In 1984, Saul Zaentz, Peter Shaffer and Milos Forman collaborated in bringing a truly remarkable life to the silver screen. The story of Wolfgang Amadeus Mozart, through the eyes of rival composer, Antonio Salieri. The film is complete with an insightful script (courtesy of Mr. Shaffer), magnificent acting, wondrous sets and costume designs, incredible choreography (thanks to Twyla Tharp), and, above all, the glorious music of Mozart himself.
The movie of Salieri’s life, through which Mozart played an integral part, is told in flashback mode, beginning in around the year 1822. An old and perhaps emotionally disturbed Antonio Salieri attempts suicide, and in doing so, apologizes for killing Mozart some 31 years earlier. He survives and is admitted to an insane asylum, where he tells a young priest his tale of jealousy and mediocrity.
The priest is fascinated and alternately troubled by the lengthy and emotional story. Salieri tells of growing up in Italy with a father who did not care for music; and how he rejoiced for the chance to go to Vienna after his father’s untimely death. He tells of how he first had met the young Mozart, and how immature and dirty minded Mozart was. He also tells of how “The Creature” had an intimate relationship with the girl that Salieri had cared for. Most importantly, however, he confided in the priest that he had learned to hate God for giving him a deep love of music, only to deny him the talent to create truly memorable music. He thought God had given him Mozart to mock him. Salieri’s heart filled with such rage, such hatred and such jealousy, that he had vowed to himself to make God an enemy and to kill the young Mozart.
As the movie moves along, carrying with it a deep sadness of the human condition, it also celebrates life by giving the audience joyous music, wonderful atmosphere and a general appreciation of humanity for not only eighteenth century Europe, but in any age where music speaks for our emotions.
The movie won eight Academy Awards in March of 1985. The only reason it did not win nine was that Tom Hulce was nominated for best actor instead of best supporting actor. He actually was in a supporting role, and in a strange twist of irony, F. Murray Abraham won the best actor statuette; citing probably the only time when Salieri beat out Mozart in anything.
The movie itself was shot in Prague where Milos Forman said “(It) is a gem because it’s possible to pivot the camera a full three hundred and sixty degrees and never encounter a modern vision.” Very few new sets had to be built, as the scenes and buildings they found were quite often apropos to their needs.
Amadeus works well on virtually every cinematic plane that exists. It is a masterpiece that must be viewed multiple times to receive what the film has to offer. The emotions of humanity, through the eyes of the troubled Salieri, indeed speak for all of mediocrity. He is their champion and their king.
Kenaikan bilangan pengunjung ke rumah aku secara mendadak sejak dua menjak ni banyak dibantu oleh dua nama ini – Rage Against The Machine dan Leong Mun Yee yang semakin hari semakin cantik.
Hari ni tak nak lah bercerita tentang Leong Mun Yee lagi. Tahniah la buat dia kerana memenangi emas dalam acara synchronized diving tak tahulah berapa meter kelmarin. Tak ingat dah ini pingat emas yang keberapa buat beliau. Sebaliknya, aku nak bercerita tentang satu benda yang aku baru faham, mungkin benda ini menjadi salah satu faktor penyumbang kenaikan tu lah. Ada kena mengena dengan RATM lah.
Awal Disember 2009, ada beberapa member Facebook dari UK telah melancarkan satu ‘group’ untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli lagu ‘Killing in The Name’ bermula dari tempoh seminggu menuju Krismas. Tujuannya adalah untuk menghalang pemenang rancangan realiti X Factor daripada mencapai tempat pertama pada hari Krismas dalam Carta Singles UK untuk tahun kelima berturut-turut. Sehingga 15 Disember, ‘group’ ini sudah disertai oleh 800,ooo orang ahli. Laman JustGiving juga sudah ditubuhkan oleh pencipta ‘group’ ini di mana ahli boleh menggunakannya untuk menghulurkan sumbangan kepada badan kebajikan UK, SHelter. Sehingga kini, ia sudahpun mengumpul lebih 40,000 pound.
Lepas Simon Cowell menyifatkan kempen ini sebagai ‘bodoh’ dan ’sinikal’, ‘group’ ini mula mendapat perhatian dari saluran-saluran berita dan media UK, stesen-stesen radio dan blog-blog.
