Sirappp!! + Buang-Buang Karen

November 29, 2009

Sehari Satu Perkataan #7 – Cibir.

Filed under: Sehari Satu Perkataan, kin-ell — kinell136 @ 12:06 pm

Ada yang mengerti cibir sebagai ‘mengejek yang disertakan dengan gaya muka sekali’. Bila gua google, meluas jugalah penggunaan ‘cibir’ ni, lagi-lagi dalam artikel majalah sukan dan sastera Indonesia.

Pagi raya sebelum nak ke masjid kelmarin, gua dapat satu lagi makna terbaru perkataan CIBIR. Menurut kamus abang sulung gua;

CIBIR adalah singkatan yang diilhamkan dari perkataan CIrit-BIRit.

Contoh ayat:

” Kenapa muka kau ni berkerut-kerut bagai…cibir ye? eh, ada bau jugak ni”

“Ada orang bagitahu aku, kau ni pengikut berat Grey’s Anatomy dengan Private Practice, masa aku baru dapat tahu tu, rasa nak ter-cibir pun ada! Jangan cakap kau follow jugak Ampang Medikal..”

” Kau nak pergi Rock The World tahun ni sebab ada Bunkface? Statement kau ni silap haribulan boleh bikin gua cibir lah..Bunkface..cet!”

That’s all for today, folks!

November 28, 2009

Silalah Ambil!#51 – U.N.K.L.E – Semuanya sehingga setakat Ini.

Filed under: dunia, kin-ell, music, silalah ambil — kinell136 @ 2:28 am

Salam Eidul-Adha. Berapa ekor lembu yang tumbang di qaryah anda?

Apa? Sekor pun takde? Qaryah kau main unta je? Wau~

OK, Suka trip-hop? Downtempo? Electronica?

Pernah dengar? Iye ke ni..tengok gaya macam belia kompang je..

Mesti tahu U.N.K.L.E..pernah dengar?

Aku bukan tanya pasal pakcik kau laa.

Maleh pulak nak lama-lama dengan kau ni haa..kau ni macam ‘off’ je..apa-apa hal, kau masuk sini jelah.

Wikipedia

Silalah Ambil!

Kredit buat uploader yang berjasa. U.N.K.L.E memang fantastico John.

November 26, 2009

Silalah Ambil! #50 – Soundtracks Trilogi Spider-Man.

Filed under: kin-ell, music, silalah ambil — kinell136 @ 12:52 am

Kirsten Dunst - oh sejuknya!!

Salah satu daripada koleksi guilty pleasures aku adalah soundtracks Spider-Man 1 – 3. Aku suka jugalah kesemuanya walaupun reviu untuk ketiga-tiga soundtracks ni tak pernah lepas dari 2 bintang, menurut kata Kak Nur Wikipediyah Ibrahim.

Aku faham.Menurut pengkritik kedekut bintang yang pernah membuat reviu,  Sebab yang utama boleh jadi kerana ketiga-tiganya konon-konon ‘dicemari’ oleh nama-nama seperti Losprofets, Di Ataris, Teking Bek Sandey, Semail Emti Saul,  Huubesteng, Yel-lo-kad, Mid-taun, Desy-Bod Kon-fesyenel, Di-folt..Eliyen En Fam, Corey Taylor versi tak ganas, Greenwheel (aku percaya pengkritik mungkin pretty much undecided for them..suara Ryan Jordan macam Rob Thomas daa..) dan Bunkface..hasil kerja mereka semua ni memang jarang sangatlah nak diiktiraf pengkritik sebab membawa elemen  ‘manufactured’ belah-belah Amerika / Kanada walaupun Losprofets dari belah Wales dan nak mengadaptasi elemen ‘manufactured’ dalam diri kita tu pun bukan lah satu kerja senang.

Sumbangan karya dari nama-nama seperti yang tersebut di atas boleh saja aku dengar. Tapi tak adalah se-enjoy aku mendengar sumbangan dari The Hives, Macy Gray (feat Tom Morello, Mos Def, Angie Stone), Jet, Jimmy Gnecco dan Brian May (Queen), The Strokes, Pete Yorn, Snow Patrol, Chubby Checker, The Killers, Wolfmother,dan juga The Flaming Lips. Kira boleh cover balik laa dia punya ‘blah’ tu..

