Sirappp!! + Buang-Buang Karen

December 12, 2009

Tabik! #25 – Jari Litmanen

Filed under: Tabik!, dunia, kin-ell, sukan — kinell136 @ 10:12 pm

Pada usia 38 tahun, Jari Litmanen membuktikan yang – form is temporary, class is permanent. Dengan selamba beliau menciken-cikenkan pemain-pemain Jerman. Ini barulah namanya desequilibrante. Apa benda tu? Lain hari kita akan bincang apa yang dimaksudkan dengan desequilibrante dan kepentingannya dalam siri kedua ‘Bangkitlah Bolasepak Malaysia’ yang bakal menemui anda tak tahu entah bila.

Sayang sekali, beliau adalah antara pemain terbaik dunia yang tak pernah main di peringkat World Cup sebab nama beliau bukan Jari Litmaneninho dan berasal dari Finland. Aku harap beliau akan meneruskan karier di bidang kejurulatihan pulak selepas ini.

December 5, 2009

Tabik! #24 – Christoph Waltz

Filed under: Tabik!, dunia, filem, kin-ell — kinell136 @ 9:01 pm

Ada masanya ‘orang jahat’ pun kita kena tabik.

Kemungkinan besar aku akan ingat Inglourious Basterds sampai bila-bila bukan sebab olahan panjang dan details yang nonsensically awesome gaya tipikal Quentin Tarantino tapi sebab ‘Hans Landa’. Antara watak villain paling powerful la yang pernah aku tengok dalam filem, sebaris dengan Sarip Dol.

Tarantino turut mengakuinya. Kata beliau -

“Hans Landa ni mungkin adalah watak yang paaaaaling bagus yang pernah aku cipta dan cara Christoph melakonkannya, memang dah boleh kira dah sampai peringkat langit ketujuh lah, bukan lagu Sharifah Zarina tu la pinggan. Maksud aku, lakonan dia tu gila babi terbaik lah. That kind of acting ticks all the right boxes. Kalau le aku tak jumpa pelakon yang sebaik dia ni untuk pegang watak Landa ni, sori le bai, belum tentu aku akan buat cerita Basterds ni.Brad Pitt? Apa Beretpit Beretpit? Aku pun nak jugak ramai chicks datang tengok filem aku. Jadi Beretpit tu aku ambik buat jadi cash-cow jelah. haha….hak!” - Wikipedia.

Orang tua dari Austria ni bakal jadi ‘orang jahat’ lagi dalam ‘The Green Hornet‘ tahun depan.

November 18, 2009

Tabik! #23 – Encik Roslan

Filed under: Tabik!, kin-ell, music, sirapppp, tempatan — kinell136 @ 1:37 am

 

Aku rasa abang ni buat sign 'we won it 5 times' (hehe) sebelah kiri dengan '4 times world champions' sebelah kanan. Agaknya lah kot.

 

Wajib Baca.

Tak pasal-pasal semalam aku teringat abang ni. Aku rasa tak ramai terutamanya generasi sekarang yang kenal sisi dia yang lain selain kenal dia sebagai bekas pengetua Akademi Fantasiam dan juri pro yang komen sikit-sikit je untuk Malaysian Idol (Contoh -’ Saya suka persembahan awak ‘, ‘Awak bagus’ dan lain-lain one liner-type punya komen).

Aku berani labelkan komen-komen abang ni sebagai ‘hampir genius’ lah.ha. Aku bukan nak kata apa lah, tapi kalau aku lah jadi peserta (rilek, jangan baling dulu, tunggu aku habis cakap), aku lagi percaya komen ‘one-liner’ abang ni dari ulasan panjang guru vokal S.O.W (sexy older woman) dan brader Fernleaf tu.

***

Aku teringat yang aku pernah terbaca dalam majalah Encik Rom dulu yang abang ni ada usahakan satu projek iaitu ‘ALI’ dengan member rapat dia – Abang Mukhlis. Aku teringat juga kata-kata Tengku Akob dulu – dia pernah mendengar rancangan REDROTTW – yang mana ada sekali tu abang ni jadi tetamu undangan dan ada lah pasang beberapa lagu projek dia. Seorang pemanggil, menurut Akob, memberi two thumbs up kepada lagu-lagu yang diputarkan dan mengatakan coraknya agak ke arah Radiohead. Abang ni jawab – “Tengok orang lah~”

Aku simpan kejap memori ni dan lepas tu aku terlupa kejap. Kejap tu adalah dalam 3..4 tahun. Semalam tiba-tiba aku ter- recovered balik memori itu dan aku mula menjalankan kerja-kerja menggoogle. Disertakan dengan perkataan ‘itu’ of course. External hardisk banyak lagi ruang kosong. Lumrah – manusia takkan pernah puas dengan apa yang dia ada.