Kempen turut disokong oleh Rage Against the Machine sendiri. Gitaris Tom Morello berkata ‘achieving the Christmas number one would be a “wonderful dose of anarchy” dan dia bercadang untuk mendermakan sebahagian dari keuntungan yang tidak disangka-sangka ini untuk tujuan kebajikan.
Bookmakers (Agen pertaruhan ke dalam BM?) pada mula meletakkan lagu ni di tempat kedua dalam senarai favourite, di belakang pemenang X Factor, Joe McElderry. bagaimanapun, pada 17 Disember, dilaporkan bahawa sebahagian besar bookmakers telah menggantung sebarang pertaruhan, dengan Ladbrokes telah mengumumkan Killing in the Name adalah favourite untuk menduduki tangga pertama pada Hari Krismas nanti.
Setelah dua hari penjualan, “Killing in the Name” dilaporkan sedang mendahului dengan kelebihan 10%, menyebabkan sekurang-kurangnya satu major bookmaker membuka semula pertaruhan untuk Christmas Number One. Butiran carta pertengahan minggu telah bocor ke pengetahuan ramai pada 16 Disember dan menunjukkan “Killing in the Name” telah melebarkan jurang di tempat pertama dengan jualan sebanyak 65,000 salinan. Namun begitu, pakar-pakar dalam industri menjangkakan rilisan single McElderry – ‘The Climb’ dalam bentuk fizikal (CD) akan membantu kedudukannya di dalam carta.
Dari mana aku dapat cerita ni? Baca perbincangan ini. Ada yang setuju dan ada yang tak ambil kisah.
Kalaulah ada kempen yang serupa konsepnya di negara kita (mengambil kira jugak sebab orang kita dah tak beli album sekarang) untuk mempersetankan artis-artis rancangan realiti, cara juga kan?
Pada usia 38 tahun, Jari Litmanen membuktikan yang – form is temporary, class is permanent. Dengan selamba beliau menciken-cikenkan pemain-pemain Jerman. Ini barulah namanya desequilibrante. Apa benda tu? Lain hari kita akan bincang apa yang dimaksudkan dengan desequilibrante dan kepentingannya dalam siri kedua ‘Bangkitlah Bolasepak Malaysia’ yang bakal menemui anda tak tahu entah bila.
Sayang sekali, beliau adalah antara pemain terbaik dunia yang tak pernah main di peringkat World Cup sebab nama beliau bukan Jari Litmaneninho dan berasal dari Finland. Aku harap beliau akan meneruskan karier di bidang kejurulatihan pulak selepas ini.
Kemungkinan besar aku akan ingat Inglourious Basterds sampai bila-bila bukan sebab olahan panjang dan details yang nonsensically awesome gaya tipikal Quentin Tarantino tapi sebab ‘Hans Landa’. Antara watak villain paling powerful la yang pernah aku tengok dalam filem, sebaris dengan Sarip Dol.
Tarantino turut mengakuinya. Kata beliau -
“Hans Landa ni mungkin adalah watak yang paaaaaling bagus yang pernah aku cipta dan cara Christoph melakonkannya, memang dah boleh kira dah sampai peringkat langit ketujuh lah, bukan lagu Sharifah Zarina tu la pinggan. Maksud aku, lakonan dia tu gila babi terbaik lah. That kind of acting ticks all the right boxes. Kalau le aku tak jumpa pelakon yang sebaik dia ni untuk pegang watak Landa ni, sori le bai, belum tentu aku akan buat cerita Basterds ni.Brad Pitt? Apa Beretpit Beretpit? Aku pun nak jugak ramai chicks datang tengok filem aku. Jadi Beretpit tu aku ambik buat jadi cash-cow jelah. haha….hak!” - Wikipedia.
Orang tua dari Austria ni bakal jadi ‘orang jahat’ lagi dalam ‘The Green Hornet‘ tahun depan.
