Sirappp!! + Buang-Buang Karen

November 5, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah. 5 November 1992.

Filed under: kin-ell — kinell136 @ 11:20 pm

Musim persekolahan 1991/1992 aku tamatkan dengan nota gemilang. Dapat no 1 di sekolah melayu, no 2 di sekolah agama. Hari penyampaian hadiah sekolah melayu pada tahun itu adalah yang terakhir sekali menyediakan hadiah trofi kayu dengan sticker gambar mortar board. Tahun-tahun selepas itu sekolah cuma bagi buku entah apa-apa..buku novel kanak-kanak la..buku kerja lah. Hadiah sekolah agama pulak, dapat buku tulis 20 buah. Ok la tu, tahun depan tak payah dah nak beli buku tulis.

Cuti sekolah baru berusia satu minggu. Dalam satu minggu tu, kerja aku cuma makan minum tidor mandi berak layan Alam Ria Cuti Sekolah. Ada juga ikut bapak ke kebun di Bukit Kerayong petik sawit. Aku pulak ditempatkan kat jabatan kutip biji je dan in times, sorong buah sawit ke tepi jalan. Itu pun yang saiz kecik-kecik aje. Yang besar-besar bapak aku tak bagi. Lepas Asar biasanya aku akan kayuh beskal ke rumah Wak Kadar main bola dengan Zulikmal Jasman and co. Aku tak tahu apa cerita budak-budak tu sekarang.

Tapi dalam seminggu tu ada yang special sikit sebab Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam baru je bukak. Sempatlah bapak bawak kami sekeluarga ke sana masa tempat tu tengah sohor. Aku ingat lagi masa tu aku dapat bergambar dengan adik-adik aku depan sebiji jagung gergasi. Lepas snap, aku baru perasan dekat dalam jagung gergasi tu rupanya ada tong sampah. Kecewa sikit sebab tak dapat masuk rumah empat musim yang gila babi hot masa tu. Aku pernah bengkek je bila Syuhada Shafie tunjuk gambar dia casss pakai baju tebal bergaya di lautan salji. Mula-mula aku ingat dia tangkap gambar tu kat luar negeri. Rupa-rupanya kat Bukit Cherakah je. Cilakak.

Malam 4 haribulan bapak suruh aku tidur awal. Time ni aku dah rajin juga tidur lewat. Kadang-kadang layan WWF, takpun layan rancangan highlights bola (masa tu dah ada English Premier League), tapi yang paling masyuk dah tentulah melayan drama soap opera Inggeris tengah malam sebab ada..paham-paham ajelah.

Bila bapak sudah order, kena lah ikut. Bangun Subuh dah confirmed lah wajib. Lagi satu, bapak cakap, esok pagi-pagi ada ’special program’. Aku dah tahu sebenarnya apa ’special program’ yang bapak maksudkan. ‘Special Program’ ni melibatkan masa depan aku juga. Redho sajalah.

Lepas sembahyang Subuh, bapak suruh aku mandi. Masa kecik-kecik dulu, aku memang jarang mandi pagi. Bukan nak kata cuti sekolah, pergi sekolah pagi  pun tak mandi. Cukup dengan basuh muka, gosok gigi dan basuh mana-mana yang patut. Cuma bila ada special occasion macam Raya, hari penyampaian hadiah, pergi rumah Mak Usu baru le aku mandi pagi. Punya teruk la aku dulu. Tapi sebelum pergi sekolah petang aku mandi la dol.

Lepas mandi, Cik Mini hulur kat aku sepersalinan baju melayu dengan kain pelikat. Heh, mesti ada yang dah boleh agak apa ’special program’ tu kan..

Hari tu, aku bakal disunat. Untuk kesekian kalinya, bapak memilih khidmat Wak Anuar, otai potong memotong yang duduk di Kampung Delek (tak ingat kanan ke kiri, dalam ke luar). Abang-abang aku yang cuma dua orang tu pun disunat di sana juga. Mula-mula aku berat juga, siap mintak postponement. Namun setelah bapak mendapatkan aku sebuah ‘Block Game’ berharga RM 19.90 yang dibeli dari sebuah kedai jam di Kapar, aku mengalah jua dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Sepanjang perjalanan dari rumah ke rumah Wak Anuar, aku ditemani oleh teka-teki Atuk yang aku percaya dah diulang-ulang beratus-ratus kali.  Bila aku kenang-kenang balik sekarang, agak tinggi juga tahap lameness teka-teki atuk tu. Antara yang sering diulang sampai lah aku besor – ‘membeli belah tu beli apa?’ ‘Jawapannya beli tembikai. Lepas beli kita belah la tembikai tu’. Bapak gila lame siot. Tapi masa tu aku layan ketawa jelah. Nak jaga hati atuk punya pasal.