Aku jumpa blog abang ni, blog projek dia dan laman Imeem dia yang memuatkan lagu-lagu dia. Aku stream, aku dengar…..aku tak jadi nak ‘ehem-ehem’. Tak jadi bukan sebab kerja ‘ehem-ehem’ dari laman ‘ehem-ehem’ tu rumit atau sebab aku tak reti kot nak buat tapiĀ  disebabkan aku rasa macam ‘blown away’ lah bai bila mendengar lagu-lagu projek abang ni. Secara peribadi memang aku dah tahu lah sikit-sikit yang abang ni seorang pemain bass dan CV dia yang ‘impressive’ tu tapi bila mendengar playlist projek abang ni,rasa hormat tu timbul berganda-ganda pulak.

Setakat ni, projek abang ni baru dirilis dalam format digital. Dah setahun lebih di alam maya dan walaupun aku tak sempat periksa, tapi aku percaya projek ni dah mendapat pengiktirafan dari banyak ceruk dunia la kot. Aku tak ada kad kredit jadi aku berharap album projek abang ni akan dirilis dalam bentuk fizikal dalam masa terdekat. Aku nak beli. Serius. Kalau takde discbox, aku harap aku dapat figure cara nak membeli. Pergi pau member-member yang ada kad kredit misalnya. Siapa yang teruja dengan cerita aku ni bolehlah cuba-cuba google dan dengarkan album projek ali dan juga soundtrack Haru-Biru (wajib tayang berlakon).Kat Facebook pun ada.

Standardnya amat-amat-ahmad-tinggi. Bagi yang ‘faham’, korang takkan menyesal dan bagi yang ‘kurang faham’. kalau ‘kurang faham’, jangan campak dulu.

Tabik Abang Roslan, You’ll Never Walk Alone.

November 7, 2009

Tabik! #22 – Encik Rajandran Kaunter 9.

Filed under: Tabik!, kin-ell — kinell136 @ 12:10 am

Sanjeev_Kumar3

Kelmarin tengahari aku dan adik aku ke KWSP Shah Alam. Kredit untuk adik aku lah. Dia sanggup mengorbankan waktu tido sempena rehat 6 hari sebelum menghadapi paper seterusnya untuk tolong aku menjayakan program ni – sebagai penunjuk arah. Aku ni harap je dah 2 tahun kerja di Shah Alam, tapi jalan-jalan Shah Alam ni tak berapa reti. Apatah lagi kalau ditanya, ‘cha, kalau nak ke sekian-sekian, jumpa roundabout nak ambik pukul berapa?’. Serius aku terpaksa surrender.

Bila dah sampai, perkataan pertama yang keluar dari mulut aku ialah – ‘Ek elehhhh’. Takde lah susah sangat nak mencarinya. Kat Bangunan Pusat Dagangan UMNONO Seksyen 11 je ha. Dari traffic light sebelah Massalam, belok kanan, masuk kiri sebelah masjid, and then you jumpa IPD Shah Alam (jalan depan IPD tu cam haram ), you go straight you don’t belok-belok. Setelah memarkir si Bintang (nama manja motor gua) di atas bahu jalan, aku dan adik aku pun berlari masuk ke pejabat KWSP. Ok, aku tipu, kami jalan je.

Sebona’eh aku ke sana atas urusan pemindahan duit pusaka almarhum bapak ke akaun bank aku lah. Sijil Faraid dah ada, tinggal pergi EPF je untuk urusan selanjutnya. Sijil Faraid tu dah ada lama, tapi sebab Mykad aku dah barai, jadi kena lah buat baru.

Kecewa sikit sebab masa aku ambik gambar di JPN kakak potograper tu suruh aku ikat rambut pulak. Terus hilang mood nak bergambor. Buat penat je aku simpan rambut (nasib baik boss gua sporting) dan simpan niat nak jadikan gambar IC baru aku lebih memorable sejak aku sedar keadaan IC aku dah merabak ada lah dalam lebih setahun yang lalu. Hasil akhir teramatlah hancur dan kalau Mus May tengok gambar IC aku, fosyo dia akan ketawa guling-guling.