Aku terpaksa menangguhkan Top 3 Filem Pilihan 2009 sebab dalam bulan doblas ni masih ada filem-filem menarik dengan nama-nama besar menanti giliran untuk ditayangkan. Antaranya yang pasti ditunggu-tunggu termasuklah Avatar (arahan James Cameron), Sherlock Holmes (Robert Downey Jr), Agora, The Imaginarium of Doctor Parnassus (Terry Gilliam!) dan Nine (Daniel Day Lewis). Setakat ini dalam calon-calon Top 3 untuk tahun ni aku dah fikirkan Inglourious Basterds, Up, Moon, The Damned United dan Papadom…NOT.
Apa-apapun, aku rasa prospek paling menarik untuk bulan ini ialah filem cass sejarah dan sukan (ragbi) arahan atuk koboi, Clint Eastwood – Invictus. Sebab aku suka filem-filem berdasarkan kisah benar macam ni kot…dan ye..sebab ia filem sukan. Diperkuatkan oleh Morgan Freeman sebagai Nelson Mandela dan Matt Damonnn!! (baca ikut gaya Team America) sebagai Francois Pienaar, filem ini menyelusuri era pasca apartheid di Afrika Selatan ketika Mandela baru-baru sahaja dibebaskan dan diangkat sebagai Presiden.
Mandela ‘memperalatkan’ Kejohanan Ragbi Piala Dunia 1995 yang berlangsung di negaranya melalui kapten Springboks, Francois Pienaar untuk menjayakan usaha merapatkan jurang dan menyatupadukan kembali rakyat Afrika Selatan khususnya The Blacks and The Whites. Springboks akhirnya berjaya menggondol kejuaraan Piala Dunia tahun itu apabila mengejutkan pasukan pilihan, New Zealand di final dan kejayaan ni telah berjaya membawa perubahan besar di bumi Amat Patience.
Trailer:-
Tak tahu lah sama ada filem ni akan masuk Malaysia atau tidak, nak masuk pun bagus. Harap-harap divideerip untuk cerita ni akan keluar cepat. haha.
Satu benda yang aku terkenang selepas membaca dan menonton sikit pasal Invictus ni – masa last time Malaysia menang Piala Thomas. Antara detik yang paling membanggakan aku sebagai rakyat Malaysia. Kemenangan bersejarah tu dah tentulah membanggakan tapi bila mengenangkan sokongan padu lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum dalam Stadium Negara malam tu – boleh buat air mata menitis bai. Bandingkan dengan penyokong badminton negara dan apa-apa sukan lain zaman sekarang – semangatnya langsung tak sama. Nak harapkan Abang Burung je tak dapat la jack.
Kesimpulannya – sukan boleh saja menjadi penggerak agenda perpaduan.
2009 dah hampir sampai ke penghujungnya. Jadi ini adalah senarai top 3 untuk lagu terbaik pilihan tahun ini. Lepas-lepas ni akan diusahakan top 3 untuk kategori lain pulak Insya-Allah.
Member-member gua di FB dah mula bising-bising pasal sequel Twilight – New Moon. Versi CAM dah pun keluar di seantero Internet, dan aku belum download dan mungkin takkan mendownloadnya. Ada yang kata Twilight yang pertama punya penceritaan yang baik juga (novelnya pun bagus..sampai ada sorang kenalan gua separuh-orgasmic bercerita pasal 4 novel karya Samantha Myers ni di status FB beliau.). Namun begitu mungkin antara sebab kenapa aku diss Twilight sebab ia dibayangi kuat oleh ‘faktor-faktor penarik’ yang lain. Faham-faham sudahlah.
Harus diakui soundtracks-nya (untuk New Moon) bagus. Mungkin lepas ni mereka-mereka ini akan kenal siapa itu Thom Yorke, siapa itu Ben Gibbard, Chris Walla, siapa itu Bon Iver dan juga Black Rebel Motorcycle Club serta Editors. Semuanya nama-nama besar yang mungkin mereka-mereka ni tak kenal atau tak pernah dengar langsung. Itupun kalau mereka terperasan. Tapi kalau mengikut perkiraan aku, dah hampir pasti mereka takkan perasan sebab masing-masing akan blah bila keluar ending credits. Apapun, kepada mereka-mereka ini, selamat menonton New Moon, enjoy Edward Cullen dan selamat menggentel.
