Sirappp!! + Buang-Buang Karen

November 22, 2009

Meh Masuk Sini Meh! #16 – Kedai Majalah Baru Bukak.

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, kin-ell, tempatan — kinell136 @ 6:27 pm

Dengan secara sukarela aku promote-kan kedai ni untuk kawan-kawan yang kedekut tapi suka membaca. Tak ke murni tu.

Meh Masuk Sini Meh.

Very-very nice. Berpanjangan la usia kedai mi hendaknya ye. Amin.

Real credit buat brader-brader yang rajin meng’imbas’. Korang dan scanner korang memang the real deal.

p.s – Mim Nga Ga Alif masih tak berubah sangat sejak zaman ‘pinjam-dan-rembat’  di asrama dulu. May the best cleavage win!.

August 26, 2009

Meh Masuk Sini Meh! #15 – HSBB punya cerita.!

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, dunia, kin-ell, sirapppp, tempatan — kinell136 @ 11:10 pm
ha! ha!

ha! ha!

HSBB? Mende tu cha?

Sekitar September 2008 la kalau tak silap, Kerajaan Malaysia telah menganugerahkan kepada TM projek menaiktaraf sistem dan perkhidmatan internet jalur lebar negara dari BBGP kepada HSBB

Aaaa…OK..tapi HSBB tu mende? BBGP tu mende plak cha?

Sekarang ni, perkhidmatan internet di Malaysia secara amnya masih lagi berada di tahap BBGP atau nama penuhnya BroadBand for General Purposes. Mulai tahun hadapan, TM akan berusaha meningkatkan taraf perkhidmatan jalur lebar kepada HSBB atau nama penuh dia High Speed BroadBand.

Wawaweewa..kalau dah nama High Speed tu mesti la lagi laju eh?

Itu kita kena tunggu sampai 2012 di mana TM menjangkakan pada tahun tersebut, projek HSBB ni akan siap sepenuhnya dan akan membawa manfaat berganda-ganda kepada 1.3 juta premis di kawasan-kawasan terpilih. Sebelum ini, dengan jalur lebar normal atau BBGP kelajuan internet di negara kita hanyalah sekitar 256kbps hingga 4 mbps untuk pakej isi rumah dan bisnes. HSBB menjanjikan pakej internet berkelajuan tinggi fiber optik 20-50mbps sehingga 100mbps untuk pakej isi rumah dan pakej sehingga 1 Gbps.

Tadi kau ada sebut pasal kawasan terpilih cha? Boleh explain lebih sikit tak?

Projek HSBB ni tetap dijalankan ke seluruh negara kalau tak silap untuk meluaskan lagi capaian internet kepada masyarakat di kawasan desa misalnya. Namun begitu, HSBB akan diperkasakan di kawasan tumpuan yang melibatkan kegiatan pelaburan ekonomi yang besar dan rancak, serta mempunyai nilai pasaran antarabangsa, antara yang aku tahu macam di Lembah Klang dan di WPI.Di kawasan-kawasan seperti inilah kelajuan internet sehingga 100mbps dan 1 gbps dapat dinikmati.

WPI?

Wilayah Pembangunan Iskandar la ngok. Kau tak baca paper ke?

Oooo..yela..aku je yang bongok..yang intelek, yang kacak, yang pandai masak semua taruk kat kau. ok, cha, kau cerita kat aku sikit manfaat yang bakal diterima dari projek ni.

Dengan kelajuan jalur lebar yang telah dilipatgandakan, sudah tentulah segala macam urusan baik pentadbiran, perdagangan, perkhidmatan dan lain-lain lagi akan melalui satu era baru di mana segalanya akan diuruskan dengan lebih pantas dan mudah. Selama ini, kita agak terkebelakang dalam perkhidmatan internet jika hendak dibandingkan dengan Jepun dan Korea Selatan yang telah lama menikmati kelajuan 100mb ke atas sekitar lebih kurang 10 tahun lalu.Malah Singapura juga lebih awal mengorak langkah menaiktaraf perkhidmatan internet jalur lebar mereka. Satu lagi perkara yang penting, sektor teknologi bakal menerima impak yang besar dengan tempoh masa peralihan yang lebih singkat.

Kesan negatif dia pulak? Macam banyak je.

