Sirappp!! + Buang-Buang Karen

May 25, 2009

Meh Masuk Sini Meh #9

Filed under: Meh Masuk Sini Meh, TV, dunia — kinell136 @ 8:02 pm
MichaelPalin1

Michael Palin Pasca Python dah jadi traveller yang gila legendary. Salut.

Untuk kaki-kaki download terutamanya yang cass articulate dan ilmuwan semua, aku baru jumpa satu blog yang sangat bagus dan aku nak kongsi dengan korang.

Meh Masuk Sini Meh.

Dalam blog ini, ada banyak dokumentari pelbagai cabang bidang baik lama, baru, yang tak berapa lama dan yang tak berapa baru terbitan BBC, PBS, IMAX, HBO, Discovery dan History Channel sedia rela untuk didownload.

Aku pun tak habis check lagi isi keseluruhan blog ni tapi Michael Palin: Around The World in 80 Days tu nampak menarek jugak untuk disedut.

Rehat la kejap mendownload porno tu ye. Apa kata sekali-sekala kita bertukar angin pulak.

May 23, 2009

Check, Check, Check

Filed under: kin-ell — kinell136 @ 7:21 pm

Masih banyak yang belum dicapai.

Silalah Ambil!#27 – Mew: Live In Copenhagen 2006 (CD)

Filed under: music, silalah ambil — kinell136 @ 2:35 pm

200931219336692

Aku tengah cari versi DVD tapi tak jumpa-jumpa lagi. Link untuk versi audio konsert ni ada dalam komen.

Kalau aku tak kenal Yusof bin Masbah, mungkin aku takkan kenal Mew.

Kalau aku tak kenal Mew, mungkin bila orang tanya aku ‘ kau tahu mana-mana band dari Denmark tak?’, aku akan jawab ‘Michael Learns To Rock’.

Oh FFS.

Dalam perkembangan lain, album baru Mew yang tajuk dia panjang gile ( No More Stories / Are Told Today / I’m Sorry / They Washed Away / No More Stories / The World is Grey / I’m Tired / Let’s Wash Away) bakal dirilis pada Ogos hadapan.

Yeehaaa.

Sehari Satu Perkataan #4 – Asal Usul terma SPAM

Filed under: Sehari Satu Perkataan — kinell136 @ 12:04 am

Aku baru tahu benda ni sebenarnya. Semuanya hasil berkat menonton Monty Python’s The Flying Circus.

OK, Ini SPAM yang asal. SPAM asalnya hanyalah produk daging dalam tin.

spam

Video di bawah mengandungi sketch yang dipercayai memperkenalkan makna baru SPAM  seperti mana yang kita kenali hari ini.

SPAM SPAM SPAM SPAM LOVELY SPAM WONDERFUL SPAM!

Dapatkan maklumat lanjut mengenai ‘SPAM’ dengan menaip ‘SPAM’ kat wikipedia.

May 20, 2009

Tabik! #13 – Farrelly Bersaudara.

Filed under: Tabik!, dunia, filem — kinell136 @ 10:36 am

heartbreak

Pagi semua. Dah sarap ke belum?

Pagi ni saya mahu tabik Peter dan Bobby Farrelly. Siapa yang mahu ikut tabik, boleh ikut tabik sekali.

Tabik kerana memberi kami There’s Something About Marry, Shallow Hal, The Perfect Catch, Dumb and Dumber and Me,Myself and Irene.

Kau yang ikut tabik-tabik sekali ni mesti suka gelakkan orang cacat kan?

Shame,shame,shame, gross, gross. Hahaha.

Humorous use of disability dah macam jadi satu aspek unik dalam corak filem Farrelly Bersaudara tapi ia jadi cantik bila mereka menggabungkan elemen komedi melampau itu dengan elemen kemanusiaan. Siapa pun pasti ketawa melihat Walt (mamat lumpuh tu) main ski di akhir filem Shallow Hal tapi yang sebenarnya The Farrellys juga cuba menunjukkan aspirasi Walt untuk menikmati kehidupan seperti manusia normal yang lain.

