Sirappp!! + Buang-Buang Karen

October 25, 2009

Keajaiban Underrated – Kowloon Walled City.

Filed under: dunia, kin-ell — kinell136 @ 1:14 pm

Bayangkan sebidang tanah dengan keluasan 3 stadium bolasepak di tengah kota besar seperti London (dalam kes ini – Kowloon lah) dan tercacak di atasnya bangunan yang kukuh dengan hanya lorong-lorong yang kecil amat untuk dilalui sampai kereta pun tak boleh lalu, ini adalah satu kawasan yang dikuasai oleh para penyangak sampai pihak penguatkuasa (polis, abang LHDN) pun tak boleh nak buat apa-apa walaupun kawasan ni terletak di tengah-tengah kota berpenduduk tinggi. Dalam ‘kota’ kecil ini, dadah, pelacuran, pertunjukan seks secara langsung dan segala benda yang haram di sisi undang-undang berjalan lancar tanpa kekangan pihak berwajib. Sampai bangunan-bangunan setinggi 14 tingkat (14 tingkat je yang dibenarkan sebab tempat ni dekat dengan airport) dapat didirikan dengan tanpa merujuk pada kelulusan perancangan (betul ke ni – planning permission) dan tanpa melibatkan kepakaran arkitek. Pernah diduduki sehingga 50,000 orang, fakta yang sangat menakjubkan pada aku .

Macam mana rupa tempat ni dari pandangan atas? Nah..nak sangat tengok..ambik:

408439379_6e27a8b9c8_o

Inilah yang terjadi bila pemerintah British dan orang Cina kat sana berselisih faham dulu. Kota kecil dan sempit yang dikuasai oleh puak-puak kongsi gelap, polis tak boleh nak buat apa jack. Malangnya kota kecil ni dah tak ada sekarang. Apa yang buat aku rasa takjub ialah wujud juga tempat macam ni dan aku langsung tak pernah dengar sampai lah tempat ni hilang.

Serius lah wei, apa lah yang istimewa sangat pasal tempat ni? Aku tanya diri aku, dan apa yang mengejutkan aku ialah, polis tak berani masuk tempat ni, dan tanah yang tak berapa luas sangat ni pernah didiami oleh 50,000 manusia. Sebahagian daripada tanah tu memang agak kecik sikit daripada sebuah kompleks membeli blah (lepas beli boleh blah) di US dan A tapi padat dengan manusia. Bangunan-bangunan didirikan sehingga 14 tingkat tanpa sebarang bentuk kelulusan, dan semua bangunan di kawasan ini dihubungkan dengan ratusan lorong dan lubang, cahaya matahari pun tak dapat masuk ke bahagian dalam, jadi sumber cahaya utama di tengah kawasan ini hanya datang dari cahaya lampu mentol, beratus-ratus pusat pemprosesan dadah, ada juga kilang-kilang memproses jajan, kilang-kilang plastik, kilang-kilang getah, sebahagian besar penduduk kawasan ni tak perlu keluar kerana semuanya boleh didapati dengan mudah di sini. Ada juga makanan istimewa yang terkenal telah dicipta di kawasan ni di mana orang luar juga boleh datang ke sini agak-agak kalau nak merasa, iaitu satu sosej resipi istimewa yang turut sama pupus dan tak pernah dijual lagi setelah kota ini dirobohkan, agak kelakar jugak bila difikirkan.

wolf2a

Umang aii

Bangunan di sini dibina tingkat demi tingkat tanpa ada satu habuk pelan pun, macam kau buat satu rumah lepas tu kau letak satu rumah kat atas dia (macam lego la pulak), gila rapat sehingga kau boleh sentuh blok-blok yang bersebelahan. Dia punya rapat tu sampai kau boleh menyeberang ke blok-blok lain tanpa perlu turun ke bawah, kau lompat dari bumbung ke bumbung pun dah lepas bai (wa bajet mesti ramai kaki parkour kat sini). Ini dibuktikan dengan satu cerita tentang seorang posmen yang tak perlu guna tangga dalam rutin kerja beliau kat sini. (Posmen pun layan parkour) Nampaknya macam syurga untuk budak-budak nakal yang suka buat mama pening kepala. (orang jerman cakap bocah rusuh)

roofview

Gambar di atas ni rare, gambar pemandangan bumbung. Kadar sewa kat ‘kota’ ni yang gila murah adalah salah satu sebab kenapa ‘kota’ ni padat dengan manusia. Bekalan air dan elektrik dikidnap dari bandar Kowloon. Banyak kes paip bocor dan pendawaian kabel dan wayar yang tidak selamat di merata tempat yang meninggikan lagi bahaya kebakaran. Kebakaran kecil pernah juga berlaku, kadang-kadang, tapi budak-budak selalunya suka sebab untuk masa yang singkat,  musibah seperti ini akan menghasilkan ruang yang memuaskan untuk mereka bermain sehinggalah ada satu rumah atau premis baru didirikan di situ. Ruang amat bernilai di kawasan sesempit Walled City ni.

bicyclealley

Gambar ‘jalan’ dalam ‘kota’, kita dapat lihat sumber pencahayaan kat dalam kota ni datang dari mentol atau lampu kalimantang. Ada jaring-jaring besi yang digantungkan di antara satu rumah dan rumah di tingkat atas, dengan fungsi ‘tong sampah’. Tak ada cahaya matahari yang masuk, cuma gelap dan terang dari mentol, tambah lagi bau-bau yang menjijikkan, dengan aroma ganja, heroin, bau hamis ikan, bau kencing, bau taik yang menusuk melingkari tempat ni. Tingkat bawah tak digunakan sangat di sebahagian besar ‘kota’ ni, sebaliknya dah dijadikan sebagai pusat pengumpulan sampah dan sisa-sisa buangan. Dari luar, orang ramai memang akan terus berjalan masuk ke tingkat satu melalui tangga-tangga yang sempit, sebab pencemaran di tingkat bawah memang dah mencapai tahap neraka.