OK..tapi kurang solid. Setiap orang punya guilty pleasures masing-masing tak kira sedar ataupun tidak. No? Tapi yang nyata Kirsten Dunst versi rambut merah adalah the real deal bukan guilty pleasure.

Silalah Ambil!

Credit – Pasukan Discotheke.

November 24, 2009

Baru je ni..baru keluar dari oven.

Filed under: kin-ell, tempatan — kinell136 @ 11:38 pm

Wan LC memang kelakar orangnya dan dia sokong Manchester United.

26 November Ini – Persetankan Edward Cullen.

Filed under: dunia, filem, kin-ell, tempatan — kinell136 @ 9:09 pm

steady bang.

Member-member gua di FB dah mula bising-bising pasal sequel Twilight – New Moon. Versi CAM dah pun keluar di seantero Internet, dan aku belum download dan mungkin takkan mendownloadnya. Ada yang kata Twilight yang pertama punya penceritaan yang baik juga (novelnya pun bagus..sampai ada sorang kenalan gua separuh-orgasmic bercerita pasal 4 novel karya Samantha Myers ni di status FB beliau.). Namun begitu mungkin antara sebab kenapa aku diss Twilight sebab ia dibayangi kuat oleh ‘faktor-faktor penarik’ yang lain. Faham-faham sudahlah.

Harus diakui soundtracks-nya (untuk New Moon) bagus. Mungkin lepas ni mereka-mereka ini akan kenal siapa itu Thom Yorke, siapa itu Ben Gibbard, Chris Walla, siapa itu Bon Iver dan juga Black Rebel Motorcycle Club serta Editors. Semuanya nama-nama besar yang mungkin mereka-mereka ni tak kenal atau tak pernah dengar langsung. Itupun kalau mereka terperasan. Tapi kalau mengikut perkiraan aku, dah hampir pasti mereka takkan perasan sebab masing-masing akan blah bila keluar ending credits. Apapun, kepada mereka-mereka ini, selamat menonton New Moon, enjoy Edward Cullen dan selamat menggentel.

26 haribulan ni, serentak dengan Twilight-New Moon, ada satu lagi filem, filem Malaysia (ya, filem Malaysia) yang bakal ditayangkan selama seminggu HANYA di GSC Mid Valley. Setelah mencipta nama di Cannes, nampaknya ada respon dan permintaan dalam skala yang positif bagi memberi ruang kepada filem ini untuk ditayangkan buat penonton-penonton di negara kita.Filem yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan adalah KARAOKE.

Nasib baik lah adik aku beli Sunday Star kelmarin. Pada aku, Sunday Star best sebab ada banyak rencana-rencana khas yang menariklah. Antara yang aku selalu follow dah tentulah special column Martin Vengadesan - Music, Myth and Legends.Kelmarin aje dia dah cerita pasal legenda Kimchi Rock – Rock kat Korea lah. Terus gua bagi kat adik-adik perempuan gua yang dah kena Korea-nized – “Kau kena baca artikel ni weh..rock Korea pun kau kena tahu juga..baru orang respect.” Terkena sekor-sekor. Haha..puas hati aku.

Kelmarin, ada satu halaman dalam StarMag pullout yang memaparkan temubual bersama dua orang kuat Karaoke, pengarahnya – Chris Chong dan penulis skrip bersama, Shahnon Shah.  Layankan temubual yang aku dah tukarkan rasa dia I.S.A (ikut-suka-ana) di bawah:

Si ibu punya sebuah karaoke bar yang nampak murah, di ceruk ladang sawit. Si anak baru saja kembali setelah menghabiskan zaman belajarnya di Kuala Lumpur, lalu mengambil keputusan untuk bekerja sebagai pembikin video karaoke separuh masa. Si anak ada cita-cita untuk mengambil alih bar tersebut, mungkin juga dia ada rasa untuk mencari cinta dan makna sebenar untuk ‘Home’. Tapi perasaan tamak mula mengganggu..

Macam mana filem dengan jalan cerita yang ringkas ini dapat menerima jemputan untuk tayangan di Cannes? Bercakap dengan pengarah Chris Chong dan penulis skrip bersama, Shannon Shah dengan mereka sibuk berceloteh untuk menjawab soalan-soalan saya, tentang bagaimana mereka berjaya membuat filem ini dipandang tinggi.

Chong: Ia cerita yang mudah je, pasal homecoming, kepulangan. Ada orang menyanyi dan kita pun boleh sing-along apa. Kau rasa cerita ni cerita ’susah’ ke? ‘Berat’?

