Sirappp!! + Buang-Buang Karen

November 19, 2009

Silalah Ambil! #48 – Serbuk Cuci untuk Dokumen PDF.

Filed under: kin-ell, silalah ambil, sirapppp — kinell136 @ 9:09 pm

Daia Fabric Softener layannn..dia punya serbuk cuci..out..harap banyak buih je.

Anda jaki sebab tak boleh copy, print dokumen PDF?

Anda sudah mencarut banyak dengan dokumen PDF yang ‘banyak songeh’ tu?

Anda jaki sebab terpaksa buat Print-Screen dokumen PDF yang penuh dengan ‘ kotoran degil’ tu?

Anda mahu tahu cara mengatasi masalah ini?

Silalah Ambil!

Pasti dapat membuat anda tersenyum kembali.

Tertakluk pada kadar ‘kedegilan dan banyak songeh’ dokumen PDF. Kalau dah tak boleh nak buang jugak, tak dapat tolong ah.

p.s – Guna portable version sudah mencukupi.

Kena Tipu Hidup-Hidup..Cilakak.

Filed under: dunia, kin-ell, sirapppp — kinell136 @ 7:56 pm

Setahun punya janji.

Tahun lepas kata nak bagi yang terbaik.

Tak nak bagi aku menyesal punya.

Tapi…

Malam semalam apa yang aku boleh buat hanyalah..

memperbanyakkan istighfar.

Sejam setengah aku menahan sabar.

Aku bual pasal ni:

Semalam gua buat play-test. Sumpah tak best langsung. Semuanya out, tapi part yang paling aku kecewa ialah part animation dia. Kata siap panggil Messi buat motion capture, tapi macam tu ke players bergerak?

Nyaris nak hayun monitor, nasib baik bukan monitor aku. Wan LC yang punya.

PES 2010 meneruskan legasi ‘tahi’ siri PES sejak PES 2008.

November 18, 2009

Tabik! #23 – Encik Roslan

Filed under: Tabik!, kin-ell, music, sirapppp, tempatan — kinell136 @ 1:37 am

 

Aku rasa abang ni buat sign 'we won it 5 times' (hehe) sebelah kiri dengan '4 times world champions' sebelah kanan. Agaknya lah kot.

 

Wajib Baca.

Tak pasal-pasal semalam aku teringat abang ni. Aku rasa tak ramai terutamanya generasi sekarang yang kenal sisi dia yang lain selain kenal dia sebagai bekas pengetua Akademi Fantasiam dan juri pro yang komen sikit-sikit je untuk Malaysian Idol (Contoh -’ Saya suka persembahan awak ‘, ‘Awak bagus’ dan lain-lain one liner-type punya komen).

Aku berani labelkan komen-komen abang ni sebagai ‘hampir genius’ lah.ha. Aku bukan nak kata apa lah, tapi kalau aku lah jadi peserta (rilek, jangan baling dulu, tunggu aku habis cakap), aku lagi percaya komen ‘one-liner’ abang ni dari ulasan panjang guru vokal S.O.W (sexy older woman) dan brader Fernleaf tu.

***

Aku teringat yang aku pernah terbaca dalam majalah Encik Rom dulu yang abang ni ada usahakan satu projek iaitu ‘ALI’ dengan member rapat dia – Abang Mukhlis. Aku teringat juga kata-kata Tengku Akob dulu – dia pernah mendengar rancangan REDROTTW – yang mana ada sekali tu abang ni jadi tetamu undangan dan ada lah pasang beberapa lagu projek dia. Seorang pemanggil, menurut Akob, memberi two thumbs up kepada lagu-lagu yang diputarkan dan mengatakan coraknya agak ke arah Radiohead. Abang ni jawab – “Tengok orang lah~”

Aku simpan kejap memori ni dan lepas tu aku terlupa kejap. Kejap tu adalah dalam 3..4 tahun. Semalam tiba-tiba aku ter- recovered balik memori itu dan aku mula menjalankan kerja-kerja menggoogle. Disertakan dengan perkataan ‘itu’ of course. External hardisk banyak lagi ruang kosong. Lumrah – manusia takkan pernah puas dengan apa yang dia ada.

