Sirappp!! + Buang-Buang Karen

October 28, 2009

OH LOOOOONNNGG JOHN

Filed under: dunia, filem — kinell136 @ 11:48 pm

Ini trailer untuk filem Nowhere Boy, filem cerita John Lennon masa zaman dia kecik sampailah remaja, bakal ditayangkan di malam penutup Festival Filem London, esok dan bakal masuk panggung (UK) 26 Disember ini.

Filem ini dibuat berdasarkan buku tulisan Julia Baird – Imagine This: Growing Up With My Brother John Lennon.

Wikipedia

Cerita Semalam – Makan Nasi Free.

Filed under: dunia, kin-ell, sukan — kinell136 @ 10:00 pm

VenusWilliams8

Semalam, lepas habis kerja, aku melepak dengan Cik Lan, orang pangkat besar di tempat kerja.Ini kira first time jugaklah pergi makan dengan dia. Sebelum-sebelum ni paling kuat pun berbual-bual biasa aje.

Mula-mula cam maleh-maleh jugak nak ikut, ingat nak terus balik je. Tapi memandangkan Cik Lan bermurah hati nak belanja, layankan aje. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Agak kecewa juga bila aku mendapati ayam-ayam goreng dekat Hakim (7 lama) dah tinggal paha-paha yang kecik, kuah-kuah pun dah kering. Nak order goreng-goreng, malas pulak nak menunggu. Nasib baik aku sempat perasan kat tray ayam masala ada lagi dua ketul dada.Aku bagitau cha yang in-charge untuk set-aside ayam goreng yang aku pilih dan tukar ke ayam masala.Selang beberapa saat lepas aku duduk kat kerusi aku, baru nak layan suapan pertama, ayam goreng batch baru pulak sampai. Tension aku. Nasib baik malam ni ada orang belanja.

Kesempatan melepak sambil makan dengan Cik Lan aku manfaatkan dengan menanyakan perkara-perkara yang selama ni aku tak tahu tentang diri beliau dan aku bertuah sebab Cik Lan senang menjawab semua soalan-soalan yang aku utarakan. Cik Lan kata dia datang sini setelah dipanggil oleh Datuk Hassan, sebelum tu dia pernah ada bisnes sendiri – kedai gambar, bisnes frozen food, transportation, logistic tapi yang paling menarik sekali aku dengar ialah masa beliau bekerja sebagai corporate planner kat Sony. Semasa bersama Sony inilah, Cik Lan diberi peluang untuk pergi ke banyak negara merata dunia dan terlibat dalam projek-projek level sedunia. Pelik juga bila Cik Lan kata dia belum pernah sampai Jepun. Dia kata dia banyak deal dengan belah-belah Asia Pacific je sebab HQ Sony Asia Pacific terletak di Temasik. Oh ye ke..

Lepas tu sambung pulak cerita kaitan Cik Lan dengan boss, dengan Cik Wan dan skop kerja dia sekarang. Baru le aku tahu Cik Lan rupanya kawan boss dari zaman sekolah di Terengganu sampailah sambung belajar ke Universiti Malaya.

Kami habis makan hampir serentak. Lepas basuh tangan, aku duduk semula kat kerusi aku dengan mata terpaku ke arah TV LCD (ke LED) yang sedang menayangkan perlawanan tenis wanita yang agak tak sengit. Membabitkan seorang pemain high-ranked kulit hitam yang aku gerenti semua orang kenal  sedang menentang pemain ‘bawah anjing’  dari negara Eropah Timur rasanya.

Perut dah kenyang. Teh O ais limau pun dah habis. Aku capai rokok. Aku capai lighter. Aku nyalakan. Tiba-tiba Cik Lan bersuara..

“Terer Vanessa Williams ni ye..”

Terbatuk aku tertelan asap. WTF?

October 27, 2009

Keajaiban Underrated 2 – Trainers.

Filed under: dunia, kin-ell — kinell136 @ 10:03 pm

puma-argentina-kenny-dalglish-3

puma-argentina-kenny-dalglish

Artikel yang diterjemahkan ikut kepala aku di bawah ni diambil dari Majalah FACE, sekitar 1991/92, tak ingat isu berapa. Ditulis oleh Peter Hooton, salah seorang daripada tonggak di belakang penerbitan terrace fanzine era 80an. Beliau juga terkenal sebagai  ketua kumpulan The Farm (All Together Now)

Tahun ini menandakan ulangtahun ke10 THE FACE, parti-parti ni memang aku boleh gerenti mesti ada punya, tapi yang aku agak kecewa, macam tak ada je siapa-siapa yang nak buat benda yang sama untuk menyambut ulangtahun ke10 – untuk kasut sukan (lepas ni aku sebut trainers je). Kalau sek-sek ni nak buat lah, pada aku ia bakal jadi sambutan yang unik dan sesuai sangatlah untuk merayakan sedekad trend pemakaian trainers maju setapak lagi kepada skala yang lebih besar dan luas. Trainers di kala ini sudah menjadi satu bisnes besar. Ia juga merupakan salah satu tarikan utama dalam konvensyen di mana rekaan baru yang dipamerkan mempunyai ciri keselamatan dan kod rahsia yang lebih ketat daripada mana-mana persidangan Parti Konservatif sebab para lanun di zaman ni dah maju, diorang tahu apa yang mereka buat dan diorang boleh mencetakrompak sesuatu rekaan sebelum kau ikat tali kasut kau! (belum keluar di pasaran la tu maknanya).