Boleh tahan laju juga bapak memandu, lagipun kereta Datsun 1200 bapak tu takde kemudahan air-cond. Satu lagi yang aku ingat, pagi tu bapak beli suratkabar Berita Harian yang ada pullout hari Khamis – Jaguh dengan rencana istimewa yang berbual pasal penyerang-penyerang terbaik kelahiran negara. Ada kupasan pasal Dollah Don, Awang Bakar, Arthur Koh, Sir Ghani Minhat, Syed Ahmad, Almarhum Mokhtar, James Wong, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Azman Adnan (season berikutnya Selangor beli dengan harga RM 1 juta). Disebabkan kesedaran yang masih kurang, aku tak simpan artikel tu. Sayang betul.

Setibanya di rumah Wak Anuar yang boleh tahan ceruk juga lah lokasinya, kami disambut oleh tuan rumah yang ramah bertanya aku ni anak nombor berapa dan hal-hal semasa lain blablablablah. Wak Anuar memberitahu aku ni orang yang pertama untuk hari ni dan ramai lagi yang akan menyusul datang ke rumahnya untuk bersunat. Lepas berbual lebih kurang, bapak kata dia tak boleh nak tunggu lama-lama dan kalau boleh mahu program ni dipercepatkan. Wak Anuar mengangguk dan lepas tu dia tanya satu soalan cepuemas kat aku.

” Ada rasa nak kencing tak?”

Aku geleng kepala.

“Kalau ada rasa-rasa nak kencing, baik pergi kencing dulu”

Punya lah sempoi, Wak Anuar menetapkan yang operasi memotong bakal dijalankan kat emper rumah dia je. Dia masuk dalam rumah sekejap, dan selang seminit dua dia dah keluar dengan beg berisi peralatan yang diperlukan untuk operasi memotong. Dalam hati dah mula rasa kecut tapi luaran aku cuba cass-cass tenangkan diri. Wak Anuar spray ubat bius. Sejuk la pulak. Nampaknya dia dah sedia..Atuk dengan bapak dah sedia pegang aku..aku cass-cass sedia jugak lah..

“Bismillahirrohmanirrohim”

*********(KEBABOMMMM!!!!)

“Astaghfirullah al-Azim!”

Atuk dengan bapak ketawa kuat. Wak Anuar cepat-cepat menghabiskan kerja dia. Jahit balut apa semua. Dia ketawa jugak tapi dengarnya macam tak ikhlas. Aku rasa dia bengkek campur sirapppp dengan aku masa tu. Aku rasa, kalau aku berada di tempat dia masa ‘kejadian’ tu berlaku, mungkin bukan istighfar yang keluar dari mulut. Mungkin ‘eh, babi!’ ‘eh celaka haram punya budak’ atau apa-apa jelah. Heh, confirmed lepas tu aku kena stunner.

Dalam perjalanan pulang, di jalan-jalan kecil Kampung Delek tu, aku perasan beberapa rombongan van membawa budak-budak bersongkok yang aku kira sebaya dengan aku. Nak ke rumah Wak Anuar jugaklah ni kot. Serius aku bersyukur diorang tak ada masa aku disunat tadi..Kalau tidak, gerenti malu besar siol.

Setengah hari aku meraung mengerang. Masuk petang, sakit dah mula mengurang sikit  dan aku mula sibuk dengan aktiviti baru bermula hari tu sehinggalah 4..5 hari berikutnya..main Block Game sampai bengkak abang aku marah suruh aku tutup sound. Apa darjat main block game takde sound?

Apapun, dengan bersunat, comes big responsbility dan bolehlah dikatakan aku ada rasa bangga juga sebab aku telah melalui proses ini dengan method yang aku kira..semi old school 17 tahun yang lalu walaupun disulami dengan kejadian kelakar yang tak ingin kita lihat. Betul-betul ho liao! Bukan aku nak merendahkan cara moden, tapi ‘depth’ dan ’substance’ dia kurang lah kalau nak dibandingkan dengan cara lama. Lantak lah, asal potong sudah!

No Comments Yet »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.