(Ditaip sempena musim bola Eropah yang dah kembali semula selepas beberapa bulan kita dihidangkan dengan besbol,tenis dan gusti je bila balik dari tempat kerja. )
Serius shit aku dah lama tak main bola. Nak kata hebat sangat tu, memang tak hebat langsunglah, tapi setakat tendang-tendang tu boleh la. Zaman aktif bersepakbola aku dah lama sangat berlalu, boleh kata dari tahun 1993-1999, aku turun padang hari-hari lah. Tapi tak dapat jadi wakil sekolah pun.
Masuk millennium baru aku dah bertukar main bola guna jari pulak. Cet, ha! kuning!. Maksud aku main bola guna mouse / keyboard ah. FIFA/Winning Eleven/PES/CM. Zaman uni ada la sekali sekala turun main bola atas simen.Selalunya dengan member-member Human Sciences ah.
Kenangan paling lawak main bola di zaman uni ialah masa aku dipaksa-rela masuk dalam pasukan Yazid Jawa dalam futsal tournament Almarhum Tan Sri Harun Hashim. 1st game, memang karat gila kaki masa tu sebab dah lama tak main, tapi..dapat 1 assist, leading 2-0 tapi akhirnya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri dengan team yang dibarisi ‘bintang-bintang’ yang biasa main ‘belakang gol’ dah kira decent gak lah untuk team kami yang dibarisi oleh brader-brader masjid.Hehehe. Masa 2nd game, lawan team 2nd year yang siap komited berjersi seragam. Game belum mula, baru testing tendang-tendang gua dah cramped. Menderita aku panggil Sapis Soteng mintak tolak tapak kaki. Lawak betul. Pengajaran: sehebat/sekayu mana pun anda, jangan lupa buat stretching.
Hari tu kami kena lauk 0-3 sebab team kami cukup korum 5 orang je dan terpaksa main full game, subs takde dan Bukhori dengan Safwan tak dapat turun atas sebab-sebab yang Yazid Cowo dan Najib Rohim tak boleh terima.Nak berpersatuan pun agak-agaklah, kau dah sign dan berbai’ah untuk pasukan, sepatutnya kau turun lah kan..bagilah komitmen.
Sebagai kapten, Yazid Cowo memang susah nak menerima kekalahan tersebut sebab team kami control game. Gol-gol datang daripada ’schoolboy errors’ yang tak sepatutnya dibuat. Rasa kecewa yang amat sangat mendorong beliau untuk menyuruh satu team memboikot game seterusnya (last game group stage) sebab harapan untuk layak ke pusingan seterusnya dah kira punah lantaran kami akan berdepan dengan team stars yang diketuai bintang bola UIA iaitu Zaharman. Confirmed kena gulai. Hahaha.
Habis intro.
Walaupun dah lama tak main, tapi boleh dikatakan semasa aku aktif dulu, ada banyak jenis dan jenama bola yang aku dah cuba. Bagi senarai Top 3 hari ni, pilihan aku macam biasa, barang-barang lama sikit.
1. 
Adidas Questra. Bola rasmi World Cup 1994. Bola pertama di mana aku berjaya membuat in-swinger sempurna pertama aku masa form 2 (1997). Yep, memang aku lambat belajar swing bola. Masa tu main bola petang-petang je kat padang bola asrama. Biasa ah, sebelum korum cukup, mesti mahu cass long-range shooting dulu sorang-sorang..stretching entah ke mana. 1997 juga adalah tahun di mana nama..erkhhh..David Beckham dan Brylcream tengah mencanak-canak naik dan semua budak-budak asrama sekolah aku sibuk nak tiru dia punya lencong. Sampai badan pun nak melengkung-lengkung bagai. Padahal..pak cik Abdullah Ali dah lama buat dulu untuk Selangor sebelum Beckham lagi.
Melihat pada bola yang ku rembat berjaya melengkung indah penuh seni di udara dari jarak 25 meter buat kali pertama hanya untuk mengenai tiang gol di akhirnya adalah kenangan manis dan ‘Jizz!’ yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila.