Yang aku pasti, Adi Dassler dan adiknya Rudolph mesti tak tahu benda apa yang mereka nak buat masa mereka mula-mula mereka kasut sukan di Jerman masa era 1920-an. Selepas perang, dua bersaudara ni ada gaduh-gaduh sikit dan lepas tu berpisah mencari haluan masing-masing. Si Adi menubuhkan adidas dan Rudolph pulak mengasaskan Puma. Sejak itu, dua kompeni mula menjadi musuh ketat antara satu sama lain dan sesuai sangatlah dalam konteks artikel ni sebab dalam persaingan old-school trainers pun memang saingan membabitkan dua kompeni ni je – adidas dan Puma.

Dah banyak juga yang ditulis mengenai trainers sejak dua menjak tahun ni, dengan majalah gaya fesyen serta suratkabor pun nak bergerak seiring dengan peningkatan mendadak dalam populariti trainers. Trainers sudah menjadi satu empayar perniagaan yang mendatangkan hasil lumayan di era 80an, dan kebanyakkan wartawan yang ‘malas’ memilih untuk  melihat ke seberang Amerika sana untuk menjelaskan fenomena trainers ini. Malang sekali, apa yang ditulis memang tak masuk akal langsung, sangat jauh dengan kebenaran, langsung tak kelakar. Pembetulan -  minat mendalam terhadap trainers di kalangan remaja di negara ini (UK) bermula pada era lewat 70-an dan bukan akhir 80-an seperti yang sesetengah kita mati-mati percaya. Ia datang dari stadium bolasepak dan kawasan-kawasan perumahan di bandar-bandar besar, dan pada siapa yang kata George Best yang memulakan trend ni – engkau betul juga dan semua ini adalah fakta.

Dalam era revolusi post-punk sekitar1978-79, adidas Samba menguasai Anfield dan Goodison Park, diekori rapat oleh adidas Stan Smith, sebelum Puma melancarkan serangan dengan Argentina (biru, kulit, corak putih). Perang trainers sudah bermula, dan perlawanan kejohanan benua (Piala Eropah, Piala UEFA, Piala Cup Winners) di tempat lawan adalah kesempatan terbaik untuk memperoleh semua trainers yang jarang-jarang didengari yang hanya dijual di Jerman misalnya, tapi tak ada kat Liverpool. Sebahagian besar peminat dan penagih trainers tak pernah ada mimpi langsung untuk mendapatkan trainers yang biasa, dan senang didapati di pusat bandar Liverpool, apatah lagi teringin. Ini barulah namanya fesyen yang sebenar, dan persaingan memang sengit. Revolusi ini langsung tiada kena mengena dengan apa yang ada di Brooklyn mahupun Bronx. Pada zaman majalah The End dicetak di Liverpool, kami tak pernah menerima hatta sepucuk surat tentang ‘trainers’ di Amerika, tapi kami ada menerima beratus-ratus surat tentang kepelbagaian trainers yang digayakan penyokong-penyokong kelab bolasepak. Reputasi seorang penyokong boleh tercalar teruk sekiranya didapati dikejar di Fulham Broadway, Finsbury Park atau di Euston Road, tapi lebih teruk lagi pada mereka yang bertubuh gemuk, seandainya dikesan memakai sepasang trainers yang buruk oleh pengkritik fesyen dari penyokong pasukan lawan, maka buruklah natijahnya.

Dalam bulan May tahun 1981, Liverpool bertemu Real Madrid dalam perlawanan akhir Piala Eropah di Paris. Kami tiba di stesen St Lazare pada hari Ahad sebelum perlawanan. Dalam masa tiga hari berikutnya, kami tak menghabiskan masa melihat keindahan bangunan dan senibina di gay Paree sebaliknya kami menyerbu adidas Centre yang perrnah menjadi bahan bualan orang di Liverpool. Sebelum ini kami sangkakan ia adalah satu mitos. kami mungkin remaja naif dan nakal, tapi jika kami dapat jumpa pusat tu, kami boleh dianggap wira. Warga Paris rasa pelik, keliru, langsung tak tahu dan tak ada idea tentang apa yang kami cari bila kami tanya mereka lokasi adidas Centre dalam beberapa loghat Perancis yang berlainan. Dah macam nak mencari Holy Grail pula, tapi lebih kepada versi filem Monty Python.

Akhbar Paris Soir melaporkan fe’el penyokong Liverpool dalam nada yang sama keliru macam orang di sana jugak. Menurut laporan tersebut, penyokong Liverpool – minum tetap minum, ajak gaduh, tak mahu pula. Sebaliknya mereka giat merembat di kedai-kedai, dengan sasaran utama adalah baju-baju dan sudah tentulah, trainers. Pada pagi hari perlawanan, kedai-kedai sukan merata Paris telah dikunci, siap dengan ‘pegawai pintu’, dan cuma dua orang sahaja yang dibenarkan masuk pada satu-satu masa. Gaya hidup baru mula lahir pada waktu itu dan belum ada lagi hip hop, house, rap, apatah lagi Run DMC.

