
Siapa suka tonton Flight of The Conchords? Bagi mereka-mereka yang garu kepala dan telur tak tahu siapa dua ekor dalam gambar di atas, dipersilakanlah mencari ‘Flight of The Conchords’ di laman..ye mana lagi kalau bukan Wikipedia.
Seringkas yang boleh – Flight of The Conchords ni adalah satu duo folk comedy parody sukahatikaulahnaklabelapa yang berasal dari negara banyak lembu, New Zealand. Dianggotai Jermaine Clement dan Brett McKenzie, diorang ni mula menempa nama di negara asal mereka sebelum mula mencari tapak dan melebarkan sayap di belah-belah UK. Penampilan mereka dalam rancangan radio di BBC bersama Rhys Darby dan pelawak over Jimmy Carr serta pengiktirafan seperti anugerah-anugerah yang diterima membuatkan nama mereka semakin dikenali ramai.
2007, mereka melangkah bertapak-tapak lagi dengan munculnya siri drama komedi yang dinamakan juga sebagai Flight of The Conchords dan dibintangi oleh mereka sendiri sebagai watak utama, dengan bantuan Rhys Darby yang memegang watak Murray Hewitt, pengurus mereka. Mengisahkan tentang perjalanan mereka untuk meraih kejayaan di bumi Amerika, yang nyata bukan kerja ayam-ayam, diselangi dengan lagu-lagu komedi pelbagai genre, folk pop new wave dance funk hip hop gothic classical semua mangkuk ni belasah, boleh kata memang tak ada alasan langsung untuk tidak menyukai mereka.
Pada yang nak tengok, sila google sendiri yah. Korang belum tercicir jauh, sebab FITC baru je ada 2 musim dengan 22 episod. Try tengok, dan aku berani jamin, korang pasti suka dan lebih teruk lagi, mungkin ada masa-masa tertentu korang boleh jadi Brett atau Jermaine…macam ada seorang makhluk tu.
Ini hari wa mau bagi links (semua RS) untuk album lagu sahajalah. Boleh korek korek kat bahagian komen.
FOLK THE WORLD TOUR, THE DISTANT FUTURE, SELF TITLED ALBUM
http://download.f60s.com/forums/p/200028/200028.aspx
New album
http://rapidshare.com/files/282617203/FWIYTI-CTOF.rar
Comment by kinell136 — October 23, 2009 @ 7:05 pm
Jermaine: Whot? Whot?
Comment by Patek — October 23, 2009 @ 9:14 pm