Sirappp!! + Buang-Buang Karen

December 15, 2009

Sehari Satu Perkataan #8 – Sari Yanti.

Filed under: Sehari Satu Perkataan, kin-ell, tempatan — kinell136 @ 7:43 pm

Muhammad A: Alamak! Shit! Asshole! Kepala ba..

Muhammad B: Oi! Apa kena? Tourettes syndrome ke?

Muhammad A: Aduhh..tourettes benda pinggan..bangsat la..pelupa la aku ni.

Muhammad B: Lupa apa mangkuk?

Muhammad A: ‘Sari Yanti’ aku dah habis la cha.

Muhammad B: Hahahaha. semalam kan kau keluar shopping, tak beli?

Muhammad A: Sebelum nak pergi tu, plan nak beli tu memang dah ada. Aku lupa la siut.

Muhammad B: Jeans, baju baru boleh beli harga beratus-ratus, ‘Sari Yanti’ boleh lupa pulak nak beli ye. Lain kali tulis la dulu bai.

Muhammad A: Mintak sikit kau punya ‘Sari Yanti’ cha.One way je.

Muhammad B: Kepala hotak kau. One way ke half way ke, jangan harap la aku nak bagi. ‘Sari Yanti’ mana boleh main kongsi-kongsi doh. Dapat penyakit aku karang. Bengong sengoti nate nih. Ui, kedai Basha baru bukak tu Jack. Nanti kau turun kau pergi beli la.

Muhammad A: Yelah..fuhh..nasib baik ada Basha. Aduiii..tak selesa betul tak ada ‘Sari Yanti’ ni.

HABIS.

‘Sari Yanti’ dalam perbualan di atas membawa maksud deodorant.

Sekian untuk kali ini, terima kasih.

November 29, 2009

Sehari Satu Perkataan #7 – Cibir.

Filed under: Sehari Satu Perkataan, kin-ell — kinell136 @ 12:06 pm

Ada yang mengerti cibir sebagai ‘mengejek yang disertakan dengan gaya muka sekali’. Bila gua google, meluas jugalah penggunaan ‘cibir’ ni, lagi-lagi dalam artikel majalah sukan dan sastera Indonesia.

Pagi raya sebelum nak ke masjid kelmarin, gua dapat satu lagi makna terbaru perkataan CIBIR. Menurut kamus abang sulung gua;

CIBIR adalah singkatan yang diilhamkan dari perkataan CIrit-BIRit.

Contoh ayat:

” Kenapa muka kau ni berkerut-kerut bagai…cibir ye? eh, ada bau jugak ni”

“Ada orang bagitahu aku, kau ni pengikut berat Grey’s Anatomy dengan Private Practice, masa aku baru dapat tahu tu, rasa nak ter-cibir pun ada! Jangan cakap kau follow jugak Ampang Medikal..”

” Kau nak pergi Rock The World tahun ni sebab ada Bunkface? Statement kau ni silap haribulan boleh bikin gua cibir lah..Bunkface..cet!”

That’s all for today, folks!

October 15, 2009

Sehari Satu Perkataan #6 – Exco Pemuda.

Filed under: Sehari Satu Perkataan, kin-ell, tempatan — kinell136 @ 4:51 pm

WEB_3

“Aku tengok kau ni makin besor dan bulat la Meon, apa rahsianya?.”

“Orang rumah masak sedap la bang.”

“Aku dah agak dah. Untung la kau ye, orang rumah dah la lawa, ada iras-iras Rozie Rashid, pandai masak pulak tu. hidup mewah la ni hari-hari boleh makan sedap. Sekali pandang dari jauh tadi dah ada rupa macam Exco Pemuda la kau ni! Hahahaha! “

“Hahahaha..wak luuu..”

