Sirappp!! + Buang-Buang Karen

November 7, 2009

Tabik! #22 – Encik Rajandran Kaunter 9.

Filed under: Tabik!, kin-ell — kinell136 @ 12:10 am

Sanjeev_Kumar3

Kelmarin tengahari aku dan adik aku ke KWSP Shah Alam. Kredit untuk adik aku lah. Dia sanggup mengorbankan waktu tido sempena rehat 6 hari sebelum menghadapi paper seterusnya untuk tolong aku menjayakan program ni – sebagai penunjuk arah. Aku ni harap je dah 2 tahun kerja di Shah Alam, tapi jalan-jalan Shah Alam ni tak berapa reti. Apatah lagi kalau ditanya, ‘cha, kalau nak ke sekian-sekian, jumpa roundabout nak ambik pukul berapa?’. Serius aku terpaksa surrender.

Bila dah sampai, perkataan pertama yang keluar dari mulut aku ialah – ‘Ek elehhhh’. Takde lah susah sangat nak mencarinya. Kat Bangunan Pusat Dagangan UMNONO Seksyen 11 je ha. Dari traffic light sebelah Massalam, belok kanan, masuk kiri sebelah masjid, and then you jumpa IPD Shah Alam (jalan depan IPD tu cam haram ), you go straight you don’t belok-belok. Setelah memarkir si Bintang (nama manja motor gua) di atas bahu jalan, aku dan adik aku pun berlari masuk ke pejabat KWSP. Ok, aku tipu, kami jalan je.

Sebona’eh aku ke sana atas urusan pemindahan duit pusaka almarhum bapak ke akaun bank aku lah. Sijil Faraid dah ada, tinggal pergi EPF je untuk urusan selanjutnya. Sijil Faraid tu dah ada lama, tapi sebab Mykad aku dah barai, jadi kena lah buat baru.

Kecewa sikit sebab masa aku ambik gambar di JPN kakak potograper tu suruh aku ikat rambut pulak. Terus hilang mood nak bergambor. Buat penat je aku simpan rambut (nasib baik boss gua sporting) dan simpan niat nak jadikan gambar IC baru aku lebih memorable sejak aku sedar keadaan IC aku dah merabak ada lah dalam lebih setahun yang lalu. Hasil akhir teramatlah hancur dan kalau Mus May tengok gambar IC aku, fosyo dia akan ketawa guling-guling.

Sejak IC baru aku siap, darjah kebisingan Cik Mini makin meningkat menyuruh aku menyelesaikan hal transfer duit EPF ni. Kalau sebelum ni aku rajin sangat nak mengelak, kali ni tak dapatlah John. Borang permohonan, segala benda yang perlu difotostat, semua adik perempuan aku dah tolong buatkan. Aku cuma tinggal fotostat IC dengan buku bank je. Iyelah, untuk kebaikan masa depan aku jugak.

Tak boleh lah aku bagitahu jumlah bahagian yang aku dapat tapi boleh laaa. Terharu campur sedih jugak lah bila mengenangkan yang almarhum dulu takdelah bergaji besor sangat, tapi beliau dapat menyara Cik Mini+8 orang anak, cukup makan, cukup pakai dan meninggalkan simpanan EPF yang agak banyak jugaklah untuk kegunaan masa depan kami sekeluarga.

Seberadanya aku kat dalam pejabat KWSP tu, mata ni melilau jugaklah ke arah kaunter-kaunter yang ada, mencari kot-kot ada klon Wardina ke yang jaga kaunter..klon Tizz Zaqyah ke..paling koman klon Azizah Ariffin pun jadi lah. Setelah mendapati harapan aku terlampau tinggi dan kebanyakan pegawai-pegawai yang ada cuma mencapai tahap Normah Damanhuri dan Hamidah Wahab, aku minta adik aku (adik kena ikut cakap abang) ke kaunter pertanyaan merangkap kaunter bagi nombor giliran. Redho sajalah dengan apa-apa nombor pun yang kami dapat nanti.

Takdir menetapkan kami dapat nombor 9, itu bermakna kami akan ke kaunter 9, bersemuka dengan seorang uncle berbangsa India berkot biru gelap tapi air muka dia agak-agak ada aura Tuan Thakur Sholay jugaklah. Cuma uncle ni tak pakai rambut palsu je.

Tak sampai 10 minit, setelah uncle ni steady memproses permohonan kami, meneliti segala dokumen yang kami berikan, campur berbual dengan level kemesraan yang pior bukan cass, uncle ni menuturkan satu ayat pendek-

“Ok, lepas ni adik tunggu surat aje ye”

Cool gila sial.

Tabik Encik Rajandran Kaunter 9.Akan saya kenang jasa encik sampai mati.

1 Comment »

  1. ko gi ngan najat ke? umah aku belakang KWSP tu je kot! casss! bukannye nak tanye awal-awal

    Comment by Patek — November 7, 2009 @ 1:28 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.