Aku jumpa blog abang ni, blog projek dia dan laman Imeem dia yang memuatkan lagu-lagu dia. Aku stream, aku dengar…..aku tak jadi nak ‘ehem-ehem’. Tak jadi bukan sebab kerja ‘ehem-ehem’ dari laman ‘ehem-ehem’ tu rumit atau sebab aku tak reti kot nak buat tapi  disebabkan aku rasa macam ‘blown away’ lah bai bila mendengar lagu-lagu projek abang ni. Secara peribadi memang aku dah tahu lah sikit-sikit yang abang ni seorang pemain bass dan CV dia yang ‘impressive’ tu tapi bila mendengar playlist projek abang ni,rasa hormat tu timbul berganda-ganda pulak.

Setakat ni, projek abang ni baru dirilis dalam format digital. Dah setahun lebih di alam maya dan walaupun aku tak sempat periksa, tapi aku percaya projek ni dah mendapat pengiktirafan dari banyak ceruk dunia la kot. Aku tak ada kad kredit jadi aku berharap album projek abang ni akan dirilis dalam bentuk fizikal dalam masa terdekat. Aku nak beli. Serius. Kalau takde discbox, aku harap aku dapat figure cara nak membeli. Pergi pau member-member yang ada kad kredit misalnya. Siapa yang teruja dengan cerita aku ni bolehlah cuba-cuba google dan dengarkan album projek ali dan juga soundtrack Haru-Biru (wajib tayang berlakon).Kat Facebook pun ada.

Standardnya amat-amat-ahmad-tinggi. Bagi yang ‘faham’, korang takkan menyesal dan bagi yang ‘kurang faham’. kalau ‘kurang faham’, jangan campak dulu.

Tabik Abang Roslan, You’ll Never Walk Alone.

November 13, 2009

Entri #201 – Update untuk entri sebelumnya #200

Filed under: kin-ell, sirapppp, tempatan — kinell136 @ 10:40 am

Berita sedih buat pencinta RS..Bukan salah Jerman (Entschuldigen Sie bitte), tapi..

Klik link di bawah.

http://forum.lowyat.net/topic/1224646

Kepada lanciau-lanciau yang berkenaan, yang punya kuasa, jangan lupa cap sekali file-hosting sites yang lain.Jangan buat kami yang sanggup membayar beratus-ratus untuk RS kelihatan seperti the World’s Most Uber dirtiest scums. Kami tak pernah bakar kerusi stadium.

Throttle-down-kan semuanya.

Salurkan kesemuanya untuk kegunaan pakcik-pakcik, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang di Pukimak Samarinda Holdings atau mana-mana holdings yang lain biar pelabur Australia dah tak perlu komplen tentang internet speed di Malaysia.

Jangan sampai Wan LC tahu tentang hal ni. Kalau dia tahu, boleh tumbang Menara TM tu karang dia langgor dengan LC sport rim lambang Yamaha dia.

Walaupun aku dah tahu cara penyelesaiannya, tapi kegiatan mendownload kini sudah tidak se-luscious dan tak senikmat 3..4 hari yang lalu.

Ok, aku baru aje PM Wan LC. Kepada pemilik-pemilik premis berhampiran Menara TM, sila kosongkan premis anda selepas solat Jumaat. Lepas sembahyang Jumaat, boleh terus balik rumah.

Curbing internet piracy eh?

Lanciau-lanciau yang berkenaan apa kurangnya?

Menyediakan perkhidmatan internet siput di bawah bawah bawah bawah par , tak berbaloi langsung dengan caj bulanan yang melampau..tak melanun jugak ke namanya tu?

Kenapa mesti berselindung buat tak tahu dengan tindakan capping ini kalau anda boleh jujur memberitahu kami niat dan tujuan asal anda yang sebenarnya?

Buat lanciau-lanciau yang berkenaan,

FAK YU WHA-RUUU AND FAK YU DOR_PHINNN !!!

November 12, 2009

Apa ni Awak..Jangan lah Buat Saya Merana Macam Ni..

Filed under: kin-ell, sirapppp — kinell136 @ 8:36 pm

Dah tiga malam awak buat saya macam ni..

Sebelum tiga hari lepas, kita ok je kan? Saya nampak awak mesra je dengan saya..

Kalau saya nak apa-apa, laju je awak sediakan..

Selama ni memang saya puas hati..

Tapi sekarang ni kenapa saya tengok awak lain macam je..

Merajuk ke dengan saya?

Dah tak sanggup ke nak duduk dengan saya?

Awak rasa saya ni banyak membebankan awak ke?