September 3, 2009

Sehari Satu Perkataan #5 – Larry David Moment

Filed under: Sehari Satu Perkataan, TV, dunia, kin-ell — kinell136 @ 6:15 pm
prettayy..prettayy..prettayy...prettayyy..pretty good.

prettayy..prettayy..prettayy...prettayyy..pretty good.

Curb Your Enthusiasm ialah salah satu siri komedi yang paling aku suka (walaupun tak tengok habis lagi..baru nak masuk Season 3 out of 6). Bakal memasuki musim ketujuhnya tiga minggu lagi, Curb memang terkenal dengan corak humornya yang bijak, selalunya subtle dan kadang-kadang (at least dalam kes aku) kena tengok berkali-kali baru la dapat penangan dia bai. Nak tahu lebih lanjut, bolehlah lawat Wikipedia..mana tahu, ini akan menjadi satu batu loncatan kau ke arah men’delete’ segala episod Friends dalam laptop kau di masa-masa akan datang.

Pada yang biasa atau pernah tengok siri ni, pasti sudah sedia maklum bahawa Larry David (dalam Curb pun dia jadi Larry David juga) adalah seorang yang tak tau nak cakap macam mana, ada yang kata dia ni ‘obnoxious’  tapi tidak pada aku. Karekter Larry David boleh jadi seorang yang offensive pada pandangan orang lain, namun hakikatnya dia takde niat pun nak buat begitu. Part ni lah yang menjadi fokus entri aku kali ini.Inilah yang dinamakan ‘Larry David Moment’

Di-copy dari urban-dictionary, aku tukarlah feel dia ke arah Urban-Melayu sikit.

Apakah itu ‘Larry David Moment?’

Apabila seseorang mengatakan atau melakukan sesuatu yang dianggap offensif atau menghina seseorang yang lain, dengan tanpa niat.

 Peh..dah macam ayat legal provision la pulak.

Berasal dari siri komedi ”Curb Your Enthusiasm”, di mana karekter utamanya Larry David, agak selalu juga tidak sengaja menghina dan menyakiti hati seseorang.

Abang Long #1: Best gak perjumpaan aku dengan isteri kau malam tadi. Dia ok aaa. Tak bosan la.
Abang Long #2: Terima kasih, isteri aku pun rasa kau ni takde la cagu sangat orangnya.
Abang Long #1: Satu lagi, isteri kau tu hangat jugak ye. Hot-Hot. Great tits.
Abang Long  #2: Excuse me?
Abang Long #1: Body pun cantik. Tak sangka betul anak dah 5 orang. Pandai dia jaga. Nice. Ini satu pujian ni bai.
Abang Long #2: Pujian bapak kau. Tu menghina namanya bai.
Abang Long #1: Aku takde niat nak jadi offensive bai. Serius shit. Aku ikhlas puji ni.
Abang Long #2: PUKIMAK LU BAI! (blah)
Abang Long #1: I just had a Larry David moment
.

 So korang, kalau jumpa orang jenis macam ni, kena ingat satu perkara, being tolerant is the key in handling such situation. hahahaha.

Banyak la toleransi aku.

Selamat berbuka puasa guys.

May 23, 2009

Sehari Satu Perkataan #4 – Asal Usul terma SPAM

Filed under: Sehari Satu Perkataan — kinell136 @ 12:04 am

Aku baru tahu benda ni sebenarnya. Semuanya hasil berkat menonton Monty Python’s The Flying Circus.

OK, Ini SPAM yang asal. SPAM asalnya hanyalah produk daging dalam tin.

spam

Video di bawah mengandungi sketch yang dipercayai memperkenalkan makna baru SPAM  seperti mana yang kita kenali hari ini.

SPAM SPAM SPAM SPAM LOVELY SPAM WONDERFUL SPAM!

Dapatkan maklumat lanjut mengenai ‘SPAM’ dengan menaip ‘SPAM’ kat wikipedia.

