Sirappp!! + Buang-Buang Karen

June 25, 2009

Silalah Ambil! #33 – The La’s

Filed under: music, silalah ambil — kinell136 @ 11:09 pm

April 2008 – satu-satunya album The La’s yang diterbitkan pada tahun 1990 dirilis semula (2 CDs – Deluxe Edition).

Link dalam komen.

June 24, 2009

Ohoooo..Ye ke..

Filed under: kin-ell — kinell136 @ 4:10 pm

Aku baru lepas lepak dengan Muaz, adik member sekolah dan sekampung, Hilal yang sekarang tengah sambung belajar dalam bidang Qira’at kat Mesir. Mak bapak dia pun kenal aku. Mak dia dulu rakan sekerja my late father kat KEMAS. Ok, dulu si Muaz ni pernah kerja sekejap di FM sebelah ni je lepas dia habis SPM. Sekejap tak sekejap, ada lah dalam lebih dari setengah tahun aku rasa. Sekarang dah sambung belajar kat IKM Lumut. Dia saja-saja la datang ke Zirkon ni nak jumpa member-member lama. Sekarang kan cuti semester.

Memandangkan aku pun dah lama tak nampak abang Firdaus dengan Harrier hitam dia, sebab setakat time tu yang aku tahu, dialah owner sebelah ni. Out of curiosity aku pun tanyalah si Muaz ni.

“Abang aku dah lama berhenti. Sekarang tukar ke construction. Cik Zainal sekarang yang jadi boss. Dengar-dengarnya lepas ni company pun nak tukar nama.”

Ohoooo..ye ke..

Gila jauh kena cicir siot.

Alang-alang aku dah ada sebelah si Muaz ni, aku nak jugalah meleraikan satu lagi persoalan.

Cerita dia camni, ada tiga orang staff lelaki company sebelah, seorang tu brader tinggi dan berambut dreadlock, seorang kurus rendah berambut panjang sampai ke paras pinggang macam abang-abang rock kangkang, seorang lagi tu gemuk tinggi dan rambut dia pesen Carlos Valderrama, kapten bola Colombia zaman 90an dulu.

Dipanjangkan cerita, aku selalu nampak diorang ni melepak lama dalam satu kereta yang biasanya cenderung diparkir menghala ke Anjung 7. Kalau dari Creative ni, aku nampak kereta diorang dari bahagian belakang lah. Aku kena menyeberang jalan dululah kalau aku ada niat nak calarkan body kereta tu. “Waktu lepak bersama dalam kereta” diorang biasanya dijalankan time senja-senja dengan malam lah.

Kadang-kadang sampai sejam. Apa kejadah.

Dipanjangkan cerita lagi, memang selalulah bila diorang bertiga tu lepak kat kereta, aku boleh nampak pergerakan dalam kereta tu. Malam semalam pun aku ada nampak dan kali ini aku dapat perasan pergerakan-pergerakan yang agak agresif.

Ish, takkanlah. Aku syak sesuatu yang ewww. Tengok dari rupa luaran, memang ganas rupa brader-brader ni lagi-lagi brader rock kangkang tu. Tapi..kalau ‘betul’ pun, apa nak dihairankan,dunia dah masuk fasa akhir zaman Jack..akhir zaman. Macam-macam rupa ada.

Jadi aku pun tanya lah si Muaz ni apa sebenarnya yang diorang buat lama dalam kereta tu. Tapi aku tak masukkan ‘prediction’ yang aku buat  dalam soalan tu la. Aku budget kalau Muaz ni jawab “entah la Im, aku pun tak tahu”, ada kemungkinan besar prediction aku boleh jadi betul.

“Diorang layan ‘herba’ dalam tu, dulu masa aku kerja sini pun diorang ada jugak pelawa”

Ohoooo..Ye ke..

“Kau ingat diorang buat apa?”

Aku bantai gelak. Muaz pun gelak.

Kalau staff-staff sebelah atau Polis Shah Alam dapat baca entri ni, matilah gua.

Ha?? Apa Dia??

Filed under: kin-ell — kinell136 @ 11:37 am

Bangun pukul 8.Gila ngantuk.Semalam boleh terlayan movie.Romeo and Juliet (versi Leonardo diCaprio).Sampai setengah cerita gak aaa. Bersamaan dengan pukul 245. Boleh terlayan sebab ada Claire Danes. Claire Danes 18 tahun. Peh..gila comel. Mula-mula tak dapat cam.Tapi hati gua kuat mengatakan Claire Danes yang jadi Juliet tu (sekali wiki pagi ni, betul pulak..peh). Soundtrack cerita ni pun OK. Cerita baru masuk 5 minit dah keluar lagu Talk Show Host. Smart lagu tu.

