RANDOM

December 7, 2011

Mungkin yang Paling Cool di Malaysia 2011

Filed under: Uncategorized — kinell136 @ 3:45 am

“Ittaqullah, uusi nafsi  waiyyakum bitaqwallah faqod fazal muttaquun”

“Sidang Jumaat yang dirohmati Allah sekalian”.

*khatib main For The Love of God atas mimbar*

Gerenti budak-budak sekolah tak berani bising waktu solat Jumaat.

Tak mustahil,

 

November 15, 2011

Inilah…Senarai Lagu Melayu Terbaik (?) Yang Saya Pernah Dengar Konon-Kononnya – Bahagian 2

Filed under: kin-ell, music, sirapppp — kinell136 @ 2:21 pm

Untuk Bahagian 2, saya cuba mengisi demand pembaca sebaya ibu dan makcik-makcik saya kalau ada. Kita main early 80s and older. Kriteria nationality dan sama ada lagu tu cover version atau tidak cuba saya longgarkan sedikit berdasarkan adanya elemen kesatuan yang ditegakkan oleh para pemuzik Nusantara waktu itu. Takpe kan? Nik mati lah.

16 – Rudin Al-Haj – Naik Keretaku

17. A.Romzi & The Hooks – Ada Ada

Pekat dengan Southern blues. Pernah digam dengarnya.

18 – Dahlia Ahmad – Buah – Buahan Tempatan

Lebih berkesan dari lagu kempen-kempen yang sedia ada.

19 – Harmoni – Polonia

Lagu tentang airport.

20 – Julie Remie – Bang Ayuh Bang

Simple kan? Lagu pergi pasar. Suara manja Julie gila killer.

21 – Kadir – Pahlawan Tinju (Muhammad Ali)

Katanya kumpulan humor. tapi kenapa smart sangat lagunya?

22 – Kartina Dahari – Jefri Zain

http://www.youtube.com/watch?v=LU-4P9qQOwM&feature=related

Semangat Bond tu ada.

23 – Kartina Dahari – Seruling Senja

Meremang jembut.

24 – Al Jawaher – Adam dan Hawa

Epic.

25 – Aziz Jaafar – Malaysia Baru

Fuck Yea.

26 – Mike Ibrahim and The Nite Walkers – Jangan Mudah Terlupa

Riff intro itu macam ada pengaruhnya ke atas Franz Ferdinand…Arctic Monkeys.

27 – Orchid Abdullah – Penawar Rindu

Antara lagu asli tradisional yang aku paling suka.

28 – P.Ramlee – Nasi Goreng Bubur Kacang

Gelak-gelak juga tapi ini kerja genius.

29 – R.Azmi – Pak Hitam

Lagu playboy. Dirosakkan oleh kumpulan hip hop Singapura tak berapa lama dulu.

30 – Sharifah Aini – Bunga Tanjung

Dengar susunan strings dia..mainan vokal Sharifah Aini dan tataplah gambar Kak Pah ketika masih fit dalam video di atas. Victorious.

Cukuplah 30 dulu yea. Untuk makcik-makcik di luar sana, mungkin ada tambahan lagu dari era anda.

Hell No 29 ( Versi Lawan Fitter Happier )

Filed under: kin-ell, sirapppp — kinell136 @ 3:23 am

*latar muzik pinjam Fitter Happier*

Belum ada harta 2.9 juta.

Belum ada tanah 2.9 ekar

Belum bergaji RM 2900 sebulan pun jangan dikata RM 29 ribu.

Belum ada 29 akaun bank juga.

Belum pernah beli emas, jangan kata 2.9, sekarat pun tak ada.

Belum ada calon isteri yang berketinggian maksimum kurang 2.9 cm daripada tinggi aku.

Belum ada minimum RM 29,000 untuk memikat calon mertua.

Belum ada minimum RM 29,000 untuk naik Haji.

Belum hafal 29 Hadis Nabi.

Belum pandai bersabar dengan kerenah bilangan purata 2.9 orang budak kecil berusia bawah 10 tahun.

Belum ada 29 ekor haiwan ternakan.

Belum punya kerelaan untuk mengeluarkan RM 290 hanya semata-mata untuk membeli pakaian berjenama.

Belum bersedia untuk mengeluarkan RM 290 untuk membayar bil di restoran mahal.

Belum memulakan hasrat dan usaha menurunkan berat badan sebanyak 29 kilogram.

Belum memulakan hasrat dan usaha untuk bersenam paling kurang 29 minit setiap sesi dalam seminggu hanya tiga kali.