80klnwcityfigure2large

Dari luar, kota ni ada rupa macam setinggan gaya lukisan komik. Macam scrap yard pun ada, bangunan-bangunan kat sini macam kereta-kereta buruk dan kereta-kereta potong  yang disusun tinggi bertingkat. Struktur yang dibina ikut suka hati mak bapak diorang meninggalkan kesan-kesan seperti Alignment kureng, serong bengkok senget sana sini, takde silhoutte yang cantik dan senang cerita nampak sangat macam bangunan-bangunan yang digabungkan menjadi satu. Macam satu labyrinth yang besau dengan koridor-koridor dan laluan-laluan yang amat kompleks dan rumit sampai orang luar pun ada yang tak berani sangat nak masuk sini sebab takut sesat.

Sebenarnya tempat ni terbuka pada semua pun, tak ada sebarang pagar mahupun tembok untuk menutup ratusan pintu masuk dan keluar, semua boleh masuk tapi menurut kisahnya la, Mat Salleh mungkin dapat keluar sebagai mayat je (peh, seram) dan lepas tu dicampak ke dalam parit. Sebab polis tak datang jenguk, penjenayah-penjenayah berat dan yang dikehendaki mengimarahkan kota ni, dan mereka bebas keluar ke luar kota dan masuk balik ikut suka mak bapak diorang, ini memang pure gila babi, tak pelik lah bila kota ni terpaksa dirobohkan dan digantikan dengan sebuah taman peringatan.

Sudah pasti, sesiapapun yang tak duduk sini akan menganggap ia adalah satu kawasan setinggan yang terburuk pernah wujud di dunia ini. Tapi pada mereka yang pernah tinggal di sini, mereka menikmatinya dan menyimpan memori luka tika saat ia dirobohkan. Pada mereka, tempat ni yang penuh dengan doktor dan juga doktor gigi yang beroperasi tanpa lesen dan kelayakan serta penjenayah, sebenarnya adalah satu tempat yang baik untuk menjalankan kehidupan dan kadar jenayah pun tidaklah seteruk bandar-bandar yang berdekatan. Untuk sesetengah orang, keseluruhan kota ni ibarat sebuah hasil seni yang sepatutnya dipelihara dan dikekalkan. Mungkin ia sepatutnya  dijadikan sebagai satu muzium yang menarik untuk dijelajahi isi dan sejarahnya. Namun begitu, harapan tinggal harapan kerana jelas undang-undang bersabit kesihatan dan keselamatan takkan membenarkannya. Cadangan yang baik juga untuk mengekalkan Walled City ni supaya orang ramai dapat melihat, mengetahui dan merasai realiti pengalaman hidup penduduk yang pernah mendiami kota itu.

Ada satu video dengan durasi 10 minit yang dirakam menggunakan kamera video bimbit yang disorokkan dalam beg seorang mamat yang berani masuk dan tawaf satu kota ni untuk merakamkan hidup dan aktiviti harian penduduk. Video ini dirakamkan pada tahun 1990, tiga tahun sebelum kota ni dimusnahkan.

Pada sesiapa yang pernah tengok cerita lawan-lawan Bloodsport yang dibintangi oleh Jean Claude Van Damme, mesti tak perasan ada satu adegan yang difilemkan kat Walled City ni. Serius kat sini. Kualiti berjuta batu lagi bagus lah dari video yang bergegor-gegor kat atas tu, dah nama pun DVD, video atas tu pulak dirakam dari dalam beg, campur rasa seram pulak tu. Adegan dalam Bloodspot tu difilemkan masa kota ni dikosongkan sepenuhnya dan selamat (wa konfius sikit kat sini – Beladspot filem 1988, evacuation mula tahun 1991).

OK USA!

Kesimpulannya, Kowloon Walled City ni pada pendapat aku lah, jauh lagi hebat dari Piramid-Piramid kat Mesir tu. Ala..piramid-piramid tu semua Jin yang buat. Confirmed. Yang kau percaya sangat cerita Asterix tu buat apa.

Wikipedia

Entri ni sebenarnya ialah satu hasil terjemahan ikut suka. Pada mereka-mereka yang dah rasa alah..susahnya Oh My God  dan tak rasa dah tak kelas lah nyah nak read Malay berterabur campur feel Jawa dalam entri aku ni, bolehlah klik sini untuk menelek artikel asal.

1 Comment »

  1. LOL I seriously gotta promote this read lah weyyy!!

    Comment by Patek — October 25, 2009 @ 4:41 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.