26 haribulan ni, serentak dengan Twilight-New Moon, ada satu lagi filem, filem Malaysia (ya, filem Malaysia) yang bakal ditayangkan selama seminggu HANYA di GSC Mid Valley. Setelah mencipta nama di Cannes, nampaknya ada respon dan permintaan dalam skala yang positif bagi memberi ruang kepada filem ini untuk ditayangkan buat penonton-penonton di negara kita.Filem yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan adalah KARAOKE.
Nasib baik lah adik aku beli Sunday Star kelmarin. Pada aku, Sunday Star best sebab ada banyak rencana-rencana khas yang menariklah. Antara yang aku selalu follow dah tentulah special column Martin Vengadesan - Music, Myth and Legends.Kelmarin aje dia dah cerita pasal legenda Kimchi Rock – Rock kat Korea lah. Terus gua bagi kat adik-adik perempuan gua yang dah kena Korea-nized – “Kau kena baca artikel ni weh..rock Korea pun kau kena tahu juga..baru orang respect.” Terkena sekor-sekor. Haha..puas hati aku.
Kelmarin, ada satu halaman dalam StarMag pullout yang memaparkan temubual bersama dua orang kuat Karaoke, pengarahnya – Chris Chong dan penulis skrip bersama, Shahnon Shah. Layankan temubual yang aku dah tukarkan rasa dia I.S.A (ikut-suka-ana) di bawah:
Si ibu punya sebuah karaoke bar yang nampak murah, di ceruk ladang sawit. Si anak baru saja kembali setelah menghabiskan zaman belajarnya di Kuala Lumpur, lalu mengambil keputusan untuk bekerja sebagai pembikin video karaoke separuh masa. Si anak ada cita-cita untuk mengambil alih bar tersebut, mungkin juga dia ada rasa untuk mencari cinta dan makna sebenar untuk ‘Home’. Tapi perasaan tamak mula mengganggu..
Macam mana filem dengan jalan cerita yang ringkas ini dapat menerima jemputan untuk tayangan di Cannes? Bercakap dengan pengarah Chris Chong dan penulis skrip bersama, Shannon Shah dengan mereka sibuk berceloteh untuk menjawab soalan-soalan saya, tentang bagaimana mereka berjaya membuat filem ini dipandang tinggi.
Chong: Ia cerita yang mudah je, pasal homecoming, kepulangan. Ada orang menyanyi dan kita pun boleh sing-along apa. Kau rasa cerita ni cerita ’susah’ ke? ‘Berat’?
Cerita dia perlahan la..agak moody.
Chong: Ada bahagian yang perlahan sebab aku tak gerakkan kamera sangat dan ada yang lain tu, aku gabungkan shot-shot tu bersama.
Shahnon: Dia ni cuba nak memberi keseimbangan la..antara keseronokan berkaraoke dan mencabar penonton melalui naratif dan visual. Ada lah sikit eksperimen untuk penonton merasai jalan cerita dengan cara yang berbeza.
Korang rasa, Karaoke ni lebih melankolik ke dari seronok? Yelah.. karaoke dalam ladang sawit..macam syahdu je bunyinya.
Chong: Haha, aku rasa lagu-lagu dalam cerita ni menyeronokkan la..kelakar pun ada juga.
Shahnon: Chris betul..haha..tapi aku rasa pandangan kau pasal melankolik tu pun betul juga. Homecoming ni tak adalah seindah macam yang kita selalu fikirkan. Yelah, bila semuanya dah berubah..melankolik la ye dak?
Lagu-lagu ‘original’ untuk cerita ni banyak yang elektronika..corny electronic.
Shahnon: Itu memang disengajakanlah..haha.
Nyanyiannya juga boleh kata agak teruk..jadi Karaoke bukanlah sebuah blockbuster dengan lagu-lagu yang catchy mak inang. Apa sebenarnya yang korang cuba tunjukkan?
Shahnon: Ada lagu-lagu yang secara langsung berkait-rapat dengan apa yang terjadi dalam babak-babak tertentu. Yang lain tu, ada lagu yang cuba menerangkan maksud di sebaliknya.
Kenapa korang ada masukkan lagu nasyid?
