Hai.
Setelah dihujani dengan soalan dan permintaan yang menggalakkan (ada satu sahaja sebenarnya – sebab dalam ICnya bertanda ‘binti’ abang turutkan), saya cuba menyambung kembali kerja-kerja pertukangan di sini (meskipun tahap pertukangan saya hampir ke tahap tikus memateri labu). Rujuk post saya sebelum ini untuk mengetahui janji syok sendiri yang telah lama saya perapkan. Kalau anda (khususnya Sang Binti tersebut) tak cukup mabuk, nanti saya perapkan lebih lama lagi ya.
Berikut adalah senarai pertama koleksi lagu Melayu yang saya fikir terbaik pada hemat telinga pinjaman ini:
1- Amy – Saat Ku Idamkan
Masterpiece pertama nyanyian Amy dalam album solo pertama beliau, Magic. Penuh instrumentasinya dan grand perasaannya.
2- Black Maria – Veto
Korn atau tidak, sekurang-kurangnya, keberanian untuk mengetengahkan lagu ini sebagai single pertama mereka ke lapangan awal abad 21 yang pada waktu itu rata-ratanya berwarna Siti dan Indo patut dipuji. Contohi pengisian loops dan bait kata anti-establishment yang ada dalam lagu ini.
3 – Butterfingers – Daulat Tuanku
INTRO: Aktiviti mengolok-olokkan golongan freeloaders memang menyeronokkan namunlah tidaklah seseronok golongan ini memandu supercars Eropah berharga jutaan ringgit dan mengait buah-buahan baik tempatan ataupun import yang sedap rasanya seperti buah Fazura hasil doa tulus ikhlas rakyat jelata bertelur berbatang setiap hari Jumaat. Nampaknya perbezaan hasilnya di situ?
Sebuah mahakarya berdurasi hampir 10 minit yang maha jujur namun ada pessimisma yang boleh dirasai dan difahami berdasarkan realiti semasa pemikiran warga pada lentok dan mellow-nya bahagian kedua lagu ini.
“Janganlah cemas..Dirgahayu takkan layu” Sedih dan kecewa bukan?
4- Casey – Jangan Ada Benci
Senandung ballad yang menyentuh tentang kegagalan sebuah perhubungan bersama tips menghadapinya nukilan Habsah Hassan yang tipikal jujur tanpa perlu berbunga-bunga.
5 – Pretty Ugly – Francis Ford Coppola
“Dulu kerusimu dalam fantasiku” Satu tribute buat Francis Ford yang tak terjangkakan dibuat oleh sebuah band Melayu. Underrated merupakan satu istilah yang gagal lari dari dalam Pretty Ugly.
6 – ‘aLi – Nonterro
NONTERRO – the boss by roslan aziz productions
Sebuah lagu yang kalau kita ada kuasa untuk menukar rupanya menjadi seorang atlit kebangsaan, pingat emas Olimpik sudah pasti berada dalam tangan. Kelas dunia.
“Bila lu berhajat mencari, silalah menolak gagal”
7 – Waheeda – Melodi Ahlan
Fokus – betapa selambanya Mrs Hayy meng’ole’kan fusion Arabia dan Espana. Mengujakan.
8 – Sudirman – Chow Kit Road
Salah satu lagu terbaik nyanyian almarhum yang gemilang membawa nilai pop Broadway dengan suntikan kekata marhaen. Eh.
9 – Sheila Majid – Pengemis Muda
Kalau kau tak suka lagu ni tak tahulah. Catchy. Nilai progressive dan virtuoso berkeliaran juga dalam lagu ini. Tapi semuanya kena dan mudah ditangkap.
10 -A.P.I – Pelita
Takkan tak masuk senarai? Meaningful.
11-Carefree – Si Baju Hijau
“Peluru tak bermata, harus waspada”
12- Dato Shake – Umi
Mengenangkan ibu memerlukan soul yang dalam dan Latuk sudah delivered that essential part dalam lagu ini. Membahagiakan ibu?
13 – Akta Angkasa – Chatetan Konkerit
Keratan Pengakhiran. Wau Wau Wau.
14 – IKLIM – Blues Terengganu Kita
Lagu tema pelancongan terbaik negara amnya dan Terengganu khususnya merangkap lagu terbaik IKLIM.
15 – OAG – NowWhy2
Maaf. Kualiti video tidak memberangsangkan. Last resort kerana pilihan lain kurang memuaskan hati. Apa-apa pun, ini arguably lagu Nasyid Melayu terbaik. Jelas jalur Suedenya. Halatuju nasyid di Malaysia perlu lebih ‘bebas’ seperti lagu ini.
Cukuplah 15 dulu yea.
AsSalam Im…my two cents,tp utk lagu2 yg aku pernah dengar dan suka je
Amy, Saat Ku Idamkan – ada elemen ‘grandeur’ yg tidak ‘pretentious’.

Black Maria, Veto – pernah dengar, tp tak pernah nak ambik tahu pun lirik dia…dan ternyata aku patut lebih adil sebelum menghukum
Butterfingers, Daulat Tuanku – aku ada beli ‘Transcendence’ dan ‘Kembali’ tapi terlepas utk bernaung di bawah lembayung lagu ini! Tajam !!!
Casey, Jangan Ada Benci – bukan balada picisan, bukan irama lelehan, literasi Habsah dan interpretasi ikhlas Casey beri justifikasi…
Pretty Ugly, Francis Ford Coppola – ini ‘homage’ yg amat amat kemas, Neves pun tak nak over complicate susunan muzik tp kita boleh dengar melalui lagu ni dia tabik spring kat Coppola.
‘Ali,Nonterro – rasanya antara lagu Melayu yg diputar hampir setiap jam tatkala Hitz FM masih belum letak dot di antara namanya, awal-awal dulu…lagu yg menakjubkan dalam erti kata sebenar.
Sudirman, Chow Kit Road – Dia sakti! Ada seorang pensyarah BEN yg satu batch dgn arwah selalu cerita masa kat UM senior2 suka buli arwah sbb dia kecil dan orang kampung, tapi bila dia naik pentas dan buka mulut utk nyanyi, semua nganga tak kata apa hahaha!
A.P.I., Pelita – Aku berkesempatan tengok diorang perform lagu ni di Stadium Putra,masa Juara Lagu tahun lepas,dan aku selalu tertanya-tanya…klu A.P.I. boleh yakinkan pendengar yg diorang betul2 percaya dgn setiap bait dan lirik dalam lagu Pelita yg mereka sebut itu, apa akan jadi..? Aku minat Azlan sejak first time dengar suara dia…dan aku bangga pergi kursus kahwin sekali dgn dia dan Bakri (drummer/percussionist ATT)
IKLIM, Blues Terengganu Kita – lagu yg buat kita nak request encore byk2 kali kat Saleem and the gang, mcm biasa “Kami nak dengar lagu tu lagi, natang!”
OAG, NowWhy2 – keputusan Radhi utk menyanyi dan berkarya dalam Bahasa Melayu pernah ditertawa, tapi aku rasa lepas tu Radhi lagi banyak ketawa. Antara band yg ada ‘frontman’ sempurna sifat ke’rock star’annya…juga band yg definisikan satu generasi!
keep on posting Im ! entri2 ko fresh dan unorthodox
Comment by Farid Scott (@faridscott) — November 26, 2011 @ 1:11 am