Kalau awak rasa terbeban pun, memang dah tanggungjawab awak kan?

Awak tak kesian ke dengan saya?

Dengar tak apa saya cakap ni?

Oi! Jawablah!

Jawablah oi akaun premium Rapidshare-ku sayang!!

Apasal kau slow sangat sejak 3 hari ni hah?

Potong nafsu men-download gua!

Fix it quickly you damn effing Germans!

September 29, 2009

Habislah Woi! Habis…Habis..

Filed under: dunia, kin-ell, sirapppp, tempatan — kinell136 @ 8:13 pm

sharing_is_caring_logo_tshirt-p2357833883058530503skk_400

Parlimen Perancis dah pun meluluskan Hadopi, rang undang-undang yang mengandungi satu peruntukan yang membolehkan pihak berkuasa mengharamkan pemuatturun haram dan tegar daripada menggunakan internet. Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) pun dah berkokok balik dengan menyuarakan kembali cadangan mereka agar Kerajaan Malaysia dapat menurut jejak langkah terkini negara Eropah tersebut dalam menangani kegiatan lanun internet. Ini aku baru baca dari The Star InTech hari ni. Potong lah!

Agensi berita AFP melaporkan, melalui pewartaan Hadopi, pesalah berulang kini boleh kena ban daripada menggunakan internet selain terpaksa berhadapan dengan peruntukan yang sedia ada tapi jarang digunakan yang membolehkan pesalah dihukum denda sehingga 300 ribu euros atau dua tahun lepak dalam jel.

AFP berbual lagi, pemegang akaun yang didapati bersalah kerana kecuaian sehingga lek-lek je bagi pihak ketiga menjalankan kegiatan melanun muzik dan filem melalui laluan web mereka, bakal berdepan risiko  denda sebanyak 1,500 euros dan penggantungan internet selama satu bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif RIM berkata, perkara ini sudahpun diajukan kepada Kerajaan Malaysia kira-kira tiga bulan yang lalu.

“Kerajaan kita bukan tak perasan dengan benda ni, kita dah bagi cadangan apa. Oleh itu kita orang harap Kerajaan boleh la ikut sama dengan memperkenalkan undang-undang yang sebijik macam diorang”

Beliau juga mendakwa Gomen tengah dalam proses nak oter-oter Akta Hak Cipta 1987 untuk nak cover pasal Internet sekali dan dia harap benda akan selesai dalam bulan Mac depan.

“Takde sebab kita tak boleh ikut Perancis lagi-lagi sebab kita ada MSC.  MSC lah antara benda yang buat nama negara kita naik. Jadi isu Hak Cipta adalah satu benda yang gila babi mustahak demi perkembangan dan kemajuan MSC. Malu la weh kalau ada MSC tapi benda lanun ni masih berleluasa” bual beliau. Ye ye je kau. US dah lama ada Sillicon Valley boleh lek-lek je.

MSC Malaysia dah ada sejak 13 tahun lalu untuk membantu dalam membina ekonomi berasaskan pengetahuan di negara kita.Benda ni melibatkan beratus-ratus kompeni dalam dan luar negara yang giat membangun multimedia dan produk-produk serta khidmat komunikasi untuk kegunaan pasaran dalam negara dan juga antarabangsa. Cass.

1-2-3 kau blah.

RIM mencadangkan “three-strike warning” untuk para pemuatturun haram. Macam main besbol la pulak.

“Sekali kau buat, kau dapat warning lah, kasi ceramah sama kau yang haram hukumnya bila kau sedut benda-benda pirate ni.”

“Kau degil jugak, langkah seterusnya..hehehe..gomen akan kasi gantung kau punya akaun untuk sementara waktu lah. Amacam? Gerun tak?”

Lepas tu, brader ni cakap, penyedut tegar yang gila degil tahap tak boleh tolong punya boleh kena block habis, kira internet kasi potong lah dan boleh dihadapkan ke mahkamah.  Masak lah, tak dapat lah kau nak check chik-chikis ambik kuiz apa kat Facebook.

“Ini kira langkah pencegahan yang gila babi punya ketat, tegas dan cas ganas untuk lanun-lanun online ni. Ni kalau kau tak takut jugak, aku tak tahu lah.”