Shahnon: Tak berapa masuk? Kan? Karaoke tu pun kat ceruk ladang sawit..dengan Indian customers apa semua kan? tapi lagu-lagu nasyid ni ada je orang nyanyi kat Karaoke. Takdelah pelik sangat.
Chong: Kat tempat aku KK pun ada je apa..layan..hehehe.
Shahnon: Ia menarik lah. Walaupun nasyid, non-Muslim pun boleh nyanyi apa. Sama je macam orang Melayu bawak lagu Hindustan. Inilah cantiknya berkaraoke. Semua orang boleh bawak lah..perwatakan berbeza..contrast macam ni. Ini juga salah satu ‘layer’ yang menariklah dalam Karaoke ni.
Satu reviu filem korang ni..dalam screendaily.com..ada komen pasal Chong yang nampak lebih berminat pada lanskap yang mengelilingi karekterlah. Contohnya, ada babak yang mana karekter dikelilingi rimbunan pokok-pokok sawit – macam dah terlebih pulak. Overshadowed. Komen korang?
Shahnon: Bagi Chris lah, aku rasa ia lebih ke arah hubungan di antara karekter dan tempat, macam estet sawit dan karaoke bar dalam cerita ni. Aku pulak, latarbelakang aku teater, jadi pada aku karekter tu yang biasanya akan datang dulu sebelum benda lain.Prioriti aku lah.
Chong: Aku pulak, tempat..lanskap lah yang datang dulu. Pada aku, persekitaran ni lebih ‘mendalam’ lah. Satu contohlah, katakan, rumah dengan tiga owners, tiga tu banyak kan…kira jamak. Diorang duduk kat situ..diorang pindah dari situ, jadi kenangan yang disimpan rumah tu sendiri lagi banyak lah dari kenangan yang sorang owner dapat kumpulkan. Itu pasal lah lebih ‘mendalam’…lebih kuat..ada depth.
Shahnon: Karaoke bar tu satu watak jugak. Dalam filem pendek Chris, Block B, pernah tengok? blok apartmen tu pun dikira sebagai satu watak.
Pendekatan korang nampaknya berbeza, macam mana korang boleh duduk semeja, menulis cerita ni bersama?
Shahnon: Tang tu masing-masing kenalah saling memahami. Macam dia pun dah tahu muzik yang aku buat sejak dia tengok teater aku, Air Con. Pada dia, soundscape tu sangat penting.
Chong: Ok, sound dalam filem ni Dolby 5.1, maknanya ada lima speakers. Dalam setiap babak, lima-lima ni aku periksa. Aku fikirkan apa yang orang boleh dengar dari setiap babak.
Macam mana pula dengan sumbangan visual artist, Yee I-Lann?
Chong: I-Lann ni pereka produksi yang…fantastik. Ini penting. Apa yang ada dalam setiap shot, mood lokasi dan macam mana ia dimanfaatkan dalam penceritaan. Kebanyakan orang cuma pilih lokasi yang senang dan murah saja, tapi dengan I-Lann, warna dan tekstur lokasi ada memainkan peranan yang penting untuk menerangkan lagi penyampaian cerita.
Setting lokasi tu pun ada signifikannya, nak bercerita tentang keluarga yang tinggal setingkat di atas karaoke bar tu. Rumah..di atas tapi fantasi tu ada di bawah.
Terletak pulak dalam kawasan estet sawit, jadi ia membina mood-lah, Kalau tak ada semua ni, melancholy tu tak adalah. Budak tu balik, rasa kecewa tapi kau tak peduli sangat pun pasal tu. Tapi kau akan pedulikan juga disebabkan oleh.. the weight of what you see..persekitarannya..latarnya.
Semua tu I-Lann yang buat. Semuanya dibuat dengan teliti..everything was thought out, dan sebab tulah kami rasa sangat-sangat berbangga-bangga dengan filem ni.
Cerita sikit pasal pengaruh korang..dalam filem?
Shahnon: Salah satunya..Raise the Red Lantern…Zhang Yimou. Cerita dia..Visual dia..menakjubkan bai.
Chong: Shot dalam cerita tu..visualnya sangat berstruktur…room to room to wide shot, room to room to wide shot, macam tu lah.
