RANDOM

July 31, 2011

Misi Untuk Gagal Memuaskan Hati Semua Pihak – 100 ke 150 Lagu Melayu / BM / Malaysia Terbaik yang Terdapat dalam Koleksi.

Filed under: Uncategorized — kinell136 @ 10:49 am

Hai, sudah lama kita tak berjumpa ya.

Dalam beberapa minggu lalu, saya pernah dengan penuh dedikasi mengumpul lagu-lagu yang dipilih Majalah Rolling Stone sebagai 150 Lagu Indonesia Terbaik. Ia membawa saya kepada nama-nama yang selama ini saya tidak kenal dan turut membuatkan saya menjadi lebih ingin tahu untuk melakukan penggalian yang lebih dalam. Nama-nama seperti Guruh Gipsy (sebuah band prog rock yang kaya dengan pengaruh Bali), Duo Kribo (psychedelic rock yang direct), Koil (mungkin Nine Inch Nails Indonesia), Seringai (band metal yang ‘peduli’) dan Rien Djamain (yang punya suara yang damai). Proses ini juga membantu meningkatkan tahap penghargaan saya terhadap seniors malar segar yang lain seperti Iwan Fals, almarhum Chrisye, almarhum Bing Slamet, Titiek Puspa, Achmad Albar dan Godbless serta beberapa nama lain. Cukup sebak membaca kisah band prolifik lagenda iaitu Koes Plus yang tidak menuai hasil yang setimpalnya daripada ratusan karya mereka meskipun masih terus menerus dijual dan didendangkan sehingga ke hari ini.

Paling menarik, berdasarkan daftar lagu yang terkandung dalam koleksi ini, saya mungkin boleh mengira dengan jari sekiranya saya mahu, lagu-lagu yang bertema cinta mati syahdu sedan kerana tema dan mesejnya yang cukup pelbagai. Koes Plus boleh berdendang lagu tentang kelawar dan bas sekolah (Kelelawar dan Bis Sekolah), Naif bercerita situasi lagak pemilik kereta sport yang akhirnya ditimpa kecelakaan (Mobil Balap), Efek Rumah Kaca sendiri menyindir telinga massa yang gemarkan lagu-lagu cinta minor (Cinta Melulu), The Adams bercerita tentang pelibur yang pulang awal (Konservatif), Titiek Puspa membangkitkan nasib pekerja seks yang dipandang rendah oleh masyarakat dan menangisi pemergian sahabat (Kupu-Kupu Malam dan Bing), Ahmad Band dengan sebuah lagu kritik sosio politik yang pedas (Distorsi)..dan banyak lagi.

Oleh itu sempena Ramadhan tahun ini, saya berharap agar saya dapat menjalankan projek seperti yang tertera pada tajuk di atas dengan lancar. Beberapa objektif yang saya fikir sesuai dalam mencari merit lagu-lagu tersebut ialah:

1) – Lagu cinta akan dikurangkan bilangannya seminimal mungkin hingga ke tahap minoriti. Piawaian melalui lirik perlu teliti kerana lagu cinta juga boleh berkembang menjadi ‘spiritual’ bentuknya.

2) – Punya latar muzik yang kedengaran ‘baik’ pada zamannya dan ‘baik’ itu bersifat bebas dan subjektif.

3) – Kewarganegaraan pengkarya mungkin akan dipertimbangkan juga. Mungkin tak ada banyak lagu M.Nasir atau Ramli Sarip nanti.

4) – Cuba untuk memasukkan pelbagai genre muzik.

5) – Medium Bahasa saja meskipun senarai Rolling Stone punya lagu dalam Bahasa Inggeris. Penggunaan lebih daripada satu bahasa boleh diambil kira.

6) – Tidak berkonsepkan ranking.

Jadi kepada mereka yang mungkin tersinggah ke rumah saya ini, dan sudi menghulurkan bantuan dan cadangan, saya dahulukan dengan ribuan ucapan terima kasih.

Projek ini hanya untuk menyerikan rumah ini dan senarai yang bakal siap nanti belum tentu autoritatif atau punya nilai rujukan yang tinggi.

Sekian

Salah satu lagu yang bakal mengisi projek ini ada dalam kepala saya sekarang

Serius.

Advertisement

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Theme: Silver is the New Black. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.