Cerita dia perlahan la..agak moody.

Chong: Ada bahagian yang perlahan sebab aku tak gerakkan kamera sangat dan ada yang lain tu, aku gabungkan shot-shot tu bersama.

Shahnon: Dia ni cuba nak memberi keseimbangan la..antara keseronokan berkaraoke dan mencabar penonton melalui naratif dan visual. Ada lah sikit eksperimen untuk penonton merasai jalan cerita dengan cara yang berbeza.

Korang rasa, Karaoke ni lebih melankolik ke dari seronok? Yelah.. karaoke dalam ladang sawit..macam syahdu je bunyinya.

Chong: Haha, aku rasa lagu-lagu dalam cerita ni menyeronokkan la..kelakar pun ada juga.

Shahnon: Chris betul..haha..tapi aku rasa pandangan kau pasal melankolik tu pun betul juga. Homecoming ni tak adalah seindah macam yang kita selalu fikirkan. Yelah, bila semuanya dah berubah..melankolik la ye dak?

Lagu-lagu ‘original’ untuk cerita ni banyak yang elektronika..corny electronic.

Shahnon: Itu memang disengajakanlah..haha.

Nyanyiannya juga boleh kata agak teruk..jadi Karaoke bukanlah sebuah blockbuster dengan lagu-lagu yang catchy mak inang. Apa sebenarnya yang korang cuba tunjukkan?

Shahnon: Ada lagu-lagu yang secara langsung berkait-rapat dengan apa yang terjadi dalam babak-babak tertentu. Yang lain tu, ada lagu yang cuba menerangkan maksud di sebaliknya.

Kenapa korang ada masukkan lagu nasyid?

Shahnon: Tak berapa masuk? Kan? Karaoke tu pun kat ceruk ladang sawit..dengan Indian customers apa semua kan? tapi lagu-lagu nasyid ni ada je orang nyanyi kat Karaoke. Takdelah pelik sangat.

Chong: Kat tempat aku KK pun ada je apa..layan..hehehe.

Shahnon: Ia menarik lah. Walaupun nasyid, non-Muslim pun boleh nyanyi apa. Sama je macam orang Melayu bawak lagu Hindustan. Inilah cantiknya berkaraoke. Semua orang boleh bawak lah..perwatakan berbeza..contrast macam ni. Ini juga salah satu ‘layer’ yang menariklah dalam Karaoke ni.

Satu reviu filem korang ni..dalam screendaily.com..ada komen pasal Chong yang nampak lebih berminat pada lanskap yang mengelilingi karekterlah. Contohnya, ada babak yang mana karekter dikelilingi rimbunan pokok-pokok sawit – macam dah terlebih pulak. Overshadowed. Komen korang?

Shahnon: Bagi Chris lah, aku rasa ia lebih ke arah hubungan di antara karekter dan tempat, macam estet sawit dan karaoke bar dalam cerita ni. Aku pulak, latarbelakang aku teater, jadi pada aku karekter tu yang biasanya akan datang dulu sebelum benda lain.Prioriti aku lah.

Chong: Aku pulak, tempat..lanskap lah yang datang dulu. Pada aku, persekitaran ni lebih ‘mendalam’ lah. Satu contohlah, katakan, rumah dengan tiga owners, tiga tu banyak kan…kira jamak. Diorang duduk kat situ..diorang pindah dari situ, jadi kenangan yang disimpan rumah tu sendiri lagi banyak lah dari kenangan yang sorang owner dapat kumpulkan. Itu pasal lah lebih ‘mendalam’…lebih kuat..ada depth.

Shahnon: Karaoke bar tu satu watak jugak. Dalam filem pendek Chris, Block B, pernah tengok? blok apartmen tu pun dikira sebagai satu watak.

Pendekatan korang nampaknya berbeza, macam mana korang boleh duduk semeja, menulis cerita ni bersama?

Shahnon: Tang tu masing-masing kenalah saling memahami. Macam dia pun dah tahu muzik yang aku buat sejak dia tengok teater aku, Air Con. Pada dia, soundscape tu sangat penting.

Chong: Ok, sound dalam filem ni Dolby 5.1, maknanya ada lima speakers. Dalam setiap babak, lima-lima ni aku periksa. Aku fikirkan apa yang orang boleh dengar dari setiap babak.