Ia mengambil masa juga sebelum majalah fesyen dan akhbar mula menulis tentang budaya jalanan ini, namun begitu, sebaik saja THE FACE menerbitkan satu rencana khas mengenai perkara ini dalam isu Julai 1983, barulah ia berjaya membuka mata banyak pihak. Artikel yang ditulis oleh Kevin Sampson, memberi penekanan pada lokaliti fesyen – London dengan ‘Casuals’, Liverpool dengan ‘Scallies’ dan Manchester dengan ‘Perries’. Selang beberapa minggu, Time Out menerbitan artikel yang ditulis oleh penggiat teater dan peminat bolasepak bernama Mick Mahoney. Beliau turut menyatakan dalam artikel tersebut – ‘kalaulah Nike mengeluarkan kasut sukan kulit buaya dengan harga 140 pound pun, it would be a smash (dalam konteks artikel ni, mungkin dia nak kata kasut tu patut dicampak ke dinding saja) . Peminat bolasepak dan budak-budak perumahan di bandar-bandar besar tak heran langsung dengan apa yang dipakai oleh golongan N di Harlem atau di mana saja, asalkan ia nampak cantik dan baik di Anfield Road End, Scoreboard Paddock atau di Clock End, itu sudah cukup bagus buat mereka. Pada tahun-tahun berikutnya, hampir setiap akhbar dalam negara, daripada Mail On Sunday sampailah kepada New Society, ada mengeluarkan artikel tentang perkembangan budaya baru dan pelik yang dipelopori golongan remaja yang gemarkan kasut ini.

Seperti biasa, syarikat sukan gergasi lambat dalam memberi respon, sehinggakan pada pertengahan era 80-an, trainers yang baik dan eksklusif masih belum dapat didapati di kebanyakan kota. Eropah, masih menjadi pusat tumpuan, bukan Amerika, dan banyak sekali rombongan membeli belah ke serata benua yang melibatkan Scousers untuk memenuhi permintaan yang meningkat di Liverpool. (Keadaan ini turut membawa pulang surat-surat yang dikirim mamat-mamat Jerman dan Swiss yang mahu menempah majalah The End untuk menghilangkan kebosanan mereka).

Dalam waktu inilah, seorang pembeli muda Adidas yang bertapak di Liverpool (tapi berasal dari Yorkshire) mula mendirikan sebuah kedai di lorong belakang Liverpool City Centre. Beliau bertindak sedemikian selepas keluar dari Top Man, yang mana pada pendapatnya, kurang bijak dan proaktif tentang apa yang berlaku di jalanan. Ceritanya begini – selepas mengunjungi Pesta Sukan Frankfurt, beliau mahukan Top Man untuk memasukkan 500 pasang adidas Forest Hills (kulit, putih, belang emas) ke dalam stok mereka. adidas kemudiannya menghantar 500 pasang ke pusat jualan terkenal Top Man di Oxford Circus. Mereka gagal menjual walau sepasang pun dan kebanyakkan wakil penjual menyalahkan harga yang dikenakan iaitu 29.99 pound (tidak berpatutan pada 1980/81). Pemuda yang dimaksudkan ni, Wade Smith melihat perkara ni pada sudut yang berbeza. Setelah menolak idea untuk melancarkan Forest Hills di Liverpool, beliau berjaya mendapatkan 500 pasang Forest Hills yang gagal dijual Top Man dari adidas. Beliau menjualnya sendiri bermula pada Disember 1980, dan kesemuanya habis dijual menjelang Krismas. Januari 1981, Wade Smith menerima anugerah penjual terbaik tahunan dan ini mendorongnya untuk membuka perniagaan sendiri. Dengan kadar segera, beliau kembali ke Jerman dengan van dan selepas itu, sejarah demi sejarah tercipta termasuklah pusat jualan setinggi 4 tingkat kebanggaan beliau. Kini, pusat ini berusaha memenuhi permintaan dari pasaran perdana namun masih tak lari daripada matlamat asalnya untuk membawa masuk trainers eksklusif dari Jerman yang boleh dikaitkan dan nampak selesa pada pandangan Scousers nomad, jadi katakan tidak pada yang datang dari Amerika. Wade Smith seterusnya menambahkan bekalan melalui usahawan-usahawan dari Liverpool yang sering ke Jerman, dengan syarat mereka boleh membahagikan masa untuk mendapatkan sejenis lagi trainers eksklusif idaman ramai, adidas Trim-Trab.