Shanon: Lagi satu..The Crucible, Filem ni pun aku suka tapi yang menangkap sangat pada aku tu..skrip dia lah. Satu hari nanti aku nak buat teater macam tu, it tells a big story. Dalam Karaoke, Chris beritahu aku supaya buat cerita yang lebih pendek dan ringkaslah.
Chong: Dalam Karaoke, semuanya kita buat dalam tiga bahagian, ada muqaddimah, bahagian tengah dan penamat, tiga babak dalam karaoke bar, tiga babak buat video karaoke. Semua ni bertujuan untuk berhubung antara satu sama lain. Cara Shahnon berfikir..very fluidly, aku ni pulak..structured lah.
Filem, kebanyakkannya formulaic. Dalam Karaoke, kami cuba kasi pusing sikit struktur filem yang sepatutnya. Kami pastikan orang akan dapat mengesan..bunyi, struktur filem, cara shot kami yang agak berbeza, tapi cerita yang kami sampaikan..sangat ringkas..pasal homecoming.
Betul ke kat Sabah ada budaya lagu-lagu gaya blues, country & western..macam “classic” karaoke hit Proton Saga Kelabu..lagu pasal mamat yang sedih pasal awek dia lari dengan mamat bawak Saga Kelabu. Budaya ni ada mempengaruhi kau ke dalam mencipta mood dalam Karaoke? Forlorn mood?
Chong: (Long pause) Mungkin…yelah tu kot..kitorang kat KK biasanya ada di Karaoke sampai tiga..empat kali dalam seminggu, tapi kadang-kadang masing-masing ni tak berbual pun, kitorang cuma lepak sana dan minum-minum. Takde rupa macam parti seronok-seronok sangat pun.
Dalam cerita ni, orang yang menyanyi nakkan sesuatu yang mereka nampak dekat skrin TV tu. Mereka mahukan fantasi-nya, macam orang single yang kesepian, mereka nakkan juga rasa romantik tu. Aku nak watak utama ni mencari romantisma yang paling ideal lah dalam apa yang dia dapat rasakan bila dah kembali ke tempat asalnya.
Bila orang menyanyi di karaoke, mereka ni biasanya bersungguh tau? dengan penuh penghayatan..ha..walaupun ada antara mereka yang mungkin tak pernah merasa pengalaman bercinta macam yang ditunjuk kat skrin TV tu – macam juga watak utama dalam cerita ni – dia ada fantasi pasal ‘rumah’ dia, fantasi nak ada awek dan fantasi nak ambil alih bisnes karaoke mak dia. In the end, he sings and is fully immersed in his fantasy.
HABIS.
* Pening juga nak faham sesetengah benda yang mereka cakap sebenarnya. Mungkin cara aku translate agaknya. Agak-agak rasa tak faham dengan elemen keling yang berat dalam entri ni, dipersilakanlah merujuk artikel asal kat sini.
Semalam gua buat play-test. Sumpah tak best langsung. Semuanya out, tapi part yang paling aku kecewa ialah part animation dia. Kata siap panggil Messi buat motion capture, tapi macam tu ke players bergerak?
Nyaris nak hayun monitor, nasib baik bukan monitor aku. Wan LC yang punya.
PES 2010 meneruskan legasi ‘tahi’ siri PES sejak PES 2008.
Ketika negara-negara lain di penjuru dunia yang lain memandang ia sebagai satu keperluan hampir asasi kepada rakyatnya, dengan perkhidmatan yang jauh lebih memuaskan serta harga yang jauh lebih murah, kenapa di negara kita ia masih menjadi lubuk dan peluang untuk mencekik rakyat, mengaut lebihan untuk mengembungkan kocek golongan tertentu?
Teliti PDF di atas, buat perbandingan dan renungkan.
Dah terang, kenapa nak disuluh lagi?
Dah reput, kenapa tak tebang?
Dah panjang sangat dah, kenapa tak potong? (Bukan iklan)
Mulai tahun hadapan, segala apa yang ‘mereka’ janjikan, dengan harapan tinggi menggunung dapatlah ditunaikan.
Bosan dah berbual pasal hal ini. Janji malam ni gua punya downloading task(ha) -Inglourious Basterds DVDRip- harus siap.