Banyak juga tapi dalam aspek ini lah kita perlu mengenalpasti langkah-langkah kawalan yang bakal diambil bermula dari sekarang. Bukan kawalan atau sekatan  secara fizikal tapi dari segi pengisiannya. Jenayah siber pula dijangka akan naik setahap lagi. Setahap benda, bertahap-tahap. Menyentuh soal pornografi pula..

hehhehee..ni yang aku suka nak dengar ni..

Kalau adik-adik kita sekarang sudah pandai menonton video-video lucah di zaman BBGP ini, kita sudah boleh menjangkakan kesan negatif yang jauh berganda-ganda lebih besar bila HSBB terlaksana nanti. Lupakan video-video lucah format 3gp, merakam dan memuatnaik video-video lucah high definiton bakal menjadi suatu kegilaan baru kerana semuanya boleh dirakam, dimuatnaik, ditonton dan dimuatturun dengan pantas. Teknologi high-definition sebenarnya dapat memberi kesan yang besar terhadap industri porno kerana kualiti  butiran dan perincian rakaman yang lebih tinggi selain ‘lakonan’ yang mantap. Tidak mustahil, Malaysia bakal mempunyai industri pornografi yang besar sendiri kelak. Siap ada award lagi.

Waaahhh..gile tu Jack, dengar macam best tapi kita pun tau porno tu tak elok. Jadi harap-harap dengan adanya HSBB ni, perisian rohaniah dan dakwah dapatlah disebarkan dengan lebih jitu lagi. Aku pun jadi takut jugak bila adik-adik kita ni matang sebelum waktunya. Gaya nampak macam 21 sekali baru 14 siak. Silap haribulan kau tershotgun boleh kena charge rape bai.

Kena charge ajelah yang kau takut, masuk neraka kau tak takut pulak? Apa la kau ni. Kau puasa tak hari ni?

Puasa la dol. Eh, aku macam minat nak tahu pasal HSBB ni. Ada apa-apa sumber yang kau boleh bagi?

Haa..ok..Meh Masuk Sini Meh.

August 17, 2009

Meh Masuk Sini Meh! #14 – Satu Lagi Ubat Tension

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, dunia, kin-ell — kinell136 @ 7:38 pm

Ok korang, pernah dengar tak motivational pictures..demotivational pictures..

Maleh pulak nak letak contoh kat sini. Apa kata kau gugel sendiri ah kat Google Image Search. Contoh yang agak popular sedikit masa lalu ialah koleksi gambar-gambar ‘EPIC FAIL’.

Semalam, aku mencari-cari juga apa nama yang tepat untuk gaya foto-foto yang biasanya ada frame hitam dan disertakan dengan motivational/de-motivational caption / quotations di bawahnya. Sekali tak dapat jumpa pulak. Tapi aku dapat jumpa satu laman yang memberi peluang kepada kita untuk mencipta foto bermotivasi kita sendiri. Best.

Meh Masuk Sini Meh.

Aku akhiri dengan contoh hasil kerja aku. Casss.

motivatorb8d2e1908fc363bb7360ad336439512d16a96ba6

Enjoy.

July 19, 2009

Meh Masuk Sini Meh #13 – Ini Lombong Emas Bai.

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, kin-ell — kinell136 @ 4:15 pm

Gila Jack. Aku macam rasa nak menjerit – “What a Life!” je bila aku jumpa blog ni. Uber-cool.

Meh Masuk Sini Meh

Ada baaaanyak komik-komik Hong Kong kegilaan ramai dalam blog ni.

Aku rate blog ni Cecilia Cheung out of Cecilia Cheung ah. Terkenang kenangan zaman-zaman asrama dulu. Aku bukan seorang pengumpul tegar, kalau jadi peminjam tegar lepas tu selamba buat harta selalu laa.Haha.

Usaha pembangun blog menyelitkan sekali komik favorite gua amatlah dihargai. Tahniah.

Salut Hui King Sum.

Salut Hui King Sum.

Aku baru sedut Alam Perwira sikit dan bila aku belek-belek, rasa nak tergelak dan tergolek pun ada tatkala melihat nama watak-watak macam Menteri Istiadat, Biduanda Siluman dan Biduanda Pemancing, Leftenan Jurukhat…

Leftenan Jurukhat?? LOL. Belum masuk nama-nama jurus hikmat lagi tu.Tak masuk lagi pepatah-pepatah yang nak ikut enter frame jugak. Aku rasa Mr Karam Singh dapat inspirasi dari komik-komik Hong Kong ni kot.

