni korang bolehlah tambah lagi simpanan modal ‘ehem-ehem’ korang.

Setakat yang aku tengok-tengok lah, rata-rata laman ni ok walaupun ada juga aduan dari pelawat pasal tak kemas kini lah, links mati lah, audio tak kuat lah, tak sync lah tapi harus diingat kerja meng-encode, meng-compress dan meng-edit video ni bukanlah satu kerja yang mudah ye sedara. Aku pernah cuba-cuba juga godek-godek video editing ni dulu..sekali je..itu pun sebab ada orang suruh..last-last hasil final dia betul-betul macam gampang.

Untuk makluman, links diperolehi dari seantero Internet seperti mana yang telah termaktub dalam disclaimer laman ini. Bila susah nak cari supplier..jadi payahlah nak menghapdetnya.

Ada juga bahan-bahan yang bagi aku, amat cemerlang dalam laman ni macam dokumentari BBC – History of World War (volume I sampai volume IV), dokumentari Mega Structures 24 episod yang tak menjemukan, Blackadder – siri komedi lakonan Rowan Atkinson (orang Malaysia kenal dia sebagai Mr Bean sahaja), buat kaki gusti ada WWF Survivor Series 1987 dan 1988,  dan yang paling aku hargai – ada siri kartun Ren and Stimpy yang aku layan gila masa lepas SPM dulu. Aku pun tak paham macam mana siri kartun seumpama tu boleh lepas untuk tayangan di RTM…diulang..RTM..TV1..pukul 11:30 pagi.

MARILAH SAMA-SAMA JIMATKAN SPACE HARD DISK PC KITA.

June 16, 2009

Encik Farouk.

Filed under: TV, kin-ell, tempatan — kinell136 @ 11:15 pm

DSC_4557 copy

Sebelah tempat kerja aku ada production house, boss besar dia pun bukan orang lain, abang member dan orang kampung aku jugak. Tapi dah lama juga aku tak nampak dia dengan Harrier hitam dia. Pernah juga lepak smoking bersama, dia pernah offer aku masuk IT division, masa tu bekas budak rumah atas si Ujang yang pernah kerja kat company dia nak quit dan diorang baru dapat satu projek buat content 3G. Uiii..sumpah bang, saya tak reti.

Jadi boleh kata banyak kali jugaklah aku nampak selebriti-selebriti tanah air kat Zirkonville. Kadang-kadang aku nampak staff-staff dia pun dah macam selebriti. Antara yang aku pernah nampak termasuklah brader dalam gambar di atas.

Simple je orangnya, kereta dia cuma Perodua Myvi putih, dan macam mana kita nampak kat tv, macam itulah dia kat alam luar tv. Ramah, sederhana, kelakar. Ada satu hari tu masa aku tengah merokok kat luar Creative, dia baru keluar kereta, dia lambai kat aku, aku pun lambai la balik, lepas tu dia cakap, “Aiseh dik, sori..salah orang”. Hahaha.

Ada la dalam beberapa hari lepas, aku menonton Warung Kita kat channel Prima. Dek kerana Farouk Hussain, aku dengan Ramok gelak terisak-isak. Brader ni memang natural kelakar. Tapi rancangan tu pada aku sangat sangat bagus. Bukan saja sebab aku ni suka makan, tapi tempat-tempat makan yang diorang promote tu kira dekat lah dan boleh di-relate lah dengan khalayak majoriti. Tidaklah terlalu eksklusif sangat.Sayangnya aku dah terlepas banyak rancangan ni yang dah mula disiarkan sejak Februari lepas.

Aku tunggu ending credit. Sekali..ek ela..production house sebelah ni ke yang buat rancangan ni? Apa pun..sekalung tahniah pada mereka.Program-program terbitan mereka pun bagus-bagus dan langkah memilih brader Farouk ni sebagai hos Warung Kita memang habis bijak.

Satu lagi – tagline Farouk dalam Warung Kita- Kar-Wei? car-way? aku tak dapat tangkap lagi. Puas aku mencari ni. Bukanlah aku nak amalkan bila aku dah habis makan makanan yang sedap kat mana-mana, saja je nak tahu. Aku tanya Najib Rohim, dia tak tahu dan tak pernah tengok Warung Kita. Tapi dia kata rancangan tu macam *^@#A!. Eh, kata tak pernah tengok?

May 25, 2009

Meh Masuk Sini Meh #9

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, TV, dunia — kinell136 @ 8:02 pm
MichaelPalin1

Michael Palin Pasca Python dah jadi traveller yang gila legendary. Salut.

Untuk kaki-kaki download terutamanya yang cass articulate dan ilmuwan semua, aku baru jumpa satu blog yang sangat bagus dan aku nak kongsi dengan korang.

Meh Masuk Sini Meh.

Dalam blog ini, ada banyak dokumentari pelbagai cabang bidang baik lama, baru, yang tak berapa lama dan yang tak berapa baru terbitan BBC, PBS, IMAX, HBO, Discovery dan History Channel sedia rela untuk didownload.

Aku pun tak habis check lagi isi keseluruhan blog ni tapi Michael Palin: Around The World in 80 Days tu nampak menarek jugak untuk disedut.

Rehat la kejap mendownload porno tu ye. Apa kata sekali-sekala kita bertukar angin pulak.

May 8, 2009

Silalah Ambil! #24 – Fawlty Towers dan Black Books

Filed under: TV, silalah ambil — kinell136 @ 12:01 am

fawltytowersblackbooks1

Disaran berat pada para antusias British/Irish wit and dry humour dan pada mereka yang dah muntah dan muak tengok all those toothless American sitcoms terutamanya ‘Friends’.

Berita baik: Fawlty Towers cuma ada 2 musim (12 episod) dan Black Books cuma ada 3 musim (18 episod).

Links dalam comment.

April 7, 2009

‘Meh’kan Politik, Layan Stephen Chow lagi BOSS.

Filed under: TV, dunia, kin-ell, tempatan — kinell136 @ 4:40 pm

Hari ni ada tiga by-elections diadakan di tiga tempat di tanahairkutercinta Malaysia. Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Siapa tengok Bulletin Utama semalam??

Metaphorically aku ada gak la rasa nak muntah time tengok Bulletin Utama semalam.Sampai bila liputan berat sebelah media arus perdana kita akan berakhir?

Heh.

Siapa tengok Lawyer-Lawyer kat TV3 semalam?

Aku tengok. haha.Stephen Chow legend dow dan aku ketawa kuat sampai keluar air mata time adegan shower trap tu.

** Selamat pengantin baru Shafiz Jalil dan Neny Terisya.

Older Posts »

Blog at WordPress.com.