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, yang kira macam mengawal dan mentadbir aktiviti dalam industri, dan juga FINAS (?) tak dapat dihubungi untuk memberikan komen sebab masing-masing sibuk melebarkan perut masing-masing sempena musim cuti Raya.

Menurut laporan AFP, Hadopi adalah salah satu rang undang-undang yang paling keras dan evil sekali pernah dirangka untuk menentang dan menyekat kegiatan menyedut filem, muzik dan permainan komputer.

AFP bagi contoh kat Sweden, peruntukan yang lebih kurang sama berjaya mengurangkan kegiatan menyedut secara drastik walaupun para pengkritik menjangkakan kesan ini tak boleh bertahan lama dan berhujah bahawa undang-undang ini boleh dianggap sebagai melanggar privasi peribadi. (Yang ni aku setuju)

August 26, 2009

Meh Masuk Sini Meh! #15 – HSBB punya cerita.!

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, dunia, kin-ell, sirapppp, tempatan — kinell136 @ 11:10 pm
ha! ha!

ha! ha!

HSBB? Mende tu cha?

Sekitar September 2008 la kalau tak silap, Kerajaan Malaysia telah menganugerahkan kepada TM projek menaiktaraf sistem dan perkhidmatan internet jalur lebar negara dari BBGP kepada HSBB

Aaaa…OK..tapi HSBB tu mende? BBGP tu mende plak cha?

Sekarang ni, perkhidmatan internet di Malaysia secara amnya masih lagi berada di tahap BBGP atau nama penuhnya BroadBand for General Purposes. Mulai tahun hadapan, TM akan berusaha meningkatkan taraf perkhidmatan jalur lebar kepada HSBB atau nama penuh dia High Speed BroadBand.

Wawaweewa..kalau dah nama High Speed tu mesti la lagi laju eh?

Itu kita kena tunggu sampai 2012 di mana TM menjangkakan pada tahun tersebut, projek HSBB ni akan siap sepenuhnya dan akan membawa manfaat berganda-ganda kepada 1.3 juta premis di kawasan-kawasan terpilih. Sebelum ini, dengan jalur lebar normal atau BBGP kelajuan internet di negara kita hanyalah sekitar 256kbps hingga 4 mbps untuk pakej isi rumah dan bisnes. HSBB menjanjikan pakej internet berkelajuan tinggi fiber optik 20-50mbps sehingga 100mbps untuk pakej isi rumah dan pakej sehingga 1 Gbps.

Tadi kau ada sebut pasal kawasan terpilih cha? Boleh explain lebih sikit tak?

Projek HSBB ni tetap dijalankan ke seluruh negara kalau tak silap untuk meluaskan lagi capaian internet kepada masyarakat di kawasan desa misalnya. Namun begitu, HSBB akan diperkasakan di kawasan tumpuan yang melibatkan kegiatan pelaburan ekonomi yang besar dan rancak, serta mempunyai nilai pasaran antarabangsa, antara yang aku tahu macam di Lembah Klang dan di WPI.Di kawasan-kawasan seperti inilah kelajuan internet sehingga 100mbps dan 1 gbps dapat dinikmati.

WPI?

Wilayah Pembangunan Iskandar la ngok. Kau tak baca paper ke?

Oooo..yela..aku je yang bongok..yang intelek, yang kacak, yang pandai masak semua taruk kat kau. ok, cha, kau cerita kat aku sikit manfaat yang bakal diterima dari projek ni.

Dengan kelajuan jalur lebar yang telah dilipatgandakan, sudah tentulah segala macam urusan baik pentadbiran, perdagangan, perkhidmatan dan lain-lain lagi akan melalui satu era baru di mana segalanya akan diuruskan dengan lebih pantas dan mudah. Selama ini, kita agak terkebelakang dalam perkhidmatan internet jika hendak dibandingkan dengan Jepun dan Korea Selatan yang telah lama menikmati kelajuan 100mb ke atas sekitar lebih kurang 10 tahun lalu.Malah Singapura juga lebih awal mengorak langkah menaiktaraf perkhidmatan internet jalur lebar mereka. Satu lagi perkara yang penting, sektor teknologi bakal menerima impak yang besar dengan tempoh masa peralihan yang lebih singkat.

Kesan negatif dia pulak? Macam banyak je.