Sejak IC baru aku siap, darjah kebisingan Cik Mini makin meningkat menyuruh aku menyelesaikan hal transfer duit EPF ni. Kalau sebelum ni aku rajin sangat nak mengelak, kali ni tak dapatlah John. Borang permohonan, segala benda yang perlu difotostat, semua adik perempuan aku dah tolong buatkan. Aku cuma tinggal fotostat IC dengan buku bank je. Iyelah, untuk kebaikan masa depan aku jugak.

Tak boleh lah aku bagitahu jumlah bahagian yang aku dapat tapi boleh laaa. Terharu campur sedih jugak lah bila mengenangkan yang almarhum dulu takdelah bergaji besor sangat, tapi beliau dapat menyara Cik Mini+8 orang anak, cukup makan, cukup pakai dan meninggalkan simpanan EPF yang agak banyak jugaklah untuk kegunaan masa depan kami sekeluarga.

Seberadanya aku kat dalam pejabat KWSP tu, mata ni melilau jugaklah ke arah kaunter-kaunter yang ada, mencari kot-kot ada klon Wardina ke yang jaga kaunter..klon Tizz Zaqyah ke..paling koman klon Azizah Ariffin pun jadi lah. Setelah mendapati harapan aku terlampau tinggi dan kebanyakan pegawai-pegawai yang ada cuma mencapai tahap Normah Damanhuri dan Hamidah Wahab, aku minta adik aku (adik kena ikut cakap abang) ke kaunter pertanyaan merangkap kaunter bagi nombor giliran. Redho sajalah dengan apa-apa nombor pun yang kami dapat nanti.

Takdir menetapkan kami dapat nombor 9, itu bermakna kami akan ke kaunter 9, bersemuka dengan seorang uncle berbangsa India berkot biru gelap tapi air muka dia agak-agak ada aura Tuan Thakur Sholay jugaklah. Cuma uncle ni tak pakai rambut palsu je.

Tak sampai 10 minit, setelah uncle ni steady memproses permohonan kami, meneliti segala dokumen yang kami berikan, campur berbual dengan level kemesraan yang pior bukan cass, uncle ni menuturkan satu ayat pendek-

“Ok, lepas ni adik tunggu surat aje ye”

Cool gila sial.

Tabik Encik Rajandran Kaunter 9.Akan saya kenang jasa encik sampai mati.

September 29, 2009

Tabik! #21 – Detergent Terbaik.

Filed under: Tabik!, kin-ell — kinell136 @ 1:11 pm

12206858

Ya, Fab Eco-Ultra. Tak banyak buih tapi lebih padat dan lebih berkuasa. Tak payah guna banyak-banyak. Gabungkan bersama fabric softener yang decent paling kurang, kau akan dapat one helluva combination dan hasil akhir yang amat memuaskan.

Tabik.

September 13, 2009

Tabik! #20 – Ini Barulah Contoh Lagu Raya yang Baik Pada Pandangan Saya.

Filed under: Tabik!, kin-ell, music, tempatan — kinell136 @ 4:44 pm

Tipikal lagu raya klasik kontemporari di negara kita, syarat wajib: – melodi kena ada casss-casss irama Malaysia sikit diselangi dengan bunyian keyboard atau organ bernada ceria meriah cass Melayu. Buang lirik, orang ramai akan masih beranggapan melodi yang tak berlirik itu melodi lagu raya.

Tapi lagu dalam video di atas sedikit pun tidak menuntut Hujan dan Raihan untuk mengorbankan stail mereka. Hujan dengan stail dia, Raihan dengan stail dia. Satu gabungan yang unik dan menarik.

Bila aku baca lirik dia, agak sedih juga dan tak pasal-pasal buat aku terkenang kat Cik Mini yang dah lama bercita-cita nak beli peti sejuk tinggi. Ok, sekarang cuba la tukar lirik dia ke arah yang bukan jenis semangat raya, belasah jela apa-apa pun, mesti takkan sangka punya lagu ni lagu raya. Kalau ada yang bingai sikit dan biasa tengok Melodi je, mesti akan kata lagu ni lagu dari band Indonesia. wau ta fa.

Satu lagi yang menarik tentang video di atas dah tentulah gitar Rickenbacker 330 yang Noh guna. Dah la lawa dan legendary, mahal pulak tuu.Rezeki dia la.