Macam mana pula dengan sumbangan visual artist, Yee I-Lann?

Chong: I-Lann ni pereka produksi yang…fantastik. Ini penting. Apa yang ada dalam setiap shot, mood lokasi dan macam mana ia dimanfaatkan dalam penceritaan. Kebanyakan orang cuma pilih lokasi yang senang dan murah saja, tapi dengan I-Lann, warna dan tekstur lokasi ada memainkan peranan yang penting untuk menerangkan lagi penyampaian cerita.

Setting lokasi tu pun ada signifikannya, nak bercerita tentang keluarga yang tinggal setingkat di atas karaoke bar tu. Rumah..di atas tapi fantasi tu ada di bawah.

Terletak pulak dalam kawasan estet sawit, jadi ia membina mood-lah, Kalau tak ada semua ni, melancholy tu tak adalah. Budak tu balik, rasa kecewa tapi kau tak peduli sangat pun pasal tu. Tapi kau akan pedulikan juga disebabkan oleh.. the weight of what you see..persekitarannya..latarnya.

Semua tu I-Lann yang buat. Semuanya dibuat dengan teliti..everything was thought out, dan sebab tulah kami rasa sangat-sangat berbangga-bangga dengan filem ni.

Cerita sikit pasal pengaruh korang..dalam filem?

Shahnon: Salah satunya..Raise the Red Lantern…Zhang Yimou. Cerita dia..Visual dia..menakjubkan bai.

Chong: Shot dalam cerita tu..visualnya sangat berstruktur…room to room to wide shot, room to room to wide shot, macam tu lah.

Shanon: Lagi satu..The Crucible, Filem ni pun aku suka tapi yang menangkap sangat pada aku tu..skrip dia lah. Satu hari nanti aku nak buat teater macam tu, it tells a big story. Dalam Karaoke, Chris beritahu aku supaya buat cerita yang lebih pendek dan ringkaslah.

Chong: Dalam Karaoke, semuanya kita buat dalam tiga bahagian, ada muqaddimah, bahagian tengah dan penamat,  tiga babak dalam karaoke bar, tiga babak buat video karaoke. Semua ni bertujuan untuk berhubung antara satu sama lain. Cara Shahnon berfikir..very fluidly, aku ni pulak..structured lah.

Filem, kebanyakkannya formulaic. Dalam Karaoke, kami cuba kasi pusing sikit struktur filem yang sepatutnya. Kami pastikan orang akan dapat mengesan..bunyi, struktur filem, cara shot kami yang agak berbeza, tapi cerita yang kami sampaikan..sangat ringkas..pasal homecoming.

Betul ke kat Sabah ada budaya lagu-lagu gaya blues, country & western..macam “classic” karaoke hit Proton Saga Kelabu..lagu pasal mamat yang sedih pasal awek dia lari dengan mamat bawak Saga Kelabu. Budaya ni ada mempengaruhi kau ke dalam mencipta mood dalam Karaoke?  Forlorn mood?

Chong: (Long pause) Mungkin…yelah tu kot..kitorang kat KK biasanya ada di Karaoke sampai tiga..empat kali dalam seminggu, tapi kadang-kadang masing-masing ni tak berbual pun, kitorang cuma lepak sana dan minum-minum. Takde rupa macam parti seronok-seronok sangat pun.

Dalam cerita ni, orang yang menyanyi nakkan sesuatu yang mereka nampak dekat skrin TV tu. Mereka mahukan fantasi-nya, macam orang single yang kesepian, mereka nakkan juga rasa romantik tu. Aku nak watak utama ni mencari romantisma yang paling ideal lah dalam apa yang dia dapat rasakan bila dah kembali ke tempat asalnya.

Bila orang menyanyi di karaoke, mereka ni biasanya bersungguh tau? dengan penuh penghayatan..ha..walaupun ada antara mereka yang mungkin tak pernah merasa pengalaman bercinta macam yang ditunjuk kat skrin TV tu – macam juga watak utama dalam cerita ni – dia ada fantasi pasal ‘rumah’ dia, fantasi nak ada awek dan fantasi nak ambil alih bisnes karaoke mak dia. In the end, he sings and is fully immersed in his fantasy.

HABIS.

* Pening juga nak faham sesetengah benda yang mereka cakap sebenarnya. Mungkin cara aku translate agaknya. Agak-agak rasa tak faham dengan elemen keling yang berat dalam entri ni, dipersilakanlah merujuk artikel asal kat sini.