Aku pergi melabur. Pagi ni gila major punya pelaburan yang aku buat. Padahal tadi bangun tak adalah rasa sakit perut pun. Sampai habis dua batang rokok.

Habis mandi, aku siap-siap nak pergi kerja. Tempat kerja kat bawah je. Pergi kedai.Beli jajan.Beli air Makan jajan. Minum air. Jajan habis. Air habis. Hisap rokok lagi. Masuk tempat kerja.On PC. Lupa hari ni hari apa. Tengok kalendar ihsan Lytex (supplier toner). Oh hari ni hari Rabu. 24 haribulan. Bersamaan..

1 Rejab 1430.

Oh Fak.

Dari minggu lepas mak aku dah ingatkan. 1 Rejab. Puasa sunat.

Dem.

Status Message YM Syahrul Shuttler selaku Pengerusi Anod fan club ketika entri ni ditulis -

” tak tau ari ni 1 Rejab!”

Kita senasib bang. Kita senasib.

Kepada yang sedang berpuasa, selamat berpuasa.

June 22, 2009

Meh Masuk Sini Meh #11 – sempena Kempen ‘Save Your Hard Disk Space’

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, TV, kin-ell — kinell136 @ 12:46 am
ren_and_stimpy_billy_west

Yang istimewanya dalam Ren and Stimpy, parts..objects, scenes yang gross dan jijik gila selalu mendapat preferential treatment pada animation detailnya. Mungkin John K bukan pioneer tapi benda ni dia dah lama buat sebelum Spongebob kartun favorite Abang Najib buat lagi. Habis celaka kan?

Entri kali ini masih dikhususkan buat kaki-kaki sedut negara juga tapi kaki-kaki pada konteks yang lain. Ini buat kaki-kaki sedut yang jenis sayang sangat dengan free hard disk space PC mereka dan jenis tak kisah sangat dengan kualiti. Boleh juga dicadangkan pada mereka yang bukan kaki, yang jenis tengok buang. Lepas tengok buang. Macam member rumah atas si Peje tu.

Secara peribadi, aku boleh masuk dalam golongan ini tapi dalam masa yang sama aku boleh merasa sangat teruja juga dengan tawaran teknologi dan kualiti downloadable material terkini yang jauh lebih baik dan sudah pasti bersaiz besar serta menuntut free hard disk space yang banyak. Lagi-lagi video-video High Definition sekarang nih. Gila teruja.

Jadi, pada mereka yang termasuk dalam golongan seperti yang aku nyatakan dalam baris-baris awal perenggan di atas,

Meh Masuk Sini Meh

Ada baaaaanyak anime, kartun Barat, siri dokumentari, rancangan sukan dan TV series pada saiz dan kualiti yang lebih kecil. Bayangkan, korang boleh mendownload The Simpsons, South Park, Family Guy, American Dad dengan saiz hanya 16mb untuk satu episod. Apa? 16mb? Memang menjimatkan walaupun kualitinya cuma lebih ok sikit je daripada video-video 3gp. Asal boleh tengok sudahlah ye. Tapi ada juga bahan-bahan berformat MKV yang agak mengejutkan juga kualitinya walaupun saiz dia tak besar. Macam siri Curb Your Enthusiasm yang aku tengah download sekarang ni. MKV, 70-80mb tapi gambar cantik.

Sesuai dengan tagline laman ni – “download your favorite tv shows in a compressed format and save space on your hard drive“, jadi lepas ni korang bolehlah tambah lagi simpanan modal ‘ehem-ehem’ korang.

Setakat yang aku tengok-tengok lah, rata-rata laman ni ok walaupun ada juga aduan dari pelawat pasal tak kemas kini lah, links mati lah, audio tak kuat lah, tak sync lah tapi harus diingat kerja meng-encode, meng-compress dan meng-edit video ni bukanlah satu kerja yang mudah ye sedara. Aku pernah cuba-cuba juga godek-godek video editing ni dulu..sekali je..itu pun sebab ada orang suruh..last-last hasil final dia betul-betul macam gampang.

Untuk makluman, links diperolehi dari seantero Internet seperti mana yang telah termaktub dalam disclaimer laman ini. Bila susah nak cari supplier..jadi payahlah nak menghapdetnya.

