Album yang bertanggungjawab menaikkan nama mereka.Terdapat beberapa koloborasi cemerlang bersama nama-nama besar seperti Dave Matthews Band, Gavin Rossdale (Bush) dan Annette Strean (Venus Hum).
Meh tonton ‘Time To Start’
Pautan memuat turun ‘ The Complex’ dan ‘The Complex Rock Tour’ ada dalam ruangan komen.
Sekali teringat la pulak kat pak cik Jayamani Kandasamy (betul ke nama dia ni?? pernah menang tempat ketiga Sinaran musim pertama dulu) yang jadikan periuk, kuali sebagai instrumen . Apa cerita dia sekarang aaaa?
Cemas dol. Tak pasal-pasal mood aku nak menyambut Earth Hour Sabtu malam Ahad ni terbantut. Serangan kompeni yang pertama sekitar Disember lalu memang berjaya menyentap ego ramai orang lah.
Eiii..Peduli la April Fool ke apa ke..Aku Sirapppp betul la dengan mangkuk-pinggan-cawan-talam-dulang-teko pembancuh virus ni semua.
**Sedang ketawa (beserta rasa tak sedap hati) membaca komen-komen pro Mac, Windows dan Linux di bawah pautan di atas.
Broken Stones – daripada album ‘ Stanley Road’, tahun 1995.
Superb. Sooooouuuuulful.
Video di atas juga mungkin boleh dijadikan first introduction, stepping stone untuk kau mengenal muzik pakcik yang juga digelar ‘Modfather’ dan pernah manjadi tonggak utama kugiran The Jam ini dengan lebih lanjut lagi.
Pautan memuat turun ada disediakan di dalam ruangan komen.
Akhir-akhir ni aku selalu dapat ’spam’ di Yahoo Messenger. Selalunya spam ni akan buzz aku dengan IM - iklan nak promote produk menguruskan badan. Macam paham-paham je. Sial-lah.Main kasar nampakkk..ironinya, aku biasa dapat IM ni dari contacts yang bersaiz ‘besar’ juga. Kesian.
Ni satu contoh yang aku baru dapat.
I have been taking Acai tablets now for two months and already lost 36 pounds, it is the same stuff that was on oprah and cnn, Mike and Jen lost so much weight too with no diet or excersise. Order it now, only five dollars a bottle, we are living proof that it works like magic. Get it over at http://nowlikes.com
Mula-mula aku ketawa juga nampak nama ‘Acai’ tu. Acai pun Acailah.
Sekali gua google, besar juga nama ‘Acai’ ni rupanya di seantero dunia. Dan cara sebutannya pun bukanlah Aaa-cai, tapi Ahh – sigh – eee. (lain macam je ni).
Sejak dua tiga hari ni cuaca memang panas lagi terik betul. Pukul 6:30 tadi, posisi matahari menunjukkan macam baru pukul 3:30 petang. Uiiii…banyak dosa kita semua ni. Tapi Allah dah kata, rahmat Dia melebihi murka Dia. Dalam sejam, laju je Dia benamkan matahari tu ke Barat dan sejukkan hawa yang panas membahang pukul 6:30 tadi.
Kesane Pangeran.
Pukul 7 tadi, aku lepak dekat luar Creative, hisap rokok. Wan LC dengan Farhan Ramok ke Alam Sentral, cari barang apa entah aku pun tak tahu. Kelihatan sekumpulan student India UNISEL yang biasa juga datang kedai, menjinjing kasut futsal masing-masing, menghala ke arah tempat biasa diorang main futsal.Mungkin kat dalam UNISEL sahaja kot, takpun kalau diorang rajin, mungkin diorang akan melintas untuk main kat Kompleks Belia Selangor. Tapi, kalau kat sana mungkin kena booking dan bayar dulu..entah, aku pun tak pernah masuk ke dalam sana. Dua bulan lepas, member satu kapal, si Ajai bersanding kat sana pun aku tak pergi. Setakat lalu sahaja untuk sembahyang Jumaat kat Surau Al-Munawwarah kat Seksyen 7 baru,itu biasa lah.
Mood aku tengah baik, perut pun kenyang, tegurlah.
“Bang! Sihat aaa?”
Diorang tegur aku dulu. Bagus. macam nilah yang kita mahu. Hormat orang tua.
“Sihat..dah pukul 7 ni korang baru nak turun bersukan?”
Diorang sengih-sengih je.
Oh Shit. Aku pun satu la. Diorang mana kena sembahyang Maghrib.
