Layan kan solo lagu ni? Selamat Malam.

Aku nampak Datsun 1200 Sunny terletak depan Creative ada lah dalam sejam yang lepas. Tak tahu siapa punya.
Punya tekun aku dok tengok Datsun tu, secara tiba-tiba saja suara Jamal Abdillah yang kuat datang ke telinga aku. Suara tu datang dari Anjung 7. – ” Kenangan manis kau dan aku…”.
Cet. Macam paham-paham je.Dalam tak sampai 3 minit aku tenung kereta tu (masa tu aku tengah merokok sekali), beribu-ribu flashbacks melintas kat kepala.
Pergi sekolah, balik sekolah, pergi ikut bapak aku mengajar di surau-surau, bersunat kat Kampung Delek, pergi beraya, pergi ikut bapak dengan atuk ke Bukit Kerayong petik sawit, pergi Taman Cahaya Seri Alam masa tempat tu baru-baru dibuka sekitar 1992, pergi kedai Apa Mau? kat Kapar beli baju sekolah, pergi mandi kat Pantai Remis, Jeram masa tempat tu tengah ‘in’ (masa kecik-kecik dulu rajin betul kena kudis buta), pergi jenguk abang kakak kat asrama, pergi ke rumah Mak Usu kat Sabak Bernam, ikut abang aku ke Stadium Shah Alam tengok Azman Adnan – Alistair Edwards – Anuar Abu Bakar – Rusdi Suparman – P. Maniam blablablabla..last sekali aku teringat masa aku dengan adik beradik lelaki pergi mandi kat Kancing…tahun1999. Masa tu bapak aku dah tak ada.
Aku senyum sendiri. Sepanjang aku kenal BAK 8505 dari tahun 1983 – 1999, dia memang class. Aku dah lupa kereta tu dijual kepada siapa.
Bila aku masuk kedai balik, mood aku berubah jadi sirappp.
Sebab lagu P.U.S.P.A (St_12) tengah berkemundang kat Era. Come on la. Aku dan Amrullah Nasrul dah bersetuju nak menamakan lagu tu sebagai strong contender untuk menang anugerah lagu paling pussy untuk bulan ni. Aku dah bagi link download lagu Isabella – Joe Flizzow untuk dia nilaikan sama ada dia boleh consider tak lagu tu untuk dicalonkan tapi dia kata link tu lambat sangat nak load.
Oi! kata duduk Silicon Valley Gombak? Apasal boleh tak keluar pulak?
Sirappp betul la. Dah la aku asyik kalah je lawan pool dengan dia.
Band ‘baru’ kegemaran saya kembali lagi dan masih kekal tight dengan album baru berjudul ‘Swoon’.

Link dalam komen.
Pagi tadi, aku sempat berbual dengan Encik Ahmad Badrul Sani a.k.a BAD, member lama masa aku lepak kat Kem Tahanan Antarabangsa Sungai Pusu dulu via YM. Sekarang dia dah jadi seorang bapa beranak satu, seorang bisnes-wan dan motivator muda yang sukses gak siap dah ada buku sendiri.
Kalau nak digambarkan tahap sukses dia ni, cuba kau taip dekat Google Image Search “Ahmad Badrul Sani’, nescaya akan keluar lah gambar-gambar beliau secara terus di page pertama, dan bukan gambar apa-apa Ahmad, atau apa-apa Badrul atau Sani Sudin. Cuba kau taip nama penuh kau, tengok ada keluar ke tak gambar kau sendiri. Kalau takde, maknanya kau belum cukup sukses.
Berikut adalah sedikit petikan daripada perbualan aku dengan BAD yang telah diedit. Mula-mula cuma setakat bertanya khabar, lepas tu tanya perkembangan terkini…sekali lepas tu…
Badrul Sani : bro..ko ada sedara yang berpenyakit tak? kencing manis ke..darah tinggi ke?
(Aiseh…dia dah mula dah..)