Ada juga bahan-bahan yang bagi aku, amat cemerlang dalam laman ni macam dokumentari BBC – History of World War (volume I sampai volume IV), dokumentari Mega Structures 24 episod yang tak menjemukan, Blackadder – siri komedi lakonan Rowan Atkinson (orang Malaysia kenal dia sebagai Mr Bean sahaja), buat kaki gusti ada WWF Survivor Series 1987 dan 1988,  dan yang paling aku hargai – ada siri kartun Ren and Stimpy yang aku layan gila masa lepas SPM dulu. Aku pun tak paham macam mana siri kartun seumpama tu boleh lepas untuk tayangan di RTM…diulang..RTM..TV1..pukul 11:30 pagi.

MARILAH SAMA-SAMA JIMATKAN SPACE HARD DISK PC KITA.

June 20, 2009

Entri Karen Wasting – Lagi Pasal Vuvuzela.

Filed under: dunia, kin-ell, sukan — kinell136 @ 10:50 pm

2009-06-19

Credit : RAWK.

Boleh baca banyak lagi komik macam yang aku posted ni kat sini.

Silalah Ambil! #32 – Len Ka? (Berapa Punya Jauh Aku Dah Tercicir Daa..)

Filed under: kin-ell, music, silalah ambil — kinell136 @ 10:26 pm

lenka-kripac

Hambik! Sekali gambar besor aku bagi. Tataplah puas-puas gambar awek Australia ni.

Dia ni penyanyi dari sana lah. Tapi sebelum jadi penyanyi, dia ni pelakon dan hos TV yang kira ada reputasi baik lah di Down Under nun.

Baru keluarkan satu album, album dia ni sebenarnya dah lama dirilis sejak dari tahun lepas lagi tapi nama dia akhir-akhir ni baru saja nak naik dan mendapat perhatian yang lebih sejak ada satu lagu dia jadi lagu iklan satu clothing brand terkenal, Old Navy. Selain itu, lagu dia yang satu ni pun pernah diputarkan sebagai muzik latar dalam siri terkenal Ugly Betty dan yang terbaru, dimasukkan dalam album runut bunyi filem Angus, Thongs and Perfect Snogging. Radio-radio Malaysia dah selalu pasang lagu ni. Alih-alih aku rasa macam dah jarang pulak lagu Taylor Swift keluar radio sekarang.

Ah,buat kantoi la kau. Betul la. Lagu ‘ The Show’ dan awek Aussie di atas ni bernama Lenka Kripac. Lagu tu sedap, suara Lenka pun best. Pop, tapi bagi aku nilai seninya tinggi. Lenka banyak dipengaruhi awek-awek pop gelap elektronik yang lain seperti Regina Spektor dan Imogen Heap serta turut bermain dalam sebuah band alt-rock ternama Australia, Decoder Ring (yang ni aku belum explore) .

Sebab apa aku kata aku dah tercicir jauh? Sebab aku baru nak download album penuh dia yang dah dekat setahun dirilis, petang tadi dan Masya-Allah, susah benor lah nak cari link yang hidup. Mungkin dengan semakin femesnya lagu ‘The Show’ dan ‘Trouble is a Friend’ sejak dua menjak ni mendorong bapak-bapak recording company mengarahkan SB-SB Internet untuk mengawasi kegiatan para kaki sedut dan kaki upload semua. Setahun yang lepas, mungkin kepala-kepala ni kata “Bior je le, kita niat sedekah aje.” Gampang.

Akhirnya jumpa juga satu link yang hidup tapi malangnya 4shared. Lagi la kaki-kaki tak suka. Masih lagi boleh guna IDM walaupun dalam free-mode, tapi speed tak berapa menggalakkan la. Kena pulak sampai pukul 6 petang tadi, line Creative tak berapa mantap.  Nak surf biasa-biasa macam masuk Harakahdaily ok dan lancar,  tapi untuk download dan rutin porno tu kira tak berapa laju lah. Speed dia bolehlah diibaratkan macam menyuruh budak kecik makan ubat.

Secara keseluruhannya, satu album yang baik dan menyentuh pada aspek hala tujunya,rasanya tak ada apa yang nak dirungutkan. Pada usia yang sudah mencecah 30 tahun, semestinya Lenka lebih mengetahui apa yang beliau inginkan.

Link 4shared dalam komen. Chill chill chill okay? (Baca dengan gaya Cinta Laura)

Entri Buang Karen Lagi.