Tapi pada aku nama Marsyal Yau amat class ah. Marsyal+Yau. Macam nama tokan besar pun ada.

Salut semua translators yang terlibat.

July 12, 2009

Meh Masuk Sini Meh! #12

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, filem, kin-ell — kinell136 @ 3:06 pm
PHWOAR!!

Alyssa Soebandono. PHWOAR!!

Buat penggemar filem-filem Indonesia dekad 2000 ke atas.

Meh Masuk Sini Meh

RS account + IDM + Fast Broadband Speed = KERENNN BANGETT!!

June 22, 2009

Meh Masuk Sini Meh #11 – sempena Kempen ‘Save Your Hard Disk Space’

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, TV, kin-ell — kinell136 @ 12:46 am
ren_and_stimpy_billy_west

Yang istimewanya dalam Ren and Stimpy, parts..objects, scenes yang gross dan jijik gila selalu mendapat preferential treatment pada animation detailnya. Mungkin John K bukan pioneer tapi benda ni dia dah lama buat sebelum Spongebob kartun favorite Abang Najib buat lagi. Habis celaka kan?

Entri kali ini masih dikhususkan buat kaki-kaki sedut negara juga tapi kaki-kaki pada konteks yang lain. Ini buat kaki-kaki sedut yang jenis sayang sangat dengan free hard disk space PC mereka dan jenis tak kisah sangat dengan kualiti. Boleh juga dicadangkan pada mereka yang bukan kaki, yang jenis tengok buang. Lepas tengok buang. Macam member rumah atas si Peje tu.

Secara peribadi, aku boleh masuk dalam golongan ini tapi dalam masa yang sama aku boleh merasa sangat teruja juga dengan tawaran teknologi dan kualiti downloadable material terkini yang jauh lebih baik dan sudah pasti bersaiz besar serta menuntut free hard disk space yang banyak. Lagi-lagi video-video High Definition sekarang nih. Gila teruja.

Jadi, pada mereka yang termasuk dalam golongan seperti yang aku nyatakan dalam baris-baris awal perenggan di atas,

Meh Masuk Sini Meh

Ada baaaaanyak anime, kartun Barat, siri dokumentari, rancangan sukan dan TV series pada saiz dan kualiti yang lebih kecil. Bayangkan, korang boleh mendownload The Simpsons, South Park, Family Guy, American Dad dengan saiz hanya 16mb untuk satu episod. Apa? 16mb? Memang menjimatkan walaupun kualitinya cuma lebih ok sikit je daripada video-video 3gp. Asal boleh tengok sudahlah ye. Tapi ada juga bahan-bahan berformat MKV yang agak mengejutkan juga kualitinya walaupun saiz dia tak besar. Macam siri Curb Your Enthusiasm yang aku tengah download sekarang ni. MKV, 70-80mb tapi gambar cantik.

Sesuai dengan tagline laman ni – “download your favorite tv shows in a compressed format and save space on your hard drive“, jadi lepas ni korang bolehlah tambah lagi simpanan modal ‘ehem-ehem’ korang.

Setakat yang aku tengok-tengok lah, rata-rata laman ni ok walaupun ada juga aduan dari pelawat pasal tak kemas kini lah, links mati lah, audio tak kuat lah, tak sync lah tapi harus diingat kerja meng-encode, meng-compress dan meng-edit video ni bukanlah satu kerja yang mudah ye sedara. Aku pernah cuba-cuba juga godek-godek video editing ni dulu..sekali je..itu pun sebab ada orang suruh..last-last hasil final dia betul-betul macam gampang.

Untuk makluman, links diperolehi dari seantero Internet seperti mana yang telah termaktub dalam disclaimer laman ini. Bila susah nak cari supplier..jadi payahlah nak menghapdetnya.

Ada juga bahan-bahan yang bagi aku, amat cemerlang dalam laman ni macam dokumentari BBC – History of World War (volume I sampai volume IV), dokumentari Mega Structures 24 episod yang tak menjemukan, Blackadder – siri komedi lakonan Rowan Atkinson (orang Malaysia kenal dia sebagai Mr Bean sahaja), buat kaki gusti ada WWF Survivor Series 1987 dan 1988,  dan yang paling aku hargai – ada siri kartun Ren and Stimpy yang aku layan gila masa lepas SPM dulu. Aku pun tak paham macam mana siri kartun seumpama tu boleh lepas untuk tayangan di RTM…diulang..RTM..TV1..pukul 11:30 pagi.