Aku : ramai. bapak aku dulu meninggal sebab tu la
(kombinasi sakit jantung+darah tinggi+kencing manis)
Badrul Sani : uish…biar betul?
Badrul Sani : ok…
Badrul Sani : aku skrg ni tgh guna satu produk ni…very interesting…
Badrul Sani : selain bagi tenaga, mampu healing all this kind punya penyakit…
Badrul Sani : kalau hang rasa perlukan, just bgtau aku…
Badrul Sani : hang tgk kat blog aku… http://superpendant.blogspot.com
Aku : ok
Badrul Sani : insyaAllah mujarab sbb dah ramai yg dapat manfaatnya…
***
Try la buka link yang BAD bagi tu.
First time tengok, hati ni berkata “Hek elaaa..loket?..What..the..ff”. Bila dah baca sampai habis, eh best juga. BAD dah guna. Shalin Zulkifli dah guna. Safee Sali pun dah guna. Mungkin juga ini adalah salah satu rahsia kenapa orang Jepun kuat bekerja.Tak lupa juga pada pekerja-pekerja Indonesia.Mungkin diorang ada pakai benda yang serupa, sebab negara diorang kan banyak gunung yang berapi-api.
Lagi satu, kau kena masuk sini jugak. Meh Masuk Sini Meh. Ada video-video berkaitan Quantum Pendant ni lah. Siapa yang rindu nak tengok Malek Noor, dia ada buat special appearance dalam video-video ni.
Kepada Syahrul dan Che’ Wa, tak tahulah kalau korang dah tahu pasal Quantum Pendant ni atau belum, tapi kalau belum, pada pendapat aku produk ini adalah jawapan untuk mengakhiri penderitaan korang akibat selalu menjadi punching bag selama ini. Paling kurang pun bila korang dah ada loket ni karang, Insya-Allah, sepak terajang tak terasa sakit, tapi terasa sedap macam pegi ‘masas’ pulak (massage).hehe.
Aku nak tengok isi dompet aku kejap.
Hari ni kena mengajar dan monitor orang baru (perempuan – lepasan SPM) untuk jaga Creative. Asal Perak, sekarang menumpang tinggal kat rumah kakak dia kat Kampung Jawa. Abang ipar dia kerja di Zirkonville. Kak Syikin yang rekemen. Rupa? Boleh la. 4/10.
Sayangnya nampak dari cara dia setakat ini dia langsung takde basic dalam ilmu komputer dan tak tahu banyak tentang internet. Tapi dia beritahu aku dia ada email.
Risau dengan keadaan ini, Bad dari bahagian Management CWI, yang juga seorang ayah baru, juga seorang kaki Mafia Wars di Facebook, mengajak aku berbual sekejap-
“Boleh ke budak tu? Aku tengok dia kekok habis. Slow sangatlah. Tadi ada yang nak print pun dia panggil kau kan?”
” Takde basic langsung Bad.”
“Langsung takde?”
“Gaya gitu lah. Takde. Tapi aku dah cakap dengan dia, aku boleh stay mengajor dia. Paling lewat Isnin depan mesti dah boleh stay sendiri.”
“Heh. yelah kau. Orang ambik kursus sijil asas pun makan 3 bulan, kau nak mengajar 3..4 hari? Boleh sabar ke?”
“Kita nak ajar dia camne nak jaga kedai je Bad”
“Bukan kedai runcit..atau kedai makan sedara. Kurang lebih lah. Kalau aku, jenis terpinga-pinga macam tu memang susah lah. Aku tak dapat lah nak ambik. Nak kena ada juga basic tu kan? OK, aku tunggu respon kau je karang, kalau agak-agak tak boleh nak grip, nanti aku cakap lah dengan dia yang dia tak capable”
“Tengok la macam mana”
“Iklan kerja tu dulu patutnya awal-awal kau dah tambah – ‘ Mesti Celik IT’. Hahaha. Pelik la, ada lagi orang macam ni eh.Bukan budak-budak sekarang dah makin maju ke? Yelah..kampung-kampung pun. Zaman sekarang kan dah lain. Sepatutnya-lah kan?”