Lagi satu, Farrelly Bersaudara boleh jadi satu sebab untuk aku menonton filem bercorak komedi romantik sebab aku kurang menonton komedi romantik walaupun setakat ini bukan semua filem Farrelly Bersaudara bercorak begitu. ( macam Dumb and Dumber).

Citarasa mereka terhadap muzik pilihan untuk melatari filem-filem mereka juga bagus. Aku kenal Phoenix pun melalui mereka sebenarnya.

May 17, 2009

Fiksyen Total : Email dari ‘Aku’ Tahun 2015

Filed under: kin-ell, sukan — kinell136 @ 9:12 pm
Most supported English club in India...3 tahun lagi..gerenti.

Most supported English club kat India...3 tahun lagi..gerenti.

Pagi tadi tak semena-mena aku boleh dapat email yang dikirim dari tahun 2015. Terkejut beruk aku. Aku checked alamat email pengirim – eh, bangsat..ni alamat email aku. Ada yang nak prank aku ke ni. Apa-apapun, aku nak kongsi kandungan email tersebut dengan korang semua.

*********

Assalamualaikum

Amacam pagi ni Im? Mandrem ke?Hahahah..rilek-rilek. Aku tahu kau tengah kecewa. Sebenarnya aku ni adalah kau dari tahun 2015. Aku ada berita baik untuk kau.

Malam semalam aku pergi Hakim. Kau jangan salah sangka pulak. Masa ni kau dah tak rajin pergi mamak dah.Kat rumah dah ada Astro HD, tapi orang rumah nak layan final AF 13 HD la pulak. Identiti orang rumah terpaksa dirahsiakan. Dia bukan avid follower, tapi bila final je mesti dia ngada-ngada nak tengok. Adeiii.

Sekali si Ajat, Patek dengan Mike ajak lepak tengok kat mapley,on aje. Lagipun dah lama tak jumpa diorang ni paham-paham jelah semua sibuk. (adik sendiri pun susah nak jumpa.demm) Orang rumah dah bagitau, aku nak balik pukul berapa pun dia tak kisah. Tada hal. Jangan sampai keluar tanduk sudah.

Terasa macam Arbaie Bujang Kembali la pulak.Hahaha.

Kau cuba check kalendar masehi tahun 2015 jap. Betul, sama je kan dengan 2009?. Hari Guru pun jatuh pada hari Sabtu jugak. Tahun ni BPL fixtures pun disusun lebih kurang sama je dengan 2008/09.

Aku gagahkan juga diri aku nak hantar email ni kat kau walaupun malam semalam punya ‘hangover’ ni tak kebah lagi. Rilek Jack, bukan hangover yang ‘tu’. Hangover seronok la, malam tadi Liverpool won their 4th league title dalam masa 6 tahun. OK la tu kan Jack? Ok ape nye..mantap la tu. Memang malam tadi aku dengan budak-budak ni kasi bakar la sama budak-budak yang sokong Queens Park Rangers tu puas-puas.

Queens Park Rangers?

Aku tak tipu kau. QPR dah jadi kelab besar sekarang ni. Kau pun tahu siapa diorang punya owners dengan shareholder kan? Mula dari tiga tahun lepas lah, Mr Lakshmi Mittal dah jadi sugar daddy QPR sepenuh masa ah. Macam Roman Abramovich masa zaman kau ah. Semua yang mantap-mantap diorang nak beli, asal ada spekulasi perpindahan je, mesti ada nama QPR. Edin Dzeko striker QPR sekarang. Kau tengok Bosnia sorang ni masa kat Wolfsburg dah power kan? Sekarang lagi mantap dow. Dah 3 season berturut-turut jadi top goalscorer. Dulu Liverpool ada bid jugak nak angkat dia ni, tapi QPR offer lebih. Agent dia kasi cuci sikit, terus goyang.

Mesti kau tertanya-tanya, mana hilang 2 titles yang Liverpool tak menang tu? QPR la yang sapu. Sebab manager dia pun mantap lagi celaka juga. Siapa lagi kalau bukan manager pujaan Patek, Jose Mourinho. Malangnya mulut dia masih cargas cabul sperti dulu. Masa QPR menang EPL title pertama diorang, satu negeri Rajashtan buat keramaian. Apasal Rajashtan? Lakshmi Mittal asal dari sana la Ben.