Mereka sudah ke Cannes.Hargai mereka.

Aku akhiri entri kali ni dengan lagu

Very nice.

November 22, 2009

Meh Masuk Sini Meh! #16 – Kedai Majalah Baru Bukak.

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, kin-ell, tempatan — kinell136 @ 6:27 pm

Dengan secara sukarela aku promote-kan kedai ni untuk kawan-kawan yang kedekut tapi suka membaca. Tak ke murni tu.

Meh Masuk Sini Meh.

Very-very nice. Berpanjangan la usia kedai mi hendaknya ye. Amin.

Real credit buat brader-brader yang rajin meng’imbas’. Korang dan scanner korang memang the real deal.

p.s – Mim Nga Ga Alif masih tak berubah sangat sejak zaman ‘pinjam-dan-rembat’  di asrama dulu. May the best cleavage win!.

Silalah Ambil! #49 – Jamiroquai – High Times : Singles (1992-2006)

Filed under: kin-ell, music, silalah ambil — kinell136 @ 5:06 pm

Acid Jazz / Funk gaya Jamiroquai memang best, cool, senang ditangkap dan boleh membuat sesiapa saja hatta Pak Lebai sekalipun untuk dancing-dancing. Tak mustahil Pak Lebai pun boleh dancing-dancing. Ok, kasi can lah paling kurang dia akan hentakkan kaki. Memang seronok didengar dengan volume tinggi…dari speaker yang baiklah seafdhalnya.

Walaupun jarang juga album-album Jamiroquai mengisi senarai album-album terbaik tahunan para pengkritik, namun banyak yang boleh kita kaji daripada mereka. Khususnya buat mereka yang bergiat dalam bidang muzik lah. Gua tak dapat Jack. Baik dari segi idea, sound, production dan apa-apa cabang lagi lah, Jamiroquai bolehlah dijadikan sebagai contoh yang sangat bagus. Semua bahagian, baik vokal, gitar, bass, electronics, perkusi dan instrumen horns boleh diamati dan diperhalusi seketul-seketul.

Tapi yang paling ultimate sekali tentang Jamiroquai sudah tentulah bassist mereka yang handal-handal sejak dari zaman Stuart Zender dengan Warwick-nya sampailah ke Paul Turner sekarang ni. Memang dah wajib lah buat funk band untuk mencari seorang bassist yang mantabb-bek. Tak dapat dinafikan, bila mendengar mahupun menonton video-video Jamiroquai, mesti angan-angan main bass tu datang.

Album kompilasi High Times ni amatlah direkomen buat semua  sementara menunggu album studio ke-7 mereka yang khabarnya akan keluar tahun depan. Link dalam komen. Enjoy.

November 19, 2009

Silalah Ambil! #48 – Serbuk Cuci untuk Dokumen PDF.

Filed under: kin-ell, silalah ambil, sirapppp — kinell136 @ 9:09 pm

Daia Fabric Softener layannn..dia punya serbuk cuci..out..harap banyak buih je.

Anda jaki sebab tak boleh copy, print dokumen PDF?

Anda sudah mencarut banyak dengan dokumen PDF yang ‘banyak songeh’ tu?

Anda jaki sebab terpaksa buat Print-Screen dokumen PDF yang penuh dengan ‘ kotoran degil’ tu?

Anda mahu tahu cara mengatasi masalah ini?

Silalah Ambil!

Pasti dapat membuat anda tersenyum kembali.

Tertakluk pada kadar ‘kedegilan dan banyak songeh’ dokumen PDF. Kalau dah tak boleh nak buang jugak, tak dapat tolong ah.

p.s – Guna portable version sudah mencukupi.

Kena Tipu Hidup-Hidup..Cilakak.

Filed under: dunia, kin-ell, sirapppp — kinell136 @ 7:56 pm

Setahun punya janji.

Tahun lepas kata nak bagi yang terbaik.

Tak nak bagi aku menyesal punya.

Tapi…

Malam semalam apa yang aku boleh buat hanyalah..

memperbanyakkan istighfar.

Sejam setengah aku menahan sabar.

Aku bual pasal ni:

Semalam gua buat play-test. Sumpah tak best langsung. Semuanya out, tapi part yang paling aku kecewa ialah part animation dia. Kata siap panggil Messi buat motion capture, tapi macam tu ke players bergerak?