April 12, 2009

Sehari Satu Perkataan #3

Filed under: Sehari Satu Perkataan — kinell136 @ 5:15 pm

LIN DAN

lin-dan

Hebat, mantap, tangkas, pantas, cekap dan betul, ditambah dengan tingkah laku yang kadang-kadang boleh mem ‘psyche’ orang lain, tahu berpura-pura kononnya memiliki kekurangan / casss merendah diri namun masih dapat mencapai objektif yang dihajatkan, selalunya dengan cemerlang flying colors ah.

-  Menurut penulis,  ‘Lin Dan’ sangat sesuai diamalkan dalam ayat dan perbualan yang melibatkan penuntut-penuntut universiti ketika musim peperiksaan akhir.

Contoh: -

” Meng, tadi aku duduk belakang budak bilik kau Si Padil dalam exam hall. Sampai 3 booklets dia menulis sial. Selang 45 minit, angkat tangan mintak booklet baru.Gile psyche-out aku”

“Dia memang camtu dow. Dia tu sangat Lin Dan”

“Hahahaha..sangat Lin Dan? Hahaha..apa tu dow”

” Mana pernah aku nampak dia study. Menggoncang je kerja dia. Tak menggoncang, mengawan. Dua tu je kerja dia. Aku dah malas nak tanya-tanya dow. Dulu aku pernah juga tanya, “Padil, aku tengok kau ni rilek je..takde baca-baca buku pun.”

“Dia jawab apa?”

” Dia jawab, malas lah, ngantuk lah, bodoh lah, tak berbakat lah,tak hensem lah injured lah, apa lah lancau..sekali awal sem berapa hari tu aku dapat tahu dia dapat dekan, memang aku malas nak amik tahu lagi lah.Lantak pi la labuuuu”

“Perghhh..memang betul Lin Dan dow.”

***

SELAMAT BERJAYA KEPADA ADIK-ADIK YANG BAKAL MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR YE. MEMANDANGKAN SEKARANG NI MUSIM HUJAN, KEPADA YANG ADA KERETA, RAJIN-RAJINLAH TUMPANGKAN KAWAN-KAWAN YE.

February 12, 2009

Sehari Satu Perkataan Nomor Loro (#2)

Filed under: Sehari Satu Perkataan, kin-ell — kinell136 @ 3:04 pm

Hari ni bukan satu perkataan sahaja.

Siapa tak pernah mencarut dan cakap kotor sila angkat tangan?

Bagus..tak ada siapa yang angkat.

Adakah anda sudah bosan dengan old-fashioned way of cursing?

Saya ingin mencadangkan kepada anda satu cara mencarut yang lebih bergaya..iaitu dengan menggunakan NATO Phonetic Alphabet..

Memang cara seh..

Untuk pengetahuan anda, sudah ramai yang menggunakan cara ini termasuk lah abang-abang juruterbang kita.

Contoh:-

1) Foxtrot…Uniform…Charlie…Kilo!

2) Charlie…Uniform…November…Tango!

Dengan menggunakan NATO Phonetic Alphabet, mangsa carutan anda yang bangang dan perlahan sikit sudah tentu akan terpinga-pinga sekejap memikirkan apa sebenarnya yang anda maksudkan.

Walaupun cara ini sedikit panjang dan memakan beberapa saat dari hidup anda, namun ia amat menyeronokkan dan memberi kepuasan terutamanya dalam kes mangsa carutan yang sedikit bangang tadi.

(telefon..telefon berbunyi..)

“Ha? Postponed? Kau ni  Sierra India Alpha Lima lah..takleh pakai..”

January 6, 2009

Sehari Satu Perkataan #1 – Mechaphilia

Filed under: Sehari Satu Perkataan — kinell136 @ 5:56 am

Mechaphilia - One’s sexual attraction to machines.

Sumber : Urbandictionary.

Baca kisah seorang mechapiliac di sini

Geram la pulak tengok Mini Cooper kat luar tu.

Blog at WordPress.com.