“Aku tak pelik, tapi dengan dia ni memang aku kena sabor sikit lah. Lagipun setting kedai kita rumit sikit. “
“Rumit mende? Rumit camana? Bagi contoh”
“Kedai kita tak ada print di-wect. “
“Print apa?”
“Di-wect”
“Hahahha!! Awek mana cakap cam tu?”
“Takde siapa-siapa. Aku reka je. Banyak sangat tengok Monty Phyton. “
“OK, aku tak tahu cerita tu tapi hal ni aku serah kat kau lah. Aku tunggu report je karang. Amacam? Betul hari Isnin depan aaa? Mau bet? “
“Hahahaha!! Tang ni aku lemah sikit Bad”
Tak tahu lah. Serius jack. Perlu ke aku menghadapi keadaan ini sebagai satu cabaran? Atau perlu ke aku menyerah dan membuang karan lalu terpaksa menunggu lagi kehadiran seorang pencacai baru (perempuan) dengan kadar rating fizikal dan visual yang lebih tinggi?
EDIT – aku kalah ‘betting’. Tak boleh ambik lah.Harap-harap budak tu dengan kakak dan abang ipar dia sekali tak kecik hati.
Bukan judul sebuah lagu.

Bukan Ramesh.
Rujuk entri yang lepas untuk mengetahui serba -sedikit tentang Ramesh.
Tadi, ada lah dalam setengah jam lepas / lebih, Ramesh, masih dengan uniform rasmi beliau (berapa banyak baju sleeveless yang dia ada?), tanya aku time aku tengah merokok kat luar Creative:
“Dekat atas rumah you duduk ada bilik kosong tak?.”
Pantas aku jawab “takde! “.
Memang takde. Serius takde. Kalau ada pun, dah tentu tak nak bagi. Ironi siut. Dia dah baca entri aku sebelum ni ke?
Dia ni duduk rumah bangunan sebelah je. Satu tangga. Yang menyewa tak pasti lah berapa orang. India ada, Melayu seingat aku ada 3 orang dengan Arab Dubai sorang. Semua student di UNISEL. Tak tahu lah kenapa tiba-tiba Ramesh nak pindah pulak sebab aku pun tak tanya balik tadi.Ada kemungkinan member serumah dia pun tak tahan dengan bau dan perangai ke-bunga-bunga-an dia tu sebab memang tak pernah aku nampak dia lepak dengan Visvanathan dan Ragu (keduanya bukan nama sebenar) yang masing-masing ada 125 dan Z hitam tu. Nanti aku cuba siasat.Cass.
Aku capai handphone, masuk ‘ create message’ and then aku ketik
Ok Teh, translate ayat ni pulak – “Nak jadi ‘abang bunga’ pun janganlah sampai lupa dan buang terajang member.”
(hehe..macam siapa ye?)
Message not sent,try again later?
Kredit dah expired rupanya. Cet. Belum sampai seru lagi nak pakai post-paid.
EDIT – Maxis dah memanjangkan tempoh aktif kredit aku sampai Disember. Biar benar. Sayang Ananda. Ok, nanti aku try tanya Utteh lagi. hehehe.

Sedang aku ketawa sorang-sorang menonton aksi kelakar Bernard Black (lakonan Dylan Moran) dalam siri komedi dari Ireland yang baru aku download, Black Books, tiba-tiba Ramesh (bukan nama sebenar),seorang penuntut UNISEL, muncul di luar, depan Creative…mundar-mandir menelefon seseorang. Ah, mamat ni lagi. Mesti dia tengah telefon awek/teman tapi mesra/apa-apa ajelah status dia, Vina (juga bukan nama sebenar).