Belum bersedia berjogging pada jarak minimum 2.9 kilometer setiap hari.

Belum dapat melangsaikan hutang belajar termasuk faedah yang mungkin hampir RM 29,000.

Belum dapat menggantikan TV rumah yang bersaiz 29 inci kepada TV yang lebih besar lagi.

Belum pandai memasak 29 jenis hidangan makanan.

Belum bersedia untuk dikata bujang tua yang berusia 29 tahun.

Belum bersedia untuk menyambut hari lahir yang ke 29.

Belum bersedia untuk mengisi angka 29 pada kolum usia dalam sebarang borang.

Belum bersedia untuk berusia 29 tahun.

Belum bersedia untuk berusia 30 tahun.

Belum bersedia untuk selamba meraikan usia 29ku dengan berkata “Usia hanyalah angka”

Tahun 2012 ada 29 Februari.

*habis..echoes*

Inilah…Senarai Lagu Melayu Terbaik (?) Yang Saya Pernah Dengar Konon-Kononnya – Bahagian 1.

Filed under: kin-ell, music — kinell136 @ 2:34 am

Hai.

Setelah dihujani dengan soalan dan permintaan yang menggalakkan (ada satu sahaja sebenarnya – sebab dalam ICnya bertanda ‘binti’ abang turutkan), saya cuba menyambung kembali kerja-kerja pertukangan di sini (meskipun tahap pertukangan saya hampir ke tahap tikus memateri labu). Rujuk post saya sebelum ini untuk mengetahui janji syok sendiri yang telah lama saya perapkan. Kalau anda (khususnya Sang Binti tersebut) tak cukup mabuk, nanti saya perapkan lebih lama lagi ya.

Berikut adalah senarai pertama koleksi lagu Melayu yang saya fikir terbaik pada hemat telinga pinjaman ini:

1- Amy – Saat Ku Idamkan

Masterpiece pertama nyanyian Amy dalam album solo pertama beliau, Magic. Penuh instrumentasinya dan grand perasaannya.

2- Black Maria – Veto

Korn atau tidak, sekurang-kurangnya, keberanian untuk mengetengahkan lagu ini sebagai single pertama mereka ke lapangan awal abad 21 yang pada waktu itu rata-ratanya berwarna Siti dan Indo patut dipuji. Contohi pengisian loops dan bait kata anti-establishment yang ada dalam lagu ini.

3 – Butterfingers – Daulat Tuanku

INTRO: Aktiviti mengolok-olokkan golongan freeloaders  memang menyeronokkan namunlah tidaklah seseronok golongan ini memandu supercars Eropah berharga jutaan ringgit dan mengait buah-buahan baik tempatan ataupun import yang sedap rasanya seperti buah Fazura hasil doa tulus ikhlas rakyat jelata bertelur berbatang setiap hari Jumaat. Nampaknya perbezaan hasilnya di situ?

Sebuah mahakarya berdurasi hampir 10 minit yang maha jujur namun ada pessimisma yang boleh dirasai dan difahami berdasarkan realiti semasa pemikiran warga pada lentok dan mellow-nya bahagian kedua lagu ini.

“Janganlah cemas..Dirgahayu takkan layu” Sedih dan kecewa bukan?

4- Casey – Jangan Ada Benci

Senandung ballad yang menyentuh tentang kegagalan sebuah perhubungan bersama tips menghadapinya nukilan Habsah Hassan yang tipikal jujur tanpa perlu berbunga-bunga.

5 – Pretty Ugly – Francis Ford Coppola

“Dulu kerusimu dalam fantasiku” Satu tribute buat Francis Ford yang tak terjangkakan dibuat oleh sebuah band Melayu. Underrated merupakan satu istilah yang gagal lari dari dalam Pretty Ugly.

6 – ‘aLi – Nonterro

NONTERRO – the boss by roslan aziz productions

Sebuah lagu yang kalau kita ada kuasa untuk menukar rupanya menjadi seorang atlit kebangsaan, pingat emas Olimpik sudah pasti berada dalam tangan. Kelas dunia.

“Bila lu berhajat mencari, silalah menolak gagal”

7 – Waheeda – Melodi Ahlan

Fokus – betapa selambanya Mrs Hayy meng’ole’kan fusion Arabia dan Espana. Mengujakan.

8 – Sudirman – Chow Kit Road

Salah satu lagu terbaik nyanyian almarhum yang gemilang membawa nilai pop Broadway dengan suntikan kekata marhaen. Eh.