“We’re dicks! We’re reckless, arrogant, stupid dicks. And the Film Actors Guild are pussies. And Kim Jong Il is an asshole. Pussies don’t like dicks, because pussies get fucked by dicks. But dicks also fuck assholes: assholes that just want to shit on everything. Pussies may think they can deal with assholes their way. But the only thing that can fuck an asshole is a dick, with some balls. The problem with dicks is: they fuck too much or fuck when it isn’t appropriate – and it takes a pussy to show them that. But sometimes, pussies can be so full of shit that they become assholes themselves… because pussies are an inch and half away from ass holes. I don’t know much about this crazy, crazy world, but I do know this: If you don’t let us fuck this asshole, we’re going to have our dicks and pussies all covered in shit!”
Class, falsafahnya tinggi namun sedikit lucah. Maaf.
Siapa belum tengok ‘ Team America – World Police‘, boleh lah snort kat sini
Aku suka Spawn. Spawn cool. Pernah dengar Facts versi Jack Bauer, Chuck Norris, mahupun Neman-nya Vidic (hahahah!!!)??. Pada pendapat aku Spawn pisses all over them..dan dia juga boleh kencing keluar pedang..hehhehe.
Bukan satu lagi bentuk peng ‘toot’ an ke atas Menchuster United (ketawa dalam hati) tapi ini adalah satu tajuk filem yang bakal keluar 27 haribulan Mac ni (kat UK). Filem ni merupakan adaptasi daripada sebuah buku fiksyen tapi berasaskan kisah benar ‘ The Damned Utd‘ karya David Peace.
Poster
OK, Siapa kenal mendiang Brian Clough? Kau tak kenal? Setakat yang aku tau (aku tak rujuk Wikipedia ni baiii), Brian Clough ni..
-Pernah jadi penyerang untuk Middlesbrough dan Sunderland sekitar era 50 dan 60an.
-Pernah ada karier sebagai pengurus kelab bolasepak (antaranya Derby County, kemudian Leeds dan yang paling lama Nottingham Forest) dari akhir 60an hingga awal 90an.
-Pernah mengecap gelaran juara Divisyen 1 England (sekarang BPL) bersama Derby County dan Nottingham Forest.
-Pernah menjulang gelaran juara Piala Eropah (sekarang Champions League) dua kali berturut-turut (1979 dan 1980) bersama Nottingham Forest.
-Beli pemain British pertama berharga 1 juta pound sterling – Trevor Francis (pernah jadi pengurus QPR, Spurs dan Birmingham. Sekarang dah jadi football pundit).
-Nigel Clough (anak dia) pernah main bawah kendalian bapak dia kat Forest sekitar 80an dan pernah main dengan Liverpool sekitar awal 90an dulu. Dia pegang jersi no 7 sebelum Steve McManaman dapat no tu kalau tak silap. Sekarang Nigel dah jadi pengurus Derby County.
-Hanya dapat bertahan sebagai pengurus Leeds selama 44 hari (6 games).
Jadi, plot utama filem ‘The Damned United‘ ni secara ringkasnya nak menceritakan bagaimana pengurus yang berbakat seperti Brian Clough tak dapat bertahan lama kat Leeds United.
Setakat yang aku baca mengenai filem ni, Brian Clough memang benci total dengan Leeds United dan bekas pengurus Don Revie baik sebelum mahupun semasa dia mengurus kelab tu. Hari pertama je dia dah suruh players buang medal juara Liga yang diorang menang pada tahun sebelumnya (1974) sebab pada pendapat dia,diorang menang Liga dengan cara kasar, kotor dan kuat menipu.
Cara beliau bekerja membuatkan beliau jadi abis tak ngam dengan board members dan star players. Star players pun dia tak guna langsung. Dalam 6 games, Leeds cuma menang sekali. Sama ada memang niat asal Brian Clough untuk nak menjahanamkan Leeds United atau dia cuma nak mengendalikan perjalanan kelab dengan cara dia sendiri, tu aku tak tahu lah.
Mendiang menyatakan sebab beliau dipecat adalah due to bad results.
Trailer:-
Para pengkritik yang dah tengok memberi two thumbs up tapi keluarga Brian Clough dah memboikot filem ni dan juga buku ‘The Damned Utd‘ yang pada pendapat mereka, lebih banyak menyeleweng daripada yang benar dalam menceritakan personaliti sebenar mendiang.
Disaran berat untuk kaki-kaki bola dan casss sejarahwan.Aku tak sabo dah nak sedut cerita ni. Baru je beli RS premium untuk 5 bulan.Layannn..