Ramesh nampak serabut dan betul ‘tak siap’. Dan dia memang biasa kelihatan macam tu, macam orang tak mandi. Seperti biasa, pakaian rasmi Ramesh ketika leisure time adalah t-shirt tanpa lengan, seluar pendek kargo dan juga laptop DELL / HP (tak berapa pasti). Ye, tanpa strap beg laptop di bahu, maka tak lengkaplah Ramesh. Aku rasa bukan aku seorang je yang perasan dia macam itu, mungkin seputar Jalan Zirkon Seksyen 7 lama Shah Alam ni pun setuju denganku. Tapi satu benda yang buat aku rasa pelik, macam mana orang seperti Ramesh boleh berkasih/berkawan rapat dengan Vina, yang pada aku, seorang gadis India yang comel dan decent jugak. Kalau dia tengah form, memang ‘candy in the eye’ jugak la.
Selang beberapa minit kemudian, Vina datang dengan handphone di telinga. Ramesh dah senyum-senyum. Handphone tak turun lagi dari telinga nih. Aku suspek aku sedang tengok satu keadaan-yang-betul-tak-boleh-pergi. Tengah berdepan pun nak bercakap guna handphone ke?
Aku dah lama juga perhatikan kerenah mereka ni sejak aku duduk dan kerja di Zirkonville ni. Dulu aku nampak dan aku dapat rasa Vina ni macam ada rasa malu jugalah bila Ramesh ada sebelah dia, sebab the latter bukan saja setakat membawa ciri-ciri seperti yang aku nyatakan di atas, malah dia juga ada tabiat suka bercakap dengan suara yang kuat tak kira masa dan cass kuat sensitif.
“Why? Why? Kenapa aku ditakdirkan berkawan dengan mamat ni?”
Tapi sekarang lain. Aku tengok Vina macam dah boleh masuk pulak dengan perangai dan keadaan si Ramesh yang pada aku agak menyedihkan tu. Siap kadang-kadang tu Vina pun turut mengadaptasi pengaruh Ramesh ke dalam dirinya. Bercakap dengan suara kuat dan in occasions, tampil serabut di khalayak ramai. Magic.Tragic.
Ditambah dengan adegan tarik-menarik, kejar-mengejar, marah-marah sayang, belai-membelai, pujuk memujuk di tangga dan macam-macam lagi, memang dah nak dekat sangat lah macam cerita Hindustan, takpun cerita Tamil yang ada plot percintaan pelajar kolej. Cuma belum ada adegan tarian dan guling-guling.
Kawan-kawan rumah atas, Kak Syikin dan beberapa orang kenalan lagi sudah pun menyuarakan isi hati mereka kat aku -
“couple tu betul serabut”.
“nak turun beli jambu je jumpa diorang”
“Takde muka lain ke?”
“Apasal budak tu nak cakap kuat-kuat? memang dasar ****** la”
“Apasal kelakar sangat diorang tu?”
“Serius dow, aku tak pernah nampak lagi couple yang abis dramatik macam diorang”..
“Kau agak-agak la kan, aku nak kena beli baseball bat tak? takpun kayu hoki ke..”
Mungkin dah sampai masanya aku kena buat sesuatu.
Tapi apa kaitan Utteh dengan cerita ni?
Utteh atau nama sebenarnya Mohd Firdaus bin Farouk adalah kawan yang boleh dikatakan agak rapat jugalah dengan aku masa mengaji di Universiti Islam Sg Pusu dulu. Terutamanya masa semester akhir sebab kami sekelas dalam lima subjek. Belajar bersama, tuang kelas bersama. Utteh ni berketurunan India-Muslim dan of kos la dia master Bahasa Tamil.
Jadi aku rasa aku kena minta pertolongan Utteh juga dalam hal ni. Jadi aku pun SMS dia.
Aku ketik
“Teh, apa Tamil untuk – “go find a room la bodoh! “
Selang 2…3 minit kenudian, Utteh balas,
“Poi room pare muttal!”
Kau memang legend Teh. Takkan ku sia-siakan ilmu yang berharga ni.
Kalau kau nak cari album penuh kumpulan Spoon yang terkenal dengan lagu “Rindu Serindu-Rindunya”, bukan sini tempatnya.