Judy Rumbold, editor fesyen di The Guardian, terang-terang memberikan gambaran yang salah mengenai trainers (21 Ogos 1989) -”Dalam novel Bonfire of The Vanities karya Tom Wolfe, sneakers adalah sebahagian daripada fesyen jalanan anak muda Amerika, bukan sekadar menandakan simbol ikutan pada budaya bangsa kulit hitam ataupun untuk menjadi seorang penari yang bagus sahaja, tapi ia juga adalah satu elemen penting dalam mengukuhkan pesona gelap dan kepelbagaian irama yang dimaksudkan Wolfe dalam satu terma ciptaannya- The Pimp Roll. Semua ini bermula pada tahun 1987; dan kini mula tersebar dari akarnya di jalanan Brooklyn dan Bronx sehingga mengumpul pengikut di serata Eropah” Selain berjaya melayakkan diri untuk memasuki kolum Pseuds Corner (sudut yang menayangkan orang-orang cass serba tahu tapi apa yang dia tahu semuanya tak betul) dalam majalah satira Private Eye serta tidak menggunakan Bahasa Inggeris yang lebih mudah difahami, apa yang cuba dikatakan oleh Rumbold ialah remaja British baru saja mengenali trainers di akhir era 80-an. Rancangan TV yang karut dan kelakar - Clothes Show menamakan 1987 sebagai ‘tahun perang trainers’. Ke mana mereka selama ni? adakah mereka memandu mesin masa atau dirantai dalam bilik suram di Beirut? Mitos ini wajib kita hapuskan!

Walaubagaimanapun, semua orang tahu yang trainers di pasaran sekarang sudah menjadi agak gila sedikit sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Rekaan-rekaan yang karut dan kelakar dikeluarkan oleh pengilang dan lidah kasut yang besar menjadi bahan ketawa. Persaingan sememangnya sengit dan nampaknya sesetengah pereka telah mengambil pil-pil atau ubat-ubatan pelik (ataupun menderita akibat sindrom terlalu kuat bekerja), mungkin atas sebab inilah high top trainer semakin lama semakin karut dan jadi lebih karut.

Trainers buruk kini menguasai pasaran, dan ini berlaku bukan atas nama fesyen tapi ‘mass consumerism’. Pada tahun-tahun yang sudah, sebab utama kenapa ramai orang memakai adidas Shell-Toes dan Puma States ialah kerana Nike, adidas, Troop, Converse, British Knights, Travel Fox, LA Gear, Hi-Tec, Jordache, dan sebagainya terus menerus mengeluarkan trainers terburuk yang pernah diketahui manusia. Penyelidikan terhadap sejarah trainers secara pantas adalah jawapan yang sempurna terhadap sindrom trainers buruk ini. Syukurlah, merujuk pada data jualan Wade Smith, Liverpool bukanlah kota yang menyokong kuat pemakaian high tops bewarna-warni ini.

Besar, Kembang, Buruk dan Menyedihkan sepatutnya menjadi motto syarikat-syarikat yang mengeluarkan shit trainers. Almarhum Michael Jackson sempat merekabentuk satu trainer untuk L.A Gear, yang diberi nama ‘Billie Jean’. Ia besar, hitam dan mempunyai lebih banyak stad daripada jaket abang Harley. Langsung tak dapat dipercaya!  Ada kemungkinan besar Jackson berada di bawah pengaruh anestesia pasca pembedahan hidungnya sehingga mengilhamkan satu rekaan yang sebegitu buruk.Ini bukan persoalan sama ada trainers lama lebih bergaya atau tidak (ada juga diantaranya yang buruk). Namun pada hakikatnya trainers lama sejuta kali lebih baik daripada trainers terkini yang ada di pasaran, dengan satu lagi kualiti yang tak boleh ditandingi- ia lebih sukar untuk didapati.

Jelas fesyen keluaran Amerika punya kuasa untuk mempengaruhi pasaran Eropah, tapi apabila majalah Sunday Mirror mengisytiharkan ‘Ya, High Top trainers memang sedang menguasai dunia dan ia juga adalah aksessori fesyen yang mesti anda beli dan paling trendy” ” Sesiapa saja tahu sepasang trainers baru – dengan tali berwarna terang yang tak diikat, lidah besar dan terkeluar, dan menayangkan semua nama jenama dan jenisnya – boleh menggambarkan peribadi dan status anda jauh lebih baik daripada dompet yang penuh dengan kad kredit emas.”, anda seharusnya sudah tahu, inilah masanya untuk anda meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke pulau yang sunyi dengan berkaki ayam atau pergi memanjat loteng untuk mencari kasut-kasut lama anda -mana tahu anda ada menyimpan Diadora Borg Elite atau Stan Smiths.

Untuk makluman semua – Huggy Bear hipsters yang digayakan the Sugarhill Gang dan dada berbulu ialah artikel keluaran kota New York yang asli. Mereka terlewat satu generasi jika nak dibandingkan dengan remaja British yang memulakannya. Jangan pandang serius orang Amerika yang mengenakan sepasang trainers dengan sut dan kot bulu. Mereka mengimport budaya, tetapi mereka tidak jujur dengan tidak memperhalusi dan menambahkan keindahannya malah menjunamkan nilai seninya. Ini adalah satu penghinaan dan tak ada apa yang boleh dilakukan LA Gear untuk menjernihkan keadaan. Itu saja.