2. 
Bola terbaik yang dan yang paling ‘Jizz’ pernah aku tendang.
Credit – bapak kepada Hadi Burn sebab dia loaded dan dia belikan bola ni untuk anak dia. Paling minat dengan pattern 26 panel kulit dia. Dan ofkos lah aku sukakan speed dan ketepatan bola ni. Senang dituju ke sudut-sudut yang dikehendaki. Tapi jauh lebih berintegriti lah dari bola-bola keluaran adidas dan nike sekarang ni. Kadang-kadang nampak pelik sangat pergerakannya terutamanya dalam kes-kes tendangan voli ataupun first timer. Contoh terbaik – gol Torsten Frings masa lawan Costa Rica masa World Cup 2006. Check the swerve.
‘Rasa EPL dow’ – adalah ayat infamous yang tercipta sebab di akhir 90an, Ultimax ni adalah official matchball untuk Liga Perdana Inggeris.
3. 
Bukan Telstar.Cuma pattern je yang sama. Cap Ayam. Soccer Arena. 15 ringgit. Almarhum bapak yang beli. Bola kulit pertama aku selepas puas memecahkan tingkap kaca rumah dengan bola getah jenama Health. Menjadi bola rasmi latihan kat laman rumah Wak Kadar selama hampir 2 tahun.
Paling diingati, bola ni digunakan masa cuti 3 hari Ujian Tilawah dan Hafazan Sijil Penilaian Rendah Agama masa aku darjah 6. Siapa yang sampai turn kena ujian datanglah sekolah, itu pun tak sampai 5 minit, lepas tu balik. Yang cuti, enjoy ah. Jadi aku dan rakan sekelas mengambil inisiatif untuk main bola lah.Mula-mula tak ramai, masuk hari kedua, makin ramai yang turun.
Padang Belia Meru menjadi saksi (sekarang dah ada Masjid) di mana dalam masa 3 hari straight tu, ego pemain-pemain sekolah yang kebanyakannya gangster celup gua robek dan ayam-ayamkan sepuas hati sampai ada nak gaduh-gaduh jugalah.
Sayang gila dengan bola yang satu ni sampai aku menangis sendiri di akhir riwayatnya. Masa tu, sambil menunggu member-member datang nak cukupkan korum, aku dengan Zulikmal Jasman tengah layan tendang-tendang, sekali ada seorang brader muka kapal karam ni datang nak join sama. And then, dia suruh Zulikmal jadi GK sebab dia nak test sepakan kaduk dia.
Last sekali Soccer Arena menghembuskan angin terakhirnya selepas ia didapati tersangkut melekat kat pagar sekolah dengan hanya sekali tendang oleh brader mangkuk tu. Kulitnya terkopek dan tiub dalamnya pecah. Dengan pantas babi tu memecut pergi dan aku dengan Zulikmal tak sempat kejar dia. Simak betul.
Habis cerita.
Rindu betul nak main bola balik secara aktif tapi banyak sebab yang tak mengizinkan. Sekarang ni, aku dah jadi one of those fat bastards yang kerja menghadap monitor komputer 50 jam seminggu. Habis kerja pergi mamak. Makan benda-benda berminyak. Sememangnya bukan gaya hidup yang patut dicontohi.
Member-member sekolah pun dah bersepah satu negara dan tak kurang juga, dah ramai dah yang tiba-tiba hilang macam tu je. Padahal dulu karib bukan main. Bukan setakat nak ajak main futsal, nak jumpa pun susah. Yang dah kahwin, dok layan karipap aje kat rumah. Tak payah hipokritlah, cerita pasal orang lain pulak, kadang-kadang aku pun sama juga. Baru-baru ni, aku ada ’sengaja’ tak angkat call dari seorang member. Tak patut betul tapi entahlah, aku rasa segan kot. Segan? Tak boleh pergi betul alasan tu bukan?
Jumpa lagi dalam Top 3 episod 3.