Amacam? Aku sangat positif lagu ni bakal jadi evergreen. Jangan sampai underplayed sudah la. Setakat ni Era dah menjalankan peranannya dengan baik. Criminal betul bila benda-benda bagus macam ni tak disebarkan. Tak melampaulah kalau aku kata,lagu ni mungkin boleh dianggap sebagai pembuka jalan untuk lagu-lagu raya generasi baru di masa-masa akan datang. Aku rasa aku termasuk dalam golongan minoriti, aku kurang sikit lah dengan lagu-lagu raya klasik kontemporari ni.

Satu je lagu raya lama yang aku suka – Sepasang Kurung Biru.

Apapun tabik buat Hujan dan Raihan.

September 1, 2009

Tabik! #19 – Kakak Terbaik.

Filed under: TV, Tabik!, dunia, kin-ell, tempatan — kinell136 @ 6:05 pm

Pagi tadi, dalam pukul 6:30, dengan aku masih diselubungi selimut tapi time tu aku dah solat subuh, hawa gila sejuk, tak pasal-pasal tangan ni gatal nak bukak TV.

TV1 tengah siar Bicara Mufti. Aku tengok kanan kiri..belakang..Cik Mini takde..baguslah..boleh tukar channel..kalau tidak mesti dia nak tengok punya. Nasib baik Ustazah Fatima Arab tu takde dapat slot pagi-pagi ni, kalau tidak fosyo la Cik Mini dah melekat depan TV time-time camni. Pendakwah kegemaran dia tu.

ASTRO takde, remote control dah rosak, aku angkat kaki je ke punat tukar channel. Ohh..terlajak ke NTV7 pulak..punat tukar channel TV rumah aku tu kadang-kadang mereng sikit. Kena tekan sehabis lembut. NTv7 tak start apa-apa lagi, jadi aku pun tukar channel lagi. Ke mana lagi kalau bukan TV3.

Hah..tu dia…kakak terbaik yang dah naik satu level menjadi MILF tengah baca ringkasan berita-berita penting dalam akhbar harian. Kesian dia hari ni..nampak macam tak sihat..kejap-kejap dia berhenti..tarik nafas..batuk-batuk..namun dia teruskan juga dengan penuh dedikasi. Macam biasa, penampilan kakak terbaik pagi ni tetap steady dan unggul walaupun hakikatnya kakak terbaik ni sudah pun punya tiga orang anak. Tak macam kakak ipar gua. And then, bila si Fedtri Yahya mula baca part dia, aku mutekan volume TV, bangun masuk bilik capai tuala pergi mandi.Takde point aku nak dengar suara ‘kurang berwibawa’ dia bai.

2586969440_fab9ef01df

Pada aku lah, kakak ni dah kira mencapai status Nirvana jugaklah. Bukan lagi cult status sebab umum dah memandang tinggi dia ni. Mungkin tak keterlaluan rasanya jika dikatakan kakak terbaik ni dah menjadi satu standard piawai dalam pencarian jodoh. Meluas ke tak penggunaan piawaian ni, tapi ungkapan-ungkapan seperti – ” My son, gua nak lu cari bini macam kakak terbaik” dan ” Mother, gua sibuk, takde masa nak mencari, boleh tolong carikan tak, kalau boleh yang macam kakak terbaik aaa.” – biasa aje kita dengar. Semua nakkan pakej kakak terbaik ditambah dengan zero kontroversi.

Tapi aku rasa..ni pendapat aku lah, agak criminal jugak bila kakak terbaik ni tak diserahkan tugas-tugas mengacara rancangan-rancangan di waktu prima. MHI takkan dapat setaraf rancangan bual bicara pagi di negara-negara maju yang lain, yang dok tembus line nak call hari-hari pun asyik nama orang-orang tua yang sama. Aku suspek sebab utama diorang call ialah diorang nak bercakap dengan kakak terbaik ni je. Ada isi ke tak belakang kira. Serius bai, aku pernah juga menonton MHI di mana seorang regular caller tua ni dapat masuk line dan pendapat-pendapat yang beliau utarakan tak dapat tidak, akan mengundang reaksi automatik – Wattafak?

Tapi semua kena faham juga memandangkan kakak terbaik ni seorang yang family-oriented ah, jadi tugas-tugas dalam waktu prima mungkin menjadi sedikit masalah buat beliau.

