
Selain insanely-talented, brader ni turut memiliki tunang yang hot.
Trent Reznor adalah Nine Inch Nails. Nine Inch Nails adalah Trent Reznor. Pelopor kepada aliran industrial yang menjunjung kekerasan yang lebih tight, digital dan berseni pada masa yang sama. Sejauh mana ‘multi’ beliau? Fikirkan Nine Inch Nails dan hanya Trent Reznor-lah anggota rasminya. Sessionists ada juga membantu tapi Trent Reznor masih pencorak utama NIN. Boleh main pelbagai instrumen muzik primarily keyboard instruments dan synthesizers sampai lah kepada instrumen-instrumen horns macam saxophone dan instrumen yang biasa dilihat pada pertunjukan marching band yang dipelajarinya sejak kecil.
Dapat markah lebih sebab impak Nine Inch Nails ke atas pemuzik-pemuzik zaman baru yang dijangka ‘long-lasting’, tempat dalam timeline muzik dunia sudah pun tersedia. Selain itu, pendapat beliau terhadap kapitalisma melampau dalam industri lebih-lebih lagi di pihak label turut memberi beliau markah lebih. Merujuk kepada kontroversi beliau dan Universal satu ketika dulu, beliau menggesa peminat dalam satu persembahan di Australia agar ‘ mencuri dan terus berkongsi’ kerana retail-price yang ditetapkan oleh Universal terlalu menghimpit dan mengarut.
2.

Ingat nak bela jambang cam brader ni, tapi wa kena fikirkan dulu rambut kat kepala wa yang makin menipis. Haih.
Dave Grohl bai..siapa tak kenal. Pernah main dram untuk Nirvana, senyap-senyap brader ni tunjuk taring dengan menulis riff untuk lagu Scentless Apprentice. Dengan Nirvana, beliau dah menempa nama sebagai antara pengetuk dram terbaik di dunia. Beliau banyak meminjam teknik Ringo Starr dalam gaya agresif beliau sehingga kita boleh cam sound dram Dave Grohl melalui pendengaran terus. Penubuhan Foo Fighters tidak dijangkakan sama sekali kerana Grohl pernah down sekejap selepas kematian Cobain dan pernah menimbang untuk berhenti dari bermuzik.
Setelah biasa melihat Dave Grohl menyanyi untuk Foo Fighters dan memainkan pelbagai gitar yang cantik-cantik (lagi-lagi gitar body lutsinar Ampeg Dan Lucite Armstrong), sekitar 2002 beliau dipanggil oleh Josh Homme untuk menjayakan penerbitan album projek Queen of The Stone Age, Song for The Deaf, selaku pemain dram. Selain QOTSA, brader ni turut sapu tender untuk menyumbangkan kepakaran beliau dalam album Tenacious D, Killing Joke dan banyak lagi. Album metal projek solo beliau, Probot menyerlahkan lagi kebolehan beliau selaku multi-instrumentalist. Gitar, bass, dram semua dia sapu. Part vokal je dia jemput otai-otai lama antaranya Lemmy (Motorhead), Lee Dorrian (Napalm Death) dan King Diamond. Markah kurang sebab progresi Foo Fighters yang dah agak lama statik sejak album One By One.
3.

Brader ni ada bela ayam kat rumah dia.
Jonny Greenwood dah lama terkenal dengan gaya flamboyant membelasah Telecaster beliau di atas pentas sejak pertengahan 90an lagi. Selain bertanggungjawab menambahkan warna dan skill permainan gitar lead yang huru-hara tapi sedap ke dalam muzik Radiohead yang dah memang natural pelik, brader ni juga seorang multi-instrumentalist yang boleh kira dahsyat juga.
Tuntutan muzik Radiohead yang kerap berubah dari satu album ke satu album mendorong beliau memangsakan pelbagai jenis instrumen, baik primitif, konservatif mahupun elektronik, antaranya piano, keyboard dan organ, glockenspiel (rujuk lagu No Surprises), ondes martenot (rujuk How to Disappear Completely) dan dram tribal dalam lagu There There. Beliau juga bertanggungjawab menyusun skor horns section untuk lagu The National Anthem (album Kid A) yang aku percaya beliau boleh je nak main sendiri semua alat tiup-tiup tu.
Meminati jazz dan klasikal, brader ni juga berbakat dalam penulisan skor. Setakat ini, penulisan skor beliau yang kira notable termasuklah Bodysong dan filem hebat lakonan Daniel Day Lewis, There Will Be Blood. Markah kurang sebab dia tak boleh menyanyi macam Reznor dan Grohl.
Klik sini untuk maklumat lanjut tentang cerita dia bela ayam.
Hampir masuk list – Ahmad Dhani – terpaksa diketepikan sebab aku jaki amat dengan dia.