MARILAH SAMA-SAMA JIMATKAN SPACE HARD DISK PC KITA.

June 13, 2009

Meh Masuk Sini Meh #10 – BOLA, BOLA, BOLA

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, dunia, sukan — kinell136 @ 9:40 pm
Kalau mangkuk ayun Cristiano Ronaldo tu 80 juta pound, berapa harga trio ni agaknya kalau ikut pasaran sekarang

Kalau harga mangkuk ayun super-homo Cristiano Ronaldo tu 80 juta pound, berapa harga trio ni agaknya kalau ikut pasaran sekarang

Pada kaki-kaki bola (Liverpool fans khasnya), aku nak promote satu server yang fantastik untuk korang download full-game/highlights baik yang agak baru mahupun yang lama-lama.

Meh Masuk Sini Meh.

Meskipun server ni banyak menawarkan game-game pilihan yang membabitkan Liverpool baik zaman Sir Bob Paisley, Joe Fagan, Kenny Dalglish, Roy Evans dan Rafa Benitez,  namun pada mereka yang kritikal dan casss nak mengkaji asal-usul perkembangan taktik dan formation dalam sejarah bolasepak, server ni juga ada menawarkan old matches dari zaman gemilang Ajax zaman kebangkitan Johann Cruyff dan head coach diorang Istvan Kovacs yang menyambung legasi total football Rinus Michels sekitar awal 70-an, juga zaman emas Arrigo Sacchi dan AC Milan dengan trio Belanda – Frank Rjikaard, Ruud Gullit dan Marco van Basten, zaman skuad emas Barcelona di bawah kendalian Cruyff di awal 90 an, game-game Brazil masa World Cup 1970 dan 1982, Valencia zaman Rafa Benitez mula tunjuk taring dan yang terkini skuad ‘treble’ Barcelona kendalian Josep Guardiola.

Inilah peluang keemasan untuk korang mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang Total Football, pressing football gaya Sacchi yang banyak mempengaruhi idea-idea taktikal Rafa Benitez, gaya samba anjuran Mario Zagallo dan Tele Santana serta gabungan rentak permainan ‘Barcelona’ dicampur dengan tuntutan disiplin dan kerja keras yang berterusan era terkini garapan Pep Guardiola.

Kualiti video kebanyakannya dalam format wmv. (sebab mungkin ripped direct dari VHS) dan ada juga yang berformat avi. Saiz memang bagak-bagak belaka. Asal boleh tengok sudah lah ye. Perlu diingat, kombinasi perisian download accelerator seperti Internet Download Manager dan talian internet yang laju adalah sangat afdhal dan dituntut  dalam mendownload bahan-bahan dari server Mr Snidey ini.

MAKAN MINUM TIDUR BOLA.JANGAN SAMPAI SEMBAH SUDAH.

May 25, 2009

Meh Masuk Sini Meh #9

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, TV, dunia — kinell136 @ 8:02 pm
MichaelPalin1

Michael Palin Pasca Python dah jadi traveller yang gila legendary. Salut.

Untuk kaki-kaki download terutamanya yang cass articulate dan ilmuwan semua, aku baru jumpa satu blog yang sangat bagus dan aku nak kongsi dengan korang.

Meh Masuk Sini Meh.

Dalam blog ini, ada banyak dokumentari pelbagai cabang bidang baik lama, baru, yang tak berapa lama dan yang tak berapa baru terbitan BBC, PBS, IMAX, HBO, Discovery dan History Channel sedia rela untuk didownload.

Aku pun tak habis check lagi isi keseluruhan blog ni tapi Michael Palin: Around The World in 80 Days tu nampak menarek jugak untuk disedut.

Rehat la kejap mendownload porno tu ye. Apa kata sekali-sekala kita bertukar angin pulak.

April 23, 2009

Meh Masuk Sini Meh 8.

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, tempatan — kinell136 @ 6:56 pm

Pagi tadi, aku sempat berbual dengan Encik Ahmad Badrul Sani a.k.a BAD, member lama masa aku lepak kat Kem Tahanan Antarabangsa Sungai Pusu dulu via YM. Sekarang dia dah jadi seorang bapa beranak satu, seorang bisnes-wan dan motivator muda yang sukses gak siap dah ada buku sendiri.