SEPULUH PALING KLASIK

1. Adidas Samba 2. Puma Argentina 3. Adidas S.L. 80’s 4. Adidas Stan Smith
5. Adidas Forest Hills  6. Adidas Trim Trab  7. Adidas Shell-Toes
8. Diadora Borg Elite 9. Adidas Gazelle  10. Puma States

SEPULUH PALING SEDIH

1.Travel Fox Barracuda  2. Nike Air Jordan 3.Fila Tourissmo 4. Semua keluaran Troop 5.British Knights  6.LA Gear  7. Reebok Pump  8.Nike Air Pressure 9.Hi-Tec 10.Jordache

# Walaupun artikel ni dikeluarkan sekitar 17 yang lalu, realiti zaman itu masih tak jauh beza dengan apa yang dipertontonkan pada kita sekarang. Pilihan bertambah banyak. Jay-Z pakai hi-top, kau pun nak pakai. Aku? 50-50. Aku suka juga high-top.Ha.

Apapun semoga artikel yang penuh dengan feel Jawa-Tamil Nadu-Acheh-Nepal ni dapat memberi manfaat untuk anda semua yang suka membaca dan yang nak tahu sejarah kebangkitan trainers.

October 25, 2009

Keajaiban Underrated – Kowloon Walled City.

Filed under: dunia, kin-ell — kinell136 @ 1:14 pm

Bayangkan sebidang tanah dengan keluasan 3 stadium bolasepak di tengah kota besar seperti London (dalam kes ini – Kowloon lah) dan tercacak di atasnya bangunan yang kukuh dengan hanya lorong-lorong yang kecil amat untuk dilalui sampai kereta pun tak boleh lalu, ini adalah satu kawasan yang dikuasai oleh para penyangak sampai pihak penguatkuasa (polis, abang LHDN) pun tak boleh nak buat apa-apa walaupun kawasan ni terletak di tengah-tengah kota berpenduduk tinggi. Dalam ‘kota’ kecil ini, dadah, pelacuran, pertunjukan seks secara langsung dan segala benda yang haram di sisi undang-undang berjalan lancar tanpa kekangan pihak berwajib. Sampai bangunan-bangunan setinggi 14 tingkat (14 tingkat je yang dibenarkan sebab tempat ni dekat dengan airport) dapat didirikan dengan tanpa merujuk pada kelulusan perancangan (betul ke ni – planning permission) dan tanpa melibatkan kepakaran arkitek. Pernah diduduki sehingga 50,000 orang, fakta yang sangat menakjubkan pada aku .

Macam mana rupa tempat ni dari pandangan atas? Nah..nak sangat tengok..ambik:

408439379_6e27a8b9c8_o

Inilah yang terjadi bila pemerintah British dan orang Cina kat sana berselisih faham dulu. Kota kecil dan sempit yang dikuasai oleh puak-puak kongsi gelap, polis tak boleh nak buat apa jack. Malangnya kota kecil ni dah tak ada sekarang. Apa yang buat aku rasa takjub ialah wujud juga tempat macam ni dan aku langsung tak pernah dengar sampai lah tempat ni hilang.

Serius lah wei, apa lah yang istimewa sangat pasal tempat ni? Aku tanya diri aku, dan apa yang mengejutkan aku ialah, polis tak berani masuk tempat ni, dan tanah yang tak berapa luas sangat ni pernah didiami oleh 50,000 manusia. Sebahagian daripada tanah tu memang agak kecik sikit daripada sebuah kompleks membeli blah (lepas beli boleh blah) di US dan A tapi padat dengan manusia. Bangunan-bangunan didirikan sehingga 14 tingkat tanpa sebarang bentuk kelulusan, dan semua bangunan di kawasan ini dihubungkan dengan ratusan lorong dan lubang, cahaya matahari pun tak dapat masuk ke bahagian dalam, jadi sumber cahaya utama di tengah kawasan ini hanya datang dari cahaya lampu mentol, beratus-ratus pusat pemprosesan dadah, ada juga kilang-kilang memproses jajan, kilang-kilang plastik, kilang-kilang getah, sebahagian besar penduduk kawasan ni tak perlu keluar kerana semuanya boleh didapati dengan mudah di sini. Ada juga makanan istimewa yang terkenal telah dicipta di kawasan ni di mana orang luar juga boleh datang ke sini agak-agak kalau nak merasa, iaitu satu sosej resipi istimewa yang turut sama pupus dan tak pernah dijual lagi setelah kota ini dirobohkan, agak kelakar jugak bila difikirkan.

wolf2a

Umang aii

Bangunan di sini dibina tingkat demi tingkat tanpa ada satu habuk pelan pun, macam kau buat satu rumah lepas tu kau letak satu rumah kat atas dia (macam lego la pulak), gila rapat sehingga kau boleh sentuh blok-blok yang bersebelahan. Dia punya rapat tu sampai kau boleh menyeberang ke blok-blok lain tanpa perlu turun ke bawah, kau lompat dari bumbung ke bumbung pun dah lepas bai (wa bajet mesti ramai kaki parkour kat sini). Ini dibuktikan dengan satu cerita tentang seorang posmen yang tak perlu guna tangga dalam rutin kerja beliau kat sini. (Posmen pun layan parkour) Nampaknya macam syurga untuk budak-budak nakal yang suka buat mama pening kepala. (orang jerman cakap bocah rusuh)

roofview

Gambar di atas ni rare, gambar pemandangan bumbung. Kadar sewa kat ‘kota’ ni yang gila murah adalah salah satu sebab kenapa ‘kota’ ni padat dengan manusia. Bekalan air dan elektrik dikidnap dari bandar Kowloon. Banyak kes paip bocor dan pendawaian kabel dan wayar yang tidak selamat di merata tempat yang meninggikan lagi bahaya kebakaran. Kebakaran kecil pernah juga berlaku, kadang-kadang, tapi budak-budak selalunya suka sebab untuk masa yang singkat,  musibah seperti ini akan menghasilkan ruang yang memuaskan untuk mereka bermain sehinggalah ada satu rumah atau premis baru didirikan di situ. Ruang amat bernilai di kawasan sesempit Walled City ni.

