Kenaikan bilangan pengunjung ke rumah aku secara mendadak sejak dua menjak ni banyak dibantu oleh dua nama ini – Rage Against The Machine dan Leong Mun Yee yang semakin hari semakin cantik.
Hari ni tak nak lah bercerita tentang Leong Mun Yee lagi. Tahniah la buat dia kerana memenangi emas dalam acara synchronized diving tak tahulah berapa meter kelmarin. Tak ingat dah ini pingat emas yang keberapa buat beliau. Sebaliknya, aku nak bercerita tentang satu benda yang aku baru faham, mungkin benda ini menjadi salah satu faktor penyumbang kenaikan tu lah. Ada kena mengena dengan RATM lah.
(ceduk dari WIkipedia)
Awal Disember 2009, ada beberapa member Facebook dari UK telah melancarkan satu ‘group’ untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli lagu ‘Killing in The Name’ bermula dari tempoh seminggu menuju Krismas. Tujuannya adalah untuk menghalang pemenang rancangan realiti X Factor daripada mencapai tempat pertama pada hari Krismas dalam Carta Singles UK untuk tahun kelima berturut-turut. Sehingga 15 Disember, ‘group’ ini sudah disertai oleh 800,ooo orang ahli. Laman JustGiving juga sudah ditubuhkan oleh pencipta ‘group’ ini di mana ahli boleh menggunakannya untuk menghulurkan sumbangan kepada badan kebajikan UK, SHelter. Sehingga kini, ia sudahpun mengumpul lebih 40,000 pound.
Lepas Simon Cowell menyifatkan kempen ini sebagai ‘bodoh’ dan ’sinikal’, ‘group’ ini mula mendapat perhatian dari saluran-saluran berita dan media UK, stesen-stesen radio dan blog-blog.
Kempen turut disokong oleh Rage Against the Machine sendiri. Gitaris Tom Morello berkata ‘achieving the Christmas number one would be a “wonderful dose of anarchy” dan dia bercadang untuk mendermakan sebahagian dari keuntungan yang tidak disangka-sangka ini untuk tujuan kebajikan.
Bookmakers (Agen pertaruhan ke dalam BM?) pada mula meletakkan lagu ni di tempat kedua dalam senarai favourite, di belakang pemenang X Factor, Joe McElderry. bagaimanapun, pada 17 Disember, dilaporkan bahawa sebahagian besar bookmakers telah menggantung sebarang pertaruhan, dengan Ladbrokes telah mengumumkan Killing in the Name adalah favourite untuk menduduki tangga pertama pada Hari Krismas nanti.
Setelah dua hari penjualan, “Killing in the Name” dilaporkan sedang mendahului dengan kelebihan 10%, menyebabkan sekurang-kurangnya satu major bookmaker membuka semula pertaruhan untuk Christmas Number One. Butiran carta pertengahan minggu telah bocor ke pengetahuan ramai pada 16 Disember dan menunjukkan “Killing in the Name” telah melebarkan jurang di tempat pertama dengan jualan sebanyak 65,000 salinan. Namun begitu, pakar-pakar dalam industri menjangkakan rilisan single McElderry – ‘The Climb’ dalam bentuk fizikal (CD) akan membantu kedudukannya di dalam carta.
Info lanjut boleh didapati di sini
Komen Tom Morello boleh dibaca di sini
Dari mana aku dapat cerita ni? Baca perbincangan ini. Ada yang setuju dan ada yang tak ambil kisah.
Kalaulah ada kempen yang serupa konsepnya di negara kita (mengambil kira jugak sebab orang kita dah tak beli album sekarang) untuk mempersetankan artis-artis rancangan realiti, cara juga kan?
Apa-apa pun, Simon Cowell is a fat bastard.