Jadi secara automatik populasi manusia yang menyokong QPR dalam masa dua tahun lebih ni tiba-tiba mencanak naik macam Chelsea masa 2004 – 2006 dulu. KL Plus turut menerima tempias gelombang ni Jack. Yelah, corak design jersi diorang kan sama. Pernah juga aku nampak manusia yang pakai jersi Reading tengok game QPR. Ek elehhh..Aku tak tahu lah sama ada tujuan dia cuma nak buat lawak atau memang betul dia bangang sampai boleh salah beli baju.

Liverpool? steady. Owner sekarang bagus. Stanley Park dah ada. Sekarang Rafa dah tak membeli sangat sebab Academy dah mula produce player yang bagus-bagus. Player muda dah dapat peluang naik ke skuad utama. Trofi Champions League original pun dah bertambah lagi seketul sebab kita buat hatrik dari 2011-2013. Semuanya kembali kepada The Liverpool Way. Lega.

Apa yang takde? Torres Song dah tak ada. Dia dah balik kampung. Heheheh.

Cuma bila baru 2 musim tak menang liga, ada jugaklah gloryhunting pussies yang tiba-tiba aje timbul suruh Rafa letak jawatan. Bangang.

Kau nak tahu siapa tonggak utama sekarang ni?

Bukan Scouse tapi German. Ja, Christopher Buchtmann iz ze mann.

profile

Rafa kena simpan dia ni.

Aaaa..aku lupa pulak nak bagitahu kau pasal Manure. Portuguese fag tu masih ada lagi. Dah jadi kapten kelab pun. Tapi kapten kelab ala-ala Jamie Redknapp dan Gary Neville. Rehab je memanjang.OK, Sejak 3 season yang lepas diorang dah kembali ke tempat yang sepatutnya mereka duduk.

Mid-table la mana lagi.

Ramai fans mereka yang aku nampak dan yang aku kenal dah tukar baju belang biru putih sekarang. Termasuklah Tony Fernandes. AirAsia pun dah tukar warna ke warna QPR sekarang. Nak kipas Mr Mittal punya pasal.

Kecuali ada seorang yang masih setia walaupun game MU sekarang boleh dikatakan kebanyakannya delayed telecast. Aku rasa kau tahu siapa.

Siapa lagi kalau bukan Ahmad Faisal AKA Mike. Dia selamba pakai baju MU kat mapley semalam. Lepas game QPR habis semalam, selamba dia jerit to the tune of Pretty Ugly’s Francis Ford Coppola. “Kembalikan M- U ku yang dulu!” Habis kena boo dengan budak-budak QPR. Lawak sial.

Alamak John, gerak dulu. Aku ada janji dengan aku punya Junior hari ni.

YNWA.

p/s : – Kau sempat ke Anfield..tiga tahun lepas. Gambar ada banyak ..hehehhe tapi atas sebab-sebab tertentu, aku tak boleh bagi. Rajin-rajinlah menyimpan start dari sekarang.

********

Panjang sikit sebab mood nak menaip tengah ada dan lagi satu, sebab nak sedapkan hati. Silalah rate fiksyen yang aku reka habis-habisan ni.

At the End of the Storm is a Golden Sky.

May 16, 2009

Silalah Ambil! #26 – The Smashing Pumpkins – Greatest Hits Video Collection (1991–2000)

Filed under: filem, music, silalah ambil — kinell136 @ 4:21 pm

6oe68uo

Aku dah tengok Greatest Hits Video Collection ni sebenarnya dalam 7..8 tahun yang lepas. Masa tu dalam format vcd. Roomate lama, sedara Razif yang punya. Malam tadi, bila aku terjumpa balik link download koleksi video ni, memang aku tak fikir panjang, terus download. Menyentuh tentang sedara Razif, aku ingat dia macam pernah mengeluarkan infamous quotes yang lebih kurang berbunyi begini:

“Antara konsert paling gila ganas aku pernah tengok, Smashing Pumpkins la. Ada satu lagu ni, diorang bawak anak anjing naik pentas, masukkan dalam karung, ikat, lepas tu sepak pukul hentak anak anjing tu dengan gitar sampai mati. Gila ganas.”

Hehe. Sedara Razif ni bakal cikgu.

