Sirappp!! + Buang-Buang Karen

October 28, 2009

Cerita Semalam – Makan Nasi Free.

Filed under: dunia, kin-ell, sukan — kinell136 @ 10:00 pm

VenusWilliams8

Semalam, lepas habis kerja, aku melepak dengan Cik Lan, orang pangkat besar di tempat kerja.Ini kira first time jugaklah pergi makan dengan dia. Sebelum-sebelum ni paling kuat pun berbual-bual biasa aje.

Mula-mula cam maleh-maleh jugak nak ikut, ingat nak terus balik je. Tapi memandangkan Cik Lan bermurah hati nak belanja, layankan aje. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Agak kecewa juga bila aku mendapati ayam-ayam goreng dekat Hakim (7 lama) dah tinggal paha-paha yang kecik, kuah-kuah pun dah kering. Nak order goreng-goreng, malas pulak nak menunggu. Nasib baik aku sempat perasan kat tray ayam masala ada lagi dua ketul dada.Aku bagitau cha yang in-charge untuk set-aside ayam goreng yang aku pilih dan tukar ke ayam masala.Selang beberapa saat lepas aku duduk kat kerusi aku, baru nak layan suapan pertama, ayam goreng batch baru pulak sampai. Tension aku. Nasib baik malam ni ada orang belanja.

Kesempatan melepak sambil makan dengan Cik Lan aku manfaatkan dengan menanyakan perkara-perkara yang selama ni aku tak tahu tentang diri beliau dan aku bertuah sebab Cik Lan senang menjawab semua soalan-soalan yang aku utarakan. Cik Lan kata dia datang sini setelah dipanggil oleh Datuk Hassan, sebelum tu dia pernah ada bisnes sendiri – kedai gambar, bisnes frozen food, transportation, logistic tapi yang paling menarik sekali aku dengar ialah masa beliau bekerja sebagai corporate planner kat Sony. Semasa bersama Sony inilah, Cik Lan diberi peluang untuk pergi ke banyak negara merata dunia dan terlibat dalam projek-projek level sedunia. Pelik juga bila Cik Lan kata dia belum pernah sampai Jepun. Dia kata dia banyak deal dengan belah-belah Asia Pacific je sebab HQ Sony Asia Pacific terletak di Temasik. Oh ye ke..

Lepas tu sambung pulak cerita kaitan Cik Lan dengan boss, dengan Cik Wan dan skop kerja dia sekarang. Baru le aku tahu Cik Lan rupanya kawan boss dari zaman sekolah di Terengganu sampailah sambung belajar ke Universiti Malaya.

Kami habis makan hampir serentak. Lepas basuh tangan, aku duduk semula kat kerusi aku dengan mata terpaku ke arah TV LCD (ke LED) yang sedang menayangkan perlawanan tenis wanita yang agak tak sengit. Membabitkan seorang pemain high-ranked kulit hitam yang aku gerenti semua orang kenal  sedang menentang pemain ‘bawah anjing’  dari negara Eropah Timur rasanya.

Perut dah kenyang. Teh O ais limau pun dah habis. Aku capai rokok. Aku capai lighter. Aku nyalakan. Tiba-tiba Cik Lan bersuara..

“Terer Vanessa Williams ni ye..”

Terbatuk aku tertelan asap. WTF?

2 Comments »

  1. Datuk hassan? Datuk Hassan ‘beer/SELCAT/unity government’ Ali kah?

    Comment by Patek — October 28, 2009 @ 10:37 pm

  2. Bukan lah. ni Datuk Hassan abg boss. Datuk hassan tu buat apa. Doktor beli!

    Comment by kinell136 — October 28, 2009 @ 10:50 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.