Boleh wiki ‘Spoon’ yang aku maksudkan di sini
Aku mula kenal dengan Spoon hanya selepas menonton ‘Stranger Than Fiction’, filem lakonan Will Ferrell dan Maggie Gyllenhaal (aku rate gak dia ni). Filem tu best, jalan cerita dia original dan tambah sedap lagi muzik yang melatarinya pun sangat cara. Bila lagu ‘The Book I Write’ keluar je di permulaan credits yang siap dengan pertunjukan grafik yang sangat artsy dan ada unsur modern psychedelic (siapa dah tengok mesti tau), masa tu aku rasa – aku kena cari band mana yang bawa lagu ni.
Siapa yang biasa tengok ‘Chuck’, pasti biasa dengar “Don’t Make Me a Target” dan “Don’t You Evah”
Ok, itu jelah sedikit pengenalan dari aku pasal Spoon.

walaupun tak sekacak Anod, tapi bakat diorang mantap juga ah.
Aku letak links untuk full-discography sekali dengan bonus: album runut bunyi Stranger Than Fiction dalam komen.
*** – aku suka lagu baru Exists ‘Aku Denganmu’.
Semua sudah sedia maklum ada beberapa orang penyanyi nasyid dan lagu-lagu berunsur da’wah yang sudah bertukar arus dan haluan ke arah yang lebih pop. Antaranya Faizal Tahir (ex-Mirwana), Yassin (ex-Brothers), Bienda (ex-Solehah) dan tidak ketinggalan juga Hafiz Hamidon (ex UNIC). Dengar khabar dia nak buat album eksperimental ala-ala Mike Oldfield pulak lepas ni. Heawy. Aku suka.
Ada seorang lagi yang bakal mengambil langkah yang sama seperti mereka. Menurut sumber yang kuat, segala latihan dan persiapan kewangan, mental dan fizikal brader ni berjalan dengan amat lancar.Tinggal nak masuk studio sahaja. Penerbit dan pemuzik yang bakal bekerja dengan beliau katanya bukan calang-calang jugak bai. Ada nama lah.
Menurut sumber, brader ni memang punya pakej yang lengkap dan mantaplah. Rupa ada, otot ada, suara dia pulak boleh dikatakan mirip-mirip Jeff Buckley untuk note-note tinggi dan Suhaimi Meor Hassan untuk note-note yang rendah. Giler hanyut jack.
Sebelum ni memang dia ada join kumpulan nasyid yang bernama ” W.A.G.S”. Tapi tak naik sangat lah. W.A.G.S ni Underground dan tak bawa style Nasyid-jiwang-Melayu macam In-Team tu ah. Apa kelas. Menurut sumber yang pernah menjadi pengikut kumpulan ini, style lagu-lagu mereka banyak dipengaruhi band The Roots..tapi dengan mesej da’wah..bila penulis dapat tahu, memang rasa criminal la benda mantap macam ni tak diketengahkan.
Apapun brader ni tak putus asa dan ingin kembali lagi dengan aliran yang lebih pop, tapi lebih bermaruah. Menurut sumber yang juga rakan serumah beliau, cadangan untuk menyertai pertandingan realiti tv seperti American Idol dan Bintang RTM juga sedang dipertimbangkan untuk meraih fanbase dengan kadar yang lebih pantas. Nantikan kemunculan beliau.
Nak tengok gambar ke?

W.A.G.S era

Ketika menjalani latihan vokal yang 'intense' baru-baru ni. Sampai nampak urat marih.
Selamat berjaya saudara Anod. Kami sentiasa menyokong anda.
Anod juga dikhabarkan akan menyanyikan semula lagu Jeff Buckley yang bertajuk Grace.
** Entri #100 ni ditulis atas permintaan saudara Shahrul, peminat no 1 dan pembina laman web tidak rasmi Anod.
Layarilah http://agungnyadoaibu.wordpress.com/
Rilek Nod..rilek.