bicyclealley

Gambar ‘jalan’ dalam ‘kota’, kita dapat lihat sumber pencahayaan kat dalam kota ni datang dari mentol atau lampu kalimantang. Ada jaring-jaring besi yang digantungkan di antara satu rumah dan rumah di tingkat atas, dengan fungsi ‘tong sampah’. Tak ada cahaya matahari yang masuk, cuma gelap dan terang dari mentol, tambah lagi bau-bau yang menjijikkan, dengan aroma ganja, heroin, bau hamis ikan, bau kencing, bau taik yang menusuk melingkari tempat ni. Tingkat bawah tak digunakan sangat di sebahagian besar ‘kota’ ni, sebaliknya dah dijadikan sebagai pusat pengumpulan sampah dan sisa-sisa buangan. Dari luar, orang ramai memang akan terus berjalan masuk ke tingkat satu melalui tangga-tangga yang sempit, sebab pencemaran di tingkat bawah memang dah mencapai tahap neraka.

80klnwcityfigure2large

Dari luar, kota ni ada rupa macam setinggan gaya lukisan komik. Macam scrap yard pun ada, bangunan-bangunan kat sini macam kereta-kereta buruk dan kereta-kereta potong  yang disusun tinggi bertingkat. Struktur yang dibina ikut suka hati mak bapak diorang meninggalkan kesan-kesan seperti Alignment kureng, serong bengkok senget sana sini, takde silhoutte yang cantik dan senang cerita nampak sangat macam bangunan-bangunan yang digabungkan menjadi satu. Macam satu labyrinth yang besau dengan koridor-koridor dan laluan-laluan yang amat kompleks dan rumit sampai orang luar pun ada yang tak berani sangat nak masuk sini sebab takut sesat.

Sebenarnya tempat ni terbuka pada semua pun, tak ada sebarang pagar mahupun tembok untuk menutup ratusan pintu masuk dan keluar, semua boleh masuk tapi menurut kisahnya la, Mat Salleh mungkin dapat keluar sebagai mayat je (peh, seram) dan lepas tu dicampak ke dalam parit. Sebab polis tak datang jenguk, penjenayah-penjenayah berat dan yang dikehendaki mengimarahkan kota ni, dan mereka bebas keluar ke luar kota dan masuk balik ikut suka mak bapak diorang, ini memang pure gila babi, tak pelik lah bila kota ni terpaksa dirobohkan dan digantikan dengan sebuah taman peringatan.

Sudah pasti, sesiapapun yang tak duduk sini akan menganggap ia adalah satu kawasan setinggan yang terburuk pernah wujud di dunia ini. Tapi pada mereka yang pernah tinggal di sini, mereka menikmatinya dan menyimpan memori luka tika saat ia dirobohkan. Pada mereka, tempat ni yang penuh dengan doktor dan juga doktor gigi yang beroperasi tanpa lesen dan kelayakan serta penjenayah, sebenarnya adalah satu tempat yang baik untuk menjalankan kehidupan dan kadar jenayah pun tidaklah seteruk bandar-bandar yang berdekatan. Untuk sesetengah orang, keseluruhan kota ni ibarat sebuah hasil seni yang sepatutnya dipelihara dan dikekalkan. Mungkin ia sepatutnya  dijadikan sebagai satu muzium yang menarik untuk dijelajahi isi dan sejarahnya. Namun begitu, harapan tinggal harapan kerana jelas undang-undang bersabit kesihatan dan keselamatan takkan membenarkannya. Cadangan yang baik juga untuk mengekalkan Walled City ni supaya orang ramai dapat melihat, mengetahui dan merasai realiti pengalaman hidup penduduk yang pernah mendiami kota itu.

Ada satu video dengan durasi 10 minit yang dirakam menggunakan kamera video bimbit yang disorokkan dalam beg seorang mamat yang berani masuk dan tawaf satu kota ni untuk merakamkan hidup dan aktiviti harian penduduk. Video ini dirakamkan pada tahun 1990, tiga tahun sebelum kota ni dimusnahkan.

Pada sesiapa yang pernah tengok cerita lawan-lawan Bloodsport yang dibintangi oleh Jean Claude Van Damme, mesti tak perasan ada satu adegan yang difilemkan kat Walled City ni. Serius kat sini. Kualiti berjuta batu lagi bagus lah dari video yang bergegor-gegor kat atas tu, dah nama pun DVD, video atas tu pulak dirakam dari dalam beg, campur rasa seram pulak tu. Adegan dalam Bloodspot tu difilemkan masa kota ni dikosongkan sepenuhnya dan selamat (wa konfius sikit kat sini – Beladspot filem 1988, evacuation mula tahun 1991).

OK USA!