Bila menonton klip video, aku selektif sikit. Aku lagi suka yang ada jalan cerita atau ada penyampaian mesej visual blablabla daripada video yang sekadar mime atau buat persembahan di padang pasir/ planet/ semak lalang / atas gunung/ stesen keretapi mana kejadah. Tak membina langsung. Buang karen. Tengok video persembahan live lagi bagus.

Menyentuh tentang perkara ini, aku teringat lagi satu infamous quotes dari seorang lagi member lama, Kamal alias Asun Gamma yang lebih kurang begini.

“Aku paling tak tahan lah kalau tengok video-video kumpulan S-S ni. Ek-elehhh..Dah lah masing-masing muka pecah rumah, lagu dah lah tak boleh blah, lepas tu modal mesti nak menyanyi kat balik-balik semak, pakai spek hitam, lepas tu drummer dia mesti main dram angin. Kau perasan tak?  Tapi kumpulan Spring gak gua bingit, sebab dulu diorang biasa buat video klip dengan Sofea Jane. Simak betul”

Untungnya dalam Greatest Hits Video Collection ni,  ada banyak video-video ‘award-winning’ yang kreatif dan bagus-bagus. Pilihan peribadi aku termasuklah Today, 1979, The Bullet With Butterfly Wings, Stand Inside Your Love, Tonight Tonight, Disarm,Ava Adore dan yang paling best sekali – Try, Try, Try sebab ada cerita junkie couple yang gila sedih.

Walaupun video-video ini ada yang sudah dimuatnaik dan boleh ditonton di Youtube, tapi pada mereka yang kaki-kaki cas titikberat kualiti, penggemar berat SP, dan yang mempunyai kind of fetish terhadap pemain bass wanita, this is a must-have for you.

Link dalam komen.

May 15, 2009

Selamat Hari Che’ Gu.

Filed under: kin-ell, tempatan — kinell136 @ 10:25 pm
Bila lah tanah airku tercinta akan ada ISP yang boleh membekalkan speed mendownload selaju ini?

Tiada kaitan dengan entri ini. Tapi bila agaknya kita di tanah air tercinta akan dapat melihat downloading speed selaju ini?

Niat asal – nak listkan semua nama cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dalam entri ni. Kalau boleh lah.

Tapi aku dah lupa banyak lah nama-nama mereka. Umur pun dah meningkat.

Kalau nama penuh cikgu-cikgu dan ustaz-ustaz yang pernah melibas, menyiku, memforehand, membackhand, aku ingat je siap aku ingat nombor flat kereta diorang sekali.

Tapi rasa tak best lah.

Jadi seringkas yang boleh,

Pada cikgu-cikgu, ustaz-ustazah yang pernah kenal, jumpa dan ajar saya,

Tak lupa juga pada kakak saya yang juga merupakan seorang guru di Port Diksen,

SELAMAT HARI GURU

Semoga Allah merahmati kalian semua.

May 14, 2009

Dilema lagi – 24/5/2009

Filed under: kin-ell, sukan — kinell136 @ 12:00 am

shanklygates_getty

Cerita #1.

Pada suatu petang, member lama yang berasal dari kampung sebelah, Mikhdad Subkhi called aku.

“Wak, kabare?”

Mikhdad menjemput aku datang ke kenduri kahwin beliau 24 haribulan ni. Hari Ahad. Bakal isteri beliau bukan orang jauh. Orang Kampung Jawa je. Kalau Mikhdad, memang aku kena datang lah. Walaupun dalam beberapa tahun kebelakangan ni aku dah macam lost contact dengan dia dek kerana kesibukan hidup masing-masing, tapi bila dia called aku tu, aku rasa touching gak ah sebab dia masih simpan nombor aku. Kena pergi, kenduri dia ni aku kena juga pergi.

Cerita #2

Sorang lagi member lama aku, Zulqarnain called aku.

“Jawa! Kau kenal aku lagi tak?”

“Aku macam pernah dengar suara ni.Siapa kau?”

“Aku Zul la..Zulqarnain.”

“Ooooiii..gile lama tak dengar cerita..apa hajat?”