Satu yang buat aku terfikir, kalaulah dia tak’berhijrah’ dulu, kat mana agaknya dia sekarang. Mungkin terus down di Down Under. Dan kalaulah dia tak ‘berhijrah’ dulu, mungkin mak-mak, kakak-kakak, adik-adik kita akan terus kelihatan boring dan tak akan jadi ‘ekspresif’ dengan pemakaian tudung macam yang kita saksikan sekarang. Obviously, walaupun tak ada rekod rasmi yang menyatakan bahawa kakak terbaik ni lah yang menjadi pengasas trend segala macam yang tersebut, tapi dengan nama yang kakak terbaik ni bawa, bolehlah aku masukkan dia ni dalam kategori ‘catalyst’ ah. Catalyst yang paling tepat lah. Memarakkan api yang sudah sedia membakar.Melajukan arus yang sudah sedia mengalir. Aku budget kalau Rohana Jalil ke..Salwa Abdul Rahman ke..Zur Eda kelmarin ke..yang nak jadi ‘catalyst’, orang gerenti tak nak ikut punya.

Bukan setakat tudung silang dan pembudayaan busana muslimah je, impak kakak terbaik ni jauh lebih besar dari itu. Ciri-ciri kemandirian dan kemantapan artikulasi banyak mempengaruhi wanita-wanita generasi baru untuk tampil dengan lebih wibawa, luar dalam serta dapat mencapai cita-cita dan segala yang mereka mahu lakukan, meskipun dalam keadaan bertudung. Aku rasa Yuna pun tak terkecuali sebagai salah seorang dari ribuan inspiree yang muncul dari ‘gelombang kakak terbaik’ yang dah wujud sedekad lamanya. Kenapa Yuna? Sebab dia dah berjaya dan diterima dalam melakukan apa yang dia mahu. Menyanyikan lagu-lagu shoegazing pop.

Katakan lah dalam 6-7 tahun lepas, Orang mungkin takkan pernah terfikir Sunsilk akan buat iklan syampu rambut menggunakan model bertudung. Serius shit.

Bezanya dengan semua fakes yang ada sekarang, kita dapat rasakan keikhlasan kakak terbaik ni waktu dia nak berhijrah dulu (at least aku rasa). Tiada agenda tersembunyi. Boleh dikatakan keikhlasan, ditambah dengan keazaman dan usaha berterusan untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik lah yang membawa berkat dan rezeki yang tak putus-putus dikurniakan ke atasnya.

Tabik kakak terbaik.

August 20, 2009

Tabik! #18

Filed under: Tabik!, kin-ell, tempatan — kinell136 @ 8:28 pm

engku ibrahim

Semoga dipanjangkan umur dan kekal steady.

August 8, 2009

Tabik! #17 – Terrance and Phillip

Filed under: TV, Tabik!, kin-ell — kinell136 @ 12:58 am

dengar kata, Trey dan Matt ada rancangan untuk membuat live-action film Terrence and Phillip

Dengar khabar, Trey dan Matt ada rancangan untuk membikin live-action film Terrence and Phillip.

Tabik mereka kerana telah membawa fart-jokes ke tahap yang lebih tinggi.

July 13, 2009

Tabik! #16 – Zahiril Adzim

Filed under: Tabik!, filem, kin-ell, tempatan — kinell136 @ 12:17 am
AKKAMI

Gambar muka paling kerek Zahiril Adzim yang aku dapat google.

Saudara kita yang seorang ni memang ‘real’. Nama beliau tengah meningkat naik dan pada aku, baguslah nama dia naik atas sebab yang betul. Setimpal dan wajar lah sebab mutu lakonan dia setakat ini, memang gemilang habis.

Baru-baru tak baru ni, filem lakonan beliau yang berjudul ‘Karaoke’ dah selamat dibawa mewakili negara ke Festival Filem Cannes. Filem kedua Malaysia menjejak Cannes selepas Kaki Bakar. Susah nak dapat tu.

Tahniah.

Seperkara lagi, blog dia bagus..sangat bagus dan bukan satu lagi blog ‘orang kaya’. Baru jumpa tadi dan sedang membacanya sekarang. Bookmark pun sudah. haha. Cuba tengok-tengokkan juga artikel beliau di The Nut Graph. com.

Tabik.

Older Posts »

Blog at WordPress.com.