Kesimpulannya, Kowloon Walled City ni pada pendapat aku lah, jauh lagi hebat dari Piramid-Piramid kat Mesir tu. Ala..piramid-piramid tu semua Jin yang buat. Confirmed. Yang kau percaya sangat cerita Asterix tu buat apa.

Wikipedia

Entri ni sebenarnya ialah satu hasil terjemahan ikut suka. Pada mereka-mereka yang dah rasa alah..susahnya Oh My God  dan tak rasa dah tak kelas lah nyah nak read Malay berterabur campur feel Jawa dalam entri aku ni, bolehlah klik sini untuk menelek artikel asal.

October 23, 2009

Silalah Ambil! #47 – Air tangan Flight of The Conchords

Filed under: TV, dunia, kin-ell, music, silalah ambil — kinell136 @ 7:02 pm

flight-of-the-conchords-718574

Siapa suka tonton Flight of The Conchords? Bagi mereka-mereka yang garu kepala dan telur tak tahu siapa dua ekor dalam gambar di atas, dipersilakanlah mencari ‘Flight of The Conchords’ di laman..ye mana lagi kalau bukan Wikipedia.

Seringkas yang boleh – Flight of The Conchords ni adalah satu duo folk comedy parody sukahatikaulahnaklabelapa yang berasal dari negara banyak lembu, New Zealand. Dianggotai Jermaine Clement dan Brett McKenzie, diorang ni mula menempa nama di negara asal mereka sebelum mula mencari tapak dan melebarkan sayap di belah-belah UK. Penampilan mereka dalam rancangan radio di BBC bersama Rhys Darby dan pelawak over Jimmy Carr serta pengiktirafan seperti anugerah-anugerah yang diterima membuatkan nama mereka semakin dikenali ramai.

2007, mereka melangkah bertapak-tapak lagi dengan munculnya siri drama komedi yang dinamakan juga sebagai Flight of The Conchords dan dibintangi oleh mereka sendiri sebagai watak utama, dengan bantuan Rhys Darby yang memegang watak Murray Hewitt, pengurus mereka. Mengisahkan tentang perjalanan mereka untuk meraih kejayaan di bumi Amerika, yang nyata bukan kerja ayam-ayam, diselangi dengan lagu-lagu komedi pelbagai genre, folk pop new wave dance funk hip hop gothic classical semua mangkuk ni belasah, boleh kata memang tak ada alasan langsung untuk tidak menyukai mereka.

Pada yang nak tengok, sila google sendiri yah. Korang belum tercicir jauh, sebab FITC baru je ada 2 musim dengan 22 episod.  Try tengok, dan aku berani jamin, korang pasti suka dan lebih teruk lagi, mungkin ada masa-masa tertentu korang boleh jadi Brett atau Jermaine…macam ada seorang makhluk tu.

Ini hari wa mau bagi links (semua RS) untuk album lagu sahajalah. Boleh korek korek kat bahagian komen.

Top 3 Episode 4 – Tempat-tempat yang ingin sekali dilawati sebelum aku pergi Mekah.

Filed under: dunia, kin-ell — kinell136 @ 4:02 pm

1. Liverpool-9_1218534

Anfield. Dapat European Nights lagi bagus. Antara aktiviti impian lain yang sangat diimpikan semasa ke sana ialah melepak berbual sambil hisap rokok di luar stadium bersama Dietmar Hamann.

2. 210700_464fe8d9

Pilton, Somerset. Glastonbury la bai. Dengar khabarnya lineup tahun depan heavy-heavy belaka. Hmmm.

3. Swedish_girls

Sweden. Ha.

October 15, 2009

Sehari Satu Perkataan #6 – Exco Pemuda.

Filed under: Sehari Satu Perkataan, kin-ell, tempatan — kinell136 @ 4:51 pm

WEB_3

“Aku tengok kau ni makin besor dan bulat la Meon, apa rahsianya?.”

“Orang rumah masak sedap la bang.”

“Aku dah agak dah. Untung la kau ye, orang rumah dah la lawa, ada iras-iras Rozie Rashid, pandai masak pulak tu. hidup mewah la ni hari-hari boleh makan sedap. Sekali pandang dari jauh tadi dah ada rupa macam Exco Pemuda la kau ni! Hahahaha! “

“Hahahaha..wak luuu..”

Silalah Ambil! #46 – Koleksi Runut Bunyi Siri Permainan FIFA (1998 – 2010)

Filed under: kin-ell, music, silalah ambil, sukan — kinell136 @ 12:32 am

hujfqb

*Setelah beberapa kali mengungguli tender untuk meletakkan diri sendiri di atas cover DVD FIFA, Abang Ronald Gigi dah tak ada atas cover kali ni sebab dia dah lemau. Macam satu sumpahan pulak ye. Jadi harap-harap babi yang kat tengah tu akan turut menerima nasib yang sama dalam masa terdekat.*

Meleleh air liur aku bila menonton video-video gameplay FIFA 10 untuk konsol X-Box 360 dan Playstation 3 kat tiubengkau dot com. Fungsi menggelecek 360 darjah ternyata memberi satu pengalaman baru yang menarik dan mencabar para penggemar permainan simulasi bolasepak. Malangnya, FIFA 10 di platform PC agak ‘meh’ dan takde perubahan baru yang ketara sangat jadi kemungkinan besar  aku tak beli dvd lanun FIFA edisi kali ni.