“Aku tengah sabbatical ni. Hahaha. Jun ni aku mula kerja tempat baru. Jawa! 24 haribulan ni..aku kat Anfield. mahu follow?”

Anfield? 24 haribulan? Lawan Spurs. Game terakhir untuk season ni. Manure nak lawan Wigan pagi Khamis ni. Alaahhh…confirmed diorang menang sebab Steve Bruce gerenti suruh team dia main macam itik pulang petang je. Ah, lancau lah. Tapi..kalau Manure menang lawan Wigan pun, mathematically Liverpool still not out of title race. Itupun kalau Arsenal menang kat Old Toilet hujung minggu ni..masih ada peluang. Itu pun kalau Hull kena menang dalam last game diorang lawan Manure untuk kekal dalam Premiership.

CIBAI LAH MANURE!

“Oi John, lamanya mikir? Kau tak payah mikir pasal peluang kita boleh menang title ke tak. Kalau ada lagi bagus la kan. Selesema babi belakang kira. Ini golden opportunity for us as fans bai. Ni pun member aku kat sana dapat tolong setupkan. Mana tahu ni sekali je dalam seumur hidup kau dapat peluang pergi sana. Anfield tu Jawa. Last home game gerek john. Kalau tak menang liga pun masih ada lap of honor. Soal duit kau jangan risau tapi bawak la duit jugak. Kau ada passport tak? Sekarang sekejap je nak buat satu.Kau pikir dulu lah masak-masak tapi kalau boleh biar cepat lah. Bila member aku ajak ke sana memang kau lah orang pertama dalam kepala otak aku”

“Jawa? Jawa? Kau dengar tak ni?”

Aku dengar bunyi grill pintu. Ramock nak berangkat pergi kerja. Si Pejal kat belakang aku, tengah iron baju. Aku tengok jam. Pukul 8:30 pagi.

“Bilik air belakang kosong tak Jal?’

“Kosong.”

*******

Cerita no 1 tu betul.

Cerita no 2 pun betul tapi betul mimpilah.Aku tak pernah ada kawan nama Zulqarnain.

Weak.

May 12, 2009

Tabik! #12 – Damn Dirty Apes.

Filed under: Tabik!, music, tempatan — kinell136 @ 11:59 pm

Rock The World 3. Malam Tahun Baru 2003. Malam tu aku ada kat KL juga. Tapi kat Bukit Bintang. Layan Reefa dan Poetic Ammo di NY celebration night anjuran YTL. Ikut kawan-kawanlah. Tak perlu sebutlah siapa dan asal dari mana. Dah mereka yang nak ke situ.

VCD Rock The World 3 ni aku ada. Beli kat Kotaraya.

Dulu pernah beli t-shirt berlogo Autobots sebab Pedram DDA pun rajin pakai. Semangat.

Kalau tak ada diorang ni, aku takkan kenal apa tu ‘post-rock’. Serius.

damn-dirty-apes-valve-state-dreams

damn-dirty-apes-ape-kill-ape

Tak nak cerita panjang, Valve-State Dreams dan Ape Kill Ape memang epic.

Lepas mengenali Damn Dirty Apes, aku jadi lebih ‘appreciative’ lah terhadap genre yang satu ni. Lepas tu baru lah aku cari dan korek jumpa Mono, Godspeed You! Black Emperor, Explosions in The Sky, WangWen, Sigur Ros  sampailah pada yang lagenda macam Mogwai, Stereolab, Tortoise, Slint dan yang sewaktu dengannya. Tidaklah terlalu tegar.

Damn Dirty Apes sekarang masih eksperimental, tapi sikit-sikit dah menukar hala ke arah dub dan reggae, tapi aku percaya pada mereka yang mengerti post-rock, pasti akan pantas menjawab ‘Damn Dirty Apes’ sekiranya mereka ditanyakan  soalan:

‘Mas, Malaysia punya band post rock apa enggak?”

Jangan lupa ‘Akta Angkasa‘ juga ya. Chatetan Konkerit tu pada aku, gila dahsyat. Masterpiece.

Kepada yang rindu pada Damn Dirty Apes dan juga penggemar dub, orang boleh masuk sini untuk tengok dan dengar material terbaru mereka.

Tabik.

Older Posts »

Blog at WordPress.com.