9 – Sheila Majid – Pengemis Muda

Kalau kau tak suka lagu ni tak tahulah. Catchy. Nilai progressive dan virtuoso berkeliaran juga dalam lagu ini. Tapi semuanya kena dan mudah ditangkap.

10 -A.P.I – Pelita

Takkan tak masuk senarai? Meaningful.

11-Carefree – Si Baju Hijau

“Peluru tak bermata, harus waspada”

12- Dato Shake – Umi

Mengenangkan ibu memerlukan soul yang dalam dan Latuk sudah delivered that essential part dalam lagu ini. Membahagiakan ibu?

13 – Akta Angkasa – Chatetan Konkerit

Keratan Pengakhiran.  Wau Wau Wau.

14 – IKLIM – Blues Terengganu Kita

Lagu tema pelancongan terbaik negara amnya dan Terengganu khususnya merangkap lagu terbaik IKLIM.

15 – OAG – NowWhy2

Maaf. Kualiti video tidak memberangsangkan. Last resort kerana pilihan lain kurang memuaskan hati. Apa-apa pun, ini arguably lagu Nasyid Melayu terbaik. Jelas jalur Suedenya. Halatuju nasyid di Malaysia perlu lebih ‘bebas’ seperti lagu ini.

Cukuplah 15 dulu yea.

July 31, 2011

Misi Untuk Gagal Memuaskan Hati Semua Pihak – 100 ke 150 Lagu Melayu / BM / Malaysia Terbaik yang Terdapat dalam Koleksi.

Filed under: Uncategorized — kinell136 @ 10:49 am

Hai, sudah lama kita tak berjumpa ya.

Dalam beberapa minggu lalu, saya pernah dengan penuh dedikasi mengumpul lagu-lagu yang dipilih Majalah Rolling Stone sebagai 150 Lagu Indonesia Terbaik. Ia membawa saya kepada nama-nama yang selama ini saya tidak kenal dan turut membuatkan saya menjadi lebih ingin tahu untuk melakukan penggalian yang lebih dalam. Nama-nama seperti Guruh Gipsy (sebuah band prog rock yang kaya dengan pengaruh Bali), Duo Kribo (psychedelic rock yang direct), Koil (mungkin Nine Inch Nails Indonesia), Seringai (band metal yang ‘peduli’) dan Rien Djamain (yang punya suara yang damai). Proses ini juga membantu meningkatkan tahap penghargaan saya terhadap seniors malar segar yang lain seperti Iwan Fals, almarhum Chrisye, almarhum Bing Slamet, Titiek Puspa, Achmad Albar dan Godbless serta beberapa nama lain. Cukup sebak membaca kisah band prolifik lagenda iaitu Koes Plus yang tidak menuai hasil yang setimpalnya daripada ratusan karya mereka meskipun masih terus menerus dijual dan didendangkan sehingga ke hari ini.

Paling menarik, berdasarkan daftar lagu yang terkandung dalam koleksi ini, saya mungkin boleh mengira dengan jari sekiranya saya mahu, lagu-lagu yang bertema cinta mati syahdu sedan kerana tema dan mesejnya yang cukup pelbagai. Koes Plus boleh berdendang lagu tentang kelawar dan bas sekolah (Kelelawar dan Bis Sekolah), Naif bercerita situasi lagak pemilik kereta sport yang akhirnya ditimpa kecelakaan (Mobil Balap), Efek Rumah Kaca sendiri menyindir telinga massa yang gemarkan lagu-lagu cinta minor (Cinta Melulu), The Adams bercerita tentang pelibur yang pulang awal (Konservatif), Titiek Puspa membangkitkan nasib pekerja seks yang dipandang rendah oleh masyarakat dan menangisi pemergian sahabat (Kupu-Kupu Malam dan Bing), Ahmad Band dengan sebuah lagu kritik sosio politik yang pedas (Distorsi)..dan banyak lagi.

Oleh itu sempena Ramadhan tahun ini, saya berharap agar saya dapat menjalankan projek seperti yang tertera pada tajuk di atas dengan lancar. Beberapa objektif yang saya fikir sesuai dalam mencari merit lagu-lagu tersebut ialah:

1) – Lagu cinta akan dikurangkan bilangannya seminimal mungkin hingga ke tahap minoriti. Piawaian melalui lirik perlu teliti kerana lagu cinta juga boleh berkembang menjadi ‘spiritual’ bentuknya.

2) – Punya latar muzik yang kedengaran ‘baik’ pada zamannya dan ‘baik’ itu bersifat bebas dan subjektif.