Banyak juga tapi dalam aspek ini lah kita perlu mengenalpasti langkah-langkah kawalan yang bakal diambil bermula dari sekarang. Bukan kawalan atau sekatan  secara fizikal tapi dari segi pengisiannya. Jenayah siber pula dijangka akan naik setahap lagi. Setahap benda, bertahap-tahap. Menyentuh soal pornografi pula..

hehhehee..ni yang aku suka nak dengar ni..

Kalau adik-adik kita sekarang sudah pandai menonton video-video lucah di zaman BBGP ini, kita sudah boleh menjangkakan kesan negatif yang jauh berganda-ganda lebih besar bila HSBB terlaksana nanti. Lupakan video-video lucah format 3gp, merakam dan memuatnaik video-video lucah high definiton bakal menjadi suatu kegilaan baru kerana semuanya boleh dirakam, dimuatnaik, ditonton dan dimuatturun dengan pantas. Teknologi high-definition sebenarnya dapat memberi kesan yang besar terhadap industri porno kerana kualiti  butiran dan perincian rakaman yang lebih tinggi selain ‘lakonan’ yang mantap. Tidak mustahil, Malaysia bakal mempunyai industri pornografi yang besar sendiri kelak. Siap ada award lagi.

Waaahhh..gile tu Jack, dengar macam best tapi kita pun tau porno tu tak elok. Jadi harap-harap dengan adanya HSBB ni, perisian rohaniah dan dakwah dapatlah disebarkan dengan lebih jitu lagi. Aku pun jadi takut jugak bila adik-adik kita ni matang sebelum waktunya. Gaya nampak macam 21 sekali baru 14 siak. Silap haribulan kau tershotgun boleh kena charge rape bai.

Kena charge ajelah yang kau takut, masuk neraka kau tak takut pulak? Apa la kau ni. Kau puasa tak hari ni?

Puasa la dol. Eh, aku macam minat nak tahu pasal HSBB ni. Ada apa-apa sumber yang kau boleh bagi?

Haa..ok..Meh Masuk Sini Meh.

June 11, 2009

Sirappp!!! – Florentino Perez

Filed under: dunia, sirapppp, sukan — kinell136 @ 8:39 pm

4_3950_Florentino_Perez

Fa Alif Kaf Wau Fa.

March 26, 2009

Sirapppp!!! tak ingat nombor berapa – Satu dunia kena alert 1 April ni.

Filed under: dunia, sirapppp — kinell136 @ 11:17 pm
nak serang ke tak 1 April nih..bior deme ketor lutut sket.

nak serang ke tak 1 April nih..bior deme ketor lutut sket.

Masuk Yahu tadi tiba-tiba nampak ni di bahagian headlines.

http://tech.yahoo.com/blogs/null/128643/beware-conficker-worm-come-april-1/

Cemas dol. Tak pasal-pasal mood aku nak menyambut Earth Hour Sabtu malam Ahad ni terbantut. Serangan kompeni yang pertama sekitar Disember lalu memang berjaya menyentap ego ramai orang lah.

Eiii..Peduli la April Fool ke apa ke..Aku Sirapppp betul la dengan mangkuk-pinggan-cawan-talam-dulang-teko pembancuh virus ni semua.

**Sedang ketawa (beserta rasa tak sedap hati) membaca komen-komen pro Mac, Windows dan Linux di bawah pautan di atas.

February 3, 2009

Erkhhhh!!! Come on la woi..

Filed under: kin-ell, music, sirapppp — kinell136 @ 12:35 pm

Hahahahhahaha!!! Adoiiii...kena tunjuk kat Amrullah Nasrul nih.

Hahahahhahaha!!! Adoiiii...kena tunjuk kat Amrullah Nasrul nih.

Dah dengar lagu ‘Madu Tiga‘ (lagu P.Ramlee) versi Ahmad Dhani?

Aku dah dengar dan ia sangatlah menyirapkan (tak tau la sama ada P.Ramlee akan sirappp jugak kalau dia masih hidup) tapi aku gerenti masih ramai yang takkan kisah dan akan terus panggil dia genius.

Personally, aku tak suka tapi kau bolehlah nak cuba geli-gelikan telinga kau dengan menghirup versi mp3 di sini. Saiz dia kecik jadi kau kena kuatkan volume sikit.

Pada pendapat aku yang tak seberapa ni, kalau kau nak dengar genius Ahmad Dhani yang betul, kau bolehlah cari album Ahmad Band – Ideologi Sikap Otak.

Older Posts »

Blog at WordPress.com.