Filed under: dunia, filem, kin-ell — kinell136 @ 12:07 am

Video ini ditujukan pada mereka yang dah tempah tiket lepas tu heboh kat facebook dan tengah berkira-kira nak menonton Transformers : Revenge of The Fallen minggu depan. Walaupun video Team America di atas khusus untuk kutuk Pearl Harbor sahaja, tapi aku harap korang boleh dapat the general idea.

Aku boleh kata aku ada juga menonton filem-filem Michael Bay tapi tak pernah aku menonton filem-filem arahan beliau sampai habis.

Berkokok kuat macam mana sekalipun, dia dah kaya gila.

June 17, 2009

Silalah Ambil! #31 – BECK OST (Complete)

Filed under: music, silalah ambil — kinell136 @ 11:31 pm

11636l

Seorang pelawat mengesyorkan kepada aku untuk menonton anime BECK : Mongolian Chop Squad yang aku dah lama khatam sebenarnya.

Direkomen oleh saudara Amrullah Nasrul (raja anime, mecha dan ‘cerita seram’ dari Kampung Kerdas, Gombak), aku berpeluang menonton BECK ni setelah menerima DVD-R yang di’bakar’ oleh seorang lagi penggemar berat katun, saudara Dann Nizam yang kuat betul mengeluh pasal kerja dia.

Memang terbaik walaupun boleh dilanjutkan lagi sebab manga dia pun panjang sebab membaca manga dengan tema muzikal sudah semestinya tak membawa feel yang mendalam kalau nak dibandingkan dengan menonton animenya.

Boleh kata inilah anime terbaik yang pernah aku tengok sebab aku tak banyak tengok kartun Jepun zaman sekarang dan pada yang masih terpinga-pinga apa benda la BECK ni, boleh layari laman wikipedianya di sini.

Garapan keseluruhan anime ini amat realistik, meskipun ada bahagian yang sedikit perlahan dan mesej-mesej yang cuba disampaikan seperti ikatan persahabatan, cita-cita dan harapan, serta kesungguhan (terutamanya kesungguhan Koyuki daripada tak reti langsung main gitar sampailah dia terror siap boleh menyanyi lagi) memang boleh berbekaslah di hati sesiapa yang menontonnya. Banyak juga parts yang agak emosional. 26 episod yang ditawarkan memang sangat berbaloi dan pada siapa yang berminat, google la sendiri sebab untuk entri kali ini aku nak promote benda lain.

Perjalanan BECK dari satu episod ke satu episod banyak menampilkan lagu-lagu latar mantap dari pelbagai cabang dan genre muzik. Ada pop Jepun, ada dance,  ada J-Rock, ada lagu yang kuat pengaruh RATM, ada rock British ala The Beatles ataupun The Kinks, ada grunge, ada funk dan banyak lagi. Sebab tu bila aku jumpa download links OST BECK ni dahulu, memang aku tak buang banyak masa.

Set penuh OST BECK ni terbahagi kepada tiga – BECK: Original Soundtrack 1 menampilkan lagu-lagu yang diambil terus dari anime, KEITH: Original Soundtrack 2 ada set lagu-lagu yang sama yang dinyanyikan oleh pemuzik asal sebelum ia dinyanyikan di dalam anime. Manakala BECK Tribute : Greatful Sounds (misspelled intentionally) merupakan satu promotional collectible yang dirilis lama sebelum anime BECK diterbitkan lagi dan mengandungi lagu-lagu original dari band-band semi-underground Jepun. Bukan ’soundtrack’ BECK secara literal. Mungkin cuma menyerap semangatnya sahaja.

Links yang ada dalam komen ni semuanya Megaupload, yang aku percaya semua kaki-kaki kuat sedut negara tak berapa suka. Dulu aku rasa aku download via rapidshare links tapi dari tadi aku google-google masih tak jumpa-jumpa.

Jadi kena banyak bersabar.

Enjoy BECK.

Entri Buang Karen yang Betul-betul Punya Buang Karen.

Filed under: dunia, kin-ell, tempatan — kinell136 @ 1:46 pm
Anak itu anugerah Allah, tapi aku respek brader ni sebab dia skillful.

Anak itu anugerah Allah, tapi aku respek brader ni sebab dia skilful. Apa rahsia?

Kali ni aku nak berubah angin kejap.Cerita pasal parenting. Casss.

