
Parlimen Perancis dah pun meluluskan Hadopi, rang undang-undang yang mengandungi satu peruntukan yang membolehkan pihak berkuasa mengharamkan pemuatturun haram dan tegar daripada menggunakan internet. Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) pun dah berkokok balik dengan menyuarakan kembali cadangan mereka agar Kerajaan Malaysia dapat menurut jejak langkah terkini negara Eropah tersebut dalam menangani kegiatan lanun internet. Ini aku baru baca dari The Star InTech hari ni. Potong lah!
Agensi berita AFP melaporkan, melalui pewartaan Hadopi, pesalah berulang kini boleh kena ban daripada menggunakan internet selain terpaksa berhadapan dengan peruntukan yang sedia ada tapi jarang digunakan yang membolehkan pesalah dihukum denda sehingga 300 ribu euros atau dua tahun lepak dalam jel.
AFP berbual lagi, pemegang akaun yang didapati bersalah kerana kecuaian sehingga lek-lek je bagi pihak ketiga menjalankan kegiatan melanun muzik dan filem melalui laluan web mereka, bakal berdepan risiko denda sebanyak 1,500 euros dan penggantungan internet selama satu bulan.
Ketua Pegawai Eksekutif RIM berkata, perkara ini sudahpun diajukan kepada Kerajaan Malaysia kira-kira tiga bulan yang lalu.
“Kerajaan kita bukan tak perasan dengan benda ni, kita dah bagi cadangan apa. Oleh itu kita orang harap Kerajaan boleh la ikut sama dengan memperkenalkan undang-undang yang sebijik macam diorang”
Beliau juga mendakwa Gomen tengah dalam proses nak oter-oter Akta Hak Cipta 1987 untuk nak cover pasal Internet sekali dan dia harap benda akan selesai dalam bulan Mac depan.
“Takde sebab kita tak boleh ikut Perancis lagi-lagi sebab kita ada MSC. MSC lah antara benda yang buat nama negara kita naik. Jadi isu Hak Cipta adalah satu benda yang gila babi mustahak demi perkembangan dan kemajuan MSC. Malu la weh kalau ada MSC tapi benda lanun ni masih berleluasa” bual beliau. Ye ye je kau. US dah lama ada Sillicon Valley boleh lek-lek je.
MSC Malaysia dah ada sejak 13 tahun lalu untuk membantu dalam membina ekonomi berasaskan pengetahuan di negara kita.Benda ni melibatkan beratus-ratus kompeni dalam dan luar negara yang giat membangun multimedia dan produk-produk serta khidmat komunikasi untuk kegunaan pasaran dalam negara dan juga antarabangsa. Cass.
1-2-3 kau blah.
RIM mencadangkan “three-strike warning” untuk para pemuatturun haram. Macam main besbol la pulak.
“Sekali kau buat, kau dapat warning lah, kasi ceramah sama kau yang haram hukumnya bila kau sedut benda-benda pirate ni.”
“Kau degil jugak, langkah seterusnya..hehehe..gomen akan kasi gantung kau punya akaun untuk sementara waktu lah. Amacam? Gerun tak?”
Lepas tu, brader ni cakap, penyedut tegar yang gila degil tahap tak boleh tolong punya boleh kena block habis, kira internet kasi potong lah dan boleh dihadapkan ke mahkamah. Masak lah, tak dapat lah kau nak check chik-chikis ambik kuiz apa kat Facebook.
“Ini kira langkah pencegahan yang gila babi punya ketat, tegas dan cas ganas untuk lanun-lanun online ni. Ni kalau kau tak takut jugak, aku tak tahu lah.”
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, yang kira macam mengawal dan mentadbir aktiviti dalam industri, dan juga FINAS (?) tak dapat dihubungi untuk memberikan komen sebab masing-masing sibuk melebarkan perut masing-masing sempena musim cuti Raya.
Menurut laporan AFP, Hadopi adalah salah satu rang undang-undang yang paling keras dan evil sekali pernah dirangka untuk menentang dan menyekat kegiatan menyedut filem, muzik dan permainan komputer.
AFP bagi contoh kat Sweden, peruntukan yang lebih kurang sama berjaya mengurangkan kegiatan menyedut secara drastik walaupun para pengkritik menjangkakan kesan ini tak boleh bertahan lama dan berhujah bahawa undang-undang ini boleh dianggap sebagai melanggar privasi peribadi. (Yang ni aku setuju)