Nyaris nak hayun monitor, nasib baik bukan monitor aku. Wan LC yang punya.

PES 2010 meneruskan legasi ‘tahi’ siri PES sejak PES 2008.

November 18, 2009

Tabik! #23 – Encik Roslan

Filed under: Tabik!, kin-ell, music, sirapppp, tempatan — kinell136 @ 1:37 am

 

Aku rasa abang ni buat sign 'we won it 5 times' (hehe) sebelah kiri dengan '4 times world champions' sebelah kanan. Agaknya lah kot.

 

Wajib Baca.

Tak pasal-pasal semalam aku teringat abang ni. Aku rasa tak ramai terutamanya generasi sekarang yang kenal sisi dia yang lain selain kenal dia sebagai bekas pengetua Akademi Fantasiam dan juri pro yang komen sikit-sikit je untuk Malaysian Idol (Contoh -’ Saya suka persembahan awak ‘, ‘Awak bagus’ dan lain-lain one liner-type punya komen).

Aku berani labelkan komen-komen abang ni sebagai ‘hampir genius’ lah.ha. Aku bukan nak kata apa lah, tapi kalau aku lah jadi peserta (rilek, jangan baling dulu, tunggu aku habis cakap), aku lagi percaya komen ‘one-liner’ abang ni dari ulasan panjang guru vokal S.O.W (sexy older woman) dan brader Fernleaf tu.

***

Aku teringat yang aku pernah terbaca dalam majalah Encik Rom dulu yang abang ni ada usahakan satu projek iaitu ‘ALI’ dengan member rapat dia – Abang Mukhlis. Aku teringat juga kata-kata Tengku Akob dulu – dia pernah mendengar rancangan REDROTTW – yang mana ada sekali tu abang ni jadi tetamu undangan dan ada lah pasang beberapa lagu projek dia. Seorang pemanggil, menurut Akob, memberi two thumbs up kepada lagu-lagu yang diputarkan dan mengatakan coraknya agak ke arah Radiohead. Abang ni jawab – “Tengok orang lah~”

Aku simpan kejap memori ni dan lepas tu aku terlupa kejap. Kejap tu adalah dalam 3..4 tahun. Semalam tiba-tiba aku ter- recovered balik memori itu dan aku mula menjalankan kerja-kerja menggoogle. Disertakan dengan perkataan ‘itu’ of course. External hardisk banyak lagi ruang kosong. Lumrah – manusia takkan pernah puas dengan apa yang dia ada.

Aku jumpa blog abang ni, blog projek dia dan laman Imeem dia yang memuatkan lagu-lagu dia. Aku stream, aku dengar…..aku tak jadi nak ‘ehem-ehem’. Tak jadi bukan sebab kerja ‘ehem-ehem’ dari laman ‘ehem-ehem’ tu rumit atau sebab aku tak reti kot nak buat tapi  disebabkan aku rasa macam ‘blown away’ lah bai bila mendengar lagu-lagu projek abang ni. Secara peribadi memang aku dah tahu lah sikit-sikit yang abang ni seorang pemain bass dan CV dia yang ‘impressive’ tu tapi bila mendengar playlist projek abang ni,rasa hormat tu timbul berganda-ganda pulak.

Setakat ni, projek abang ni baru dirilis dalam format digital. Dah setahun lebih di alam maya dan walaupun aku tak sempat periksa, tapi aku percaya projek ni dah mendapat pengiktirafan dari banyak ceruk dunia la kot. Aku tak ada kad kredit jadi aku berharap album projek abang ni akan dirilis dalam bentuk fizikal dalam masa terdekat. Aku nak beli. Serius. Kalau takde discbox, aku harap aku dapat figure cara nak membeli. Pergi pau member-member yang ada kad kredit misalnya. Siapa yang teruja dengan cerita aku ni bolehlah cuba-cuba google dan dengarkan album projek ali dan juga soundtrack Haru-Biru (wajib tayang berlakon).Kat Facebook pun ada.

Standardnya amat-amat-ahmad-tinggi. Bagi yang ‘faham’, korang takkan menyesal dan bagi yang ‘kurang faham’. kalau ‘kurang faham’, jangan campak dulu.

Tabik Abang Roslan, You’ll Never Walk Alone.

Older Posts »

Blog at WordPress.com.