Ok Jack, selain gameplay yang makin menyengat, runut bunyi FIFA 10 juga amatlah bagus. Antara lagu-lagu yang ‘wow’ dalam edisi kali ini termasuklah Gold Gun Girls persembahan kugiran dari Canada dengan vokalis wanita, Metric dan juga Moth’s Wings dari band elektronika, Passion Pit. Kiranya masih  meneruskan kesinambungan pemilihan lagu-lagu menarik tak kira genre, bahasa dan negara sejak edisi yang lepas-lepas. Semasa FIFA dipandang macam taik dulu (sekitar edisi 04 sampai le 07), soundtracks dia masih ok apa sebab aku baru je download ha!.

Aku cuma harap untuk soundtrack FIFA World Cup karang, takdelah dimasukkan trek-trek vuvuzela. Aku percaya ramai yang setuju.

Maleh nak ceritaaaa banyak, perut dah lapor, mata dah kuyu, badan dah letih, kau klik lah sini untuk mendapatkan links (rapidshare aje) yang dihajatkan.

October 14, 2009

Tribute buat Adik Gua.

Filed under: kin-ell, tempatan — kinell136 @ 12:57 am

Sekali adik bongsu gua la pulak yang jawab kegusaran gua tentang kenapa tahun ni ada dua kali Perhimpunan Agung Amnu.

Bukan minat politik, cuma nak tahu je. Bukan ke hari tu ulor-ulor semua ni dah berkumpul?

Selamat berjaya untuk SPM tahun ini.

Maaf Zahir Batin: Tabiat Buruk Aku Sejak 2..3 Tahun ni.

Filed under: kin-ell — kinell136 @ 12:46 am

Seorang girlfriend (dalam kes ini – kawan perempuan) hangin dengan aku sebab aku buat derkk je (boleh dikatakan la) dan tak bagi respon langsung dengan mesej-mesej yang dia hantar baik dekat friendster, facebook dan baru sat tadi dia buzz aku kat YM. Betul punya hangin.

Mesej apa yang dia bagi? Mesej minta alamat rumah – dia nak hantar kad jemputan kahwin dia bulan 12 ni.

Lepas dah berleter tujuh lapan baris, dengan berat hati aku taip lah nama dan alamat rumah mak aku.

Nak diikutkan pada aspek moral, majoriti dah tentu akan kata – aku tak patut langsung berkelakuan sedemikian. Tak menampakkan langsung ciri-ciri keMelayuan dan adab keTimuran.

Tapi aku dah serik sebab sejak dua tiga tahun ni aku banyak sangat kumpul kad jemputan kahwin member-member, perginya tidak.

Pastinya ini lebih buruk.

Ada dalam 7 ke 8  jemputan yang aku tak dapat penuhi, mungkin lebih, dan aku rasa kesal sangat sebab melibatkan member-member yang agak rapat dan sekepala masa zaman belajar dulu.

Ada yang siap menulis ” kau wajib datang!” di sebelah nama aku dalam kad jemputan yang mereka hantar. Terharu juga. Kiranya aku ada meninggalkan kesan jugak la dalam hidup dia. Last call aku tak dapat pergi dan sekarang member sorang ni dah ada anak satu. Dah berumur setahun lebih dah pun.

Ada yang tak pernah bertegur masa zaman sekolah, bukan kawan sekelas pun, tiba-tiba berjumpa di alam maya dan kemudian berbual seronok-seronok beberapa kali. And then, dia minta alamat rumah dan dia harap aku datang. Dia nak sangat tahu dan tengok macam mana muka bastard jawa sorang ni. Last call aku tak dapat pergi juga.

Apa boleh buat. Terus terang, rutin hidup dan kerja aku yang sangat berbeza dengan orang lain memang tak mengizinkan langsung untuk aku menghadirkan diri ke majlis-majlis macam ni.

Sejak 2..3 tahun ni aku boleh kira berapa kali aku dapat menikmati apa yang dinamakan nikmat hujung minggu. Mungkin 10 kali lah termasuk yang latest cuti raya baru-baru ini, mungkin juga kurang daripada itu.Member-member pun dah kutuk bila aku cakap aku tak boleh turun main futsal minggu lepas.

Aku tahu, buat apa in the first place aku bagi alamat rumah kat diorang padahal memang dah hampir pasti aku tak dapat datang punya.

Jangan risau, aku jamin tabiat buruk ni takkan kekal lama. Lepas ni kalau ada sesiapa yang ingin menjemput dan kalau agak-agak aku tak boleh pergi, aku akan bagitahu awal-awal.

Eh, ada satu lagi undangan minggu ni yang bakal aku lepaskan. Confirmed. Kenduri janda aku. Siapa yang nak tolong wakilkan nyiru aku tadahkan. 18 haribulan ni di Dewan sekolah Teknik PD. Jangan lupa bawak c4 sekali.Lepas tu bolehlah pergi Batu Ompek Mandi-Mando.

Entri ni penuh dengan aura keling kan?

Older Posts »

Blog at WordPress.com.