Kalau nak digambarkan tahap sukses dia ni, cuba kau taip dekat Google Image Search “Ahmad Badrul Sani’, nescaya akan keluar lah gambar-gambar beliau secara terus di page pertama, dan bukan gambar apa-apa Ahmad, atau apa-apa Badrul atau Sani Sudin. Cuba kau taip nama penuh kau, tengok ada keluar ke tak gambar kau sendiri. Kalau takde, maknanya kau belum cukup sukses.

Berikut adalah sedikit petikan daripada perbualan aku dengan BAD yang telah diedit. Mula-mula cuma setakat bertanya khabar, lepas tu tanya perkembangan terkini…sekali lepas tu…

Badrul Sani : bro..ko ada sedara yang berpenyakit tak? kencing manis ke..darah tinggi ke?

(Aiseh…dia dah mula dah..)

Aku : ramai. bapak aku dulu meninggal sebab tu la

(kombinasi sakit jantung+darah tinggi+kencing manis)

Badrul Sani : uish…biar betul?

Badrul Sani : ok…

Badrul Sani : aku skrg ni tgh guna satu produk ni…very interesting…

Badrul Sani : selain bagi tenaga, mampu healing all this kind punya penyakit…

Badrul Sani : kalau hang rasa perlukan, just bgtau aku…

Badrul Sani : hang tgk kat blog aku… http://superpendant.blogspot.com

Aku : ok

Badrul Sani : insyaAllah mujarab sbb dah ramai yg dapat manfaatnya…

***

Try la buka link yang BAD bagi tu.

First time tengok, hati ni berkata “Hek elaaa..loket?..What..the..ff”. Bila dah baca sampai habis, eh best juga. BAD dah guna. Shalin Zulkifli dah guna. Safee Sali pun dah guna. Mungkin juga ini adalah salah satu rahsia kenapa orang Jepun kuat bekerja.Tak lupa juga pada pekerja-pekerja Indonesia.Mungkin diorang ada pakai benda yang serupa, sebab negara diorang kan banyak gunung yang berapi-api.

Lagi satu, kau kena masuk sini jugak. Meh Masuk Sini Meh. Ada video-video berkaitan Quantum Pendant ni lah. Siapa yang rindu nak tengok Malek Noor, dia ada buat special appearance dalam video-video ni.

Kepada Syahrul dan Che’ Wa, tak tahulah kalau korang dah tahu pasal Quantum Pendant ni atau belum, tapi kalau belum, pada pendapat aku produk ini adalah jawapan untuk mengakhiri penderitaan korang akibat selalu menjadi punching bag  selama ini. Paling kurang pun bila korang dah ada loket ni karang, Insya-Allah, sepak terajang tak terasa sakit, tapi terasa sedap macam pegi ‘masas’ pulak (massage).hehe.

Aku nak tengok isi dompet aku kejap.

March 9, 2009

Meh Masuk Sini Meh #7

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, dunia, kin-ell — kinell136 @ 10:59 pm

Kau pernah dengar PostSecret?

Aku baru tahu benda ni (benda ni dah ada dari tahun 2005..cicir jauh sial gua) dan aku rasa ia agak menarik jugalah sebab aku suka benda-benda casss seni ni.

Secara ringkasnya, PostSecret adalah satu projek community mail art yang dicipta oleh Frank Warren di mana kau boleh menghantar rahsia kau ANONYMOUSLY di atas homemade postcards yang kau decorate sendiri. Walaupun aku percaya bukan semua rahsia peribadi yang dikirim tu betul (ada yang lawak..ada yang really inspiring..ada yang seram-sejuk-geli dowhh), tapi sekurang-kurangnya PostSecret ni dapat menjadi satu platform untuk mengembangkan kreativiti seseorang melalui postcards la.

Wikigapodio

Contoh:-

freaks

porn

Meh Masuk Sini dan Sini Meh.

Kalau kau rasa “eh, gerek ah benda ni..aku nak lagi maklumat lanjut pasal benda ni”, aku cadangkan kau beli ajelah semua buku PostSecret Frank Warren kat kedai-kedai buku (kalau kau jumpa lah) atau kat amazon.com.

Older Posts »

Blog at WordPress.com.