Akhir-akhir ni ramai ibubapa yang memberi nama ‘Danish’ kepada anak yang baru lahir. Dah jadi macam satu trend la pulak. Kadar kekerapan dia dah macam tengah bersaing pulak dengan kadar kecenderungan tauke-tauke restoran meletakkan D’ kat nama restoran mereka. Kat Zirkonville ada restoran D’Attap.

Baru-baru ini, kenalan zaman belajar aku, Encik Addy dan isteri Puan Harlinda baru saja dikurniakan anak pertama, lelaki yang diberi nama..yes, you’ve guessed..”Danish’ juga. Tahniah la bro Addy. Aku dah tengok gambar-gambar baby kau kat Facebook. Comel gak lah. Lu memang skilful. Brader Addy ni pun aku dengar ada bukak satu kedai makan ayam golek kat Gombak yang dinamakan sebagai..yes, you’ve guessed..”D’Golek”.  Ek ele. Tapi menurut review dari saudara Amrullah Nasrul, makanan kat sana sedap. Ada peluang, mungkin aku akan ke sana gak satu hari nanti sebab Addy pun dulu banyak jasa dengan aku. Pernah jugak lah berapa kali aku pinjam Honda Cup dia pergi keluar beli rokok dulu.

Tiba-tiba je ada rasa nak menggoogle tentang perkara ni. Maksud aku pasal ‘Danish’ ni ah. Ada yang kata takde makna,ada yang kata takde wazan dia dalam Qomus, ada yang kata nama tu diceduk dari Bahasa Urdu lalu diserapkan ke dalam Bahasa Arab – membawa maksud ‘berpengetahuan’ – casss. Google punya google, sekali aku jumpa satu perbincangan tentang kecenderungan ibubapa sekarang memberi nama-nama yang ‘fancy’ kepada anak kat sini. Agak menarik dan bermanfaat jugaklah sebab ada pendapat-pendapat yang bagus dan ada gak yang separa-bangang lawak. Moodnya santai dan bolehlah dijadikan panduan yang aku kira agak umum lah.

Pada aku yang belum ada anak lagi ni, sebagai orang Islam, seeloknya kita guna Bahasa Arab lah sebab Bahasa Arab tu kan Bahasa Al-Qur’an dan bahasa rasmi Syurga. Satu lagi, trend memberi nama anak panjang-panjang ni buat aku fikir yang sepatutnya kita kena tahu sedikit asas bahasa, nahu dan sorofnya. Orang sekarang paling kurang akan menggabungkan dua nama dalam satu nama. Jadi, kenalah tahu serba-sedikit tentang idof, sifat dan benda-benda macam tu lah (aku pun dah banyak lupa sebenarnya) sebelum merasa nama yang bakal diberi itu benar-bebar elok. Kalau tak reti, boleh rujuk kat Ustaz Jaa’far Kitah ataupun otai-otai Bahasa Arab yang lain.

Cerita pasal nama aku, ada cerita. Dulu masa darjah satu, aku ada sedikit rasa tak puas hati dengan nama sendiri sebab cikgu-cikgu selalu salah sebut. Lagi-lagi cikgu bukan Melayu. Tension aku. Tapi bila aku dah tahu maksud sebenar nama sendiri dan sebab kenapa aku dinamakan begitu barulah aku rasa sejuk dan tambah sayang dengan mak aku sebab dia terpaksa lupakan hasrat untuk menjalani ibadah puasa Ramadhan 26 tahun yang lalu.

Maksud nama aku – “orang yang berpuasa’ – tapi aku suka makan dan jarang sangat puasa sunat. Hehe.

Berbalik pada cerita ‘Danish’ tadi, teringat pulak ‘Danish’ ni dalam Bahasa Inggeris bermaksud ‘ orang Denmark ‘. Ada kemungkinan di masa terdekat ni ada ibubapa yang memberi nama Muhammad Scouse kepada anak mereka. Sah lah mereka tu penyokong Liverpool. Jangan bagi nama ‘Fat Miserable Belgian Bastard’ ataupun ‘Akuma’ (yang membawa maksud syaitonirrojim dalam bahasa Jepun) yang pernah terjadi sedekad lepas kat Jepun, sudah. Bangang ke apa.

Nama anak buah aku nombor 4 – Syawkat Kirana. Kirana tu apa maksud dia aaa?

Silly Season

Filed under: dunia, kin-ell, sukan — kinell136 @ 12:11 am

2009-06-15

Credit – RAWK.

Older Posts »

Blog at WordPress.com.