3) – Kewarganegaraan pengkarya mungkin akan dipertimbangkan juga. Mungkin tak ada banyak lagu M.Nasir atau Ramli Sarip nanti.

4) – Cuba untuk memasukkan pelbagai genre muzik.

5) – Medium Bahasa saja meskipun senarai Rolling Stone punya lagu dalam Bahasa Inggeris. Penggunaan lebih daripada satu bahasa boleh diambil kira.

6) – Tidak berkonsepkan ranking.

Jadi kepada mereka yang mungkin tersinggah ke rumah saya ini, dan sudi menghulurkan bantuan dan cadangan, saya dahulukan dengan ribuan ucapan terima kasih.

Projek ini hanya untuk menyerikan rumah ini dan senarai yang bakal siap nanti belum tentu autoritatif atau punya nilai rujukan yang tinggi.

Sekian

Salah satu lagu yang bakal mengisi projek ini ada dalam kepala saya sekarang

Serius.

January 18, 2011

Tepuk-Tepuk.

Filed under: Uncategorized — kinell136 @ 2:24 pm

Siapa dah tonton True Grit? Filem tema Western arahan adik beradik Ethan dan Joel Coen ini telahpun bocor di interwebs minggu lalu dan saya sudah menontonnya.

Paling menarik perhatian saya tentang True Grit versi 2011 ini bukan tiga nama besar yang membintanginya – Jeff Bridges, Josh Brolin dan MAAATTT DAAAMENNN, tetapi lakonan memukau Hailee Steinfeld yang membawa watak Mattie Ross yang digambarkan sebagai ‘gadis remaja yang ringkas, tabah, cenderung untuk berterus terang, mempunyai kualiti luar biasa’.

Hailee Steinfeld baru berusia 14 tahun. Deffo one for the future.

*henshin..errr..confused kejap..nak tekan hebe mode ke ephebo mode?*

St. Jerome’s Laneway Festival 2011 di Singapura

Filed under: Uncategorized — kinell136 @ 11:16 am

Warpaint

Bakal dilangsungkan di Fort Canning, Singapura 29 Januari ini bermula jam 2 petang.

Menampilkan barisan pemuzik-pemuzik berbakat yang semakin bersinar seperti Foals, Warpaint, Beach House, The Temper Trap, Deerhunter, Yeasayer, Chk Chk Chk, Ladyhawke, Holy F@#K. Beberapa band tempatan dan serantau juga dijangka akan dijemput untuk bermain.

Tiket-tiket untuk ‘burung-burung terawal’ berharga $99.50 khabarnya sudahpun habis dijual.

 

Dalam perkembangan lain, kumpulan tiket berharga EMPAT RATUS FAKKING SEMBILAN PULUH LAPAN FAKKING RINGGIT untuk menyaksikan konsert Jastin Bebek April ini di Stadium Merdeka juga sudah habis.

January 17, 2011

La Masia – ‘Sekolah’ yang Menghasilkan Messi, Xavi dan Iniesta.

Filed under: dunia, kin-ell, sukan — kinell136 @ 11:27 pm

Baru-baru ini, Lionel Messi telah menggondol anugerah Bola Emas (Ballon d’Or) FIFA. Dalam senarai terakhir, dia mengenepikan cabaran dari rakan sepasukan Andres Iniesta dan Xavi. Senarai tersebut mencipta sejarah, bukan hanya kerana ketiga-tiga pemain datang dari kelab yang sama. AC Milan terlebih dahulu telah melakukannya pada tahun 1988 (Van Basten, Gullit, Rijkaard) dan 1989 (Van Basten, Rijkaard, Baresi). Senarai terakhir calon-calon untuk tahun 2010 pula mencipta sejarah tersendiri apabila membariskan tiga finalis yang dilahirkan dari akademi dan melalui sistem yang sama.

La Masia: Asal Usul

Terletak berhampiran dengan Camp Nou, La Masia adalah nama kompleks yang digunakan oleh Akademi Remaja Barcelona. Asal usul nama La Masia datang daripada bangunan pusat kompleks tersebut yang merupakan sebuah petempatan lama yang didiami sejak dari tahun 1702. Apabila Camp Nou siap dibina pada tahun 1957, bangunan tersebut telah ditutup namun kemudiannya diubahsuai pada tahun 1966 dan dijadikan pejabat kelab. Ia kekal sebagai pusat pentadbiran kelab sehingga tahun 1979 sebelum diubah lagi menjadi tempat kediaman untuk pemain-pemain remaja. Dengan Camp Nou hanya sejarak pandangan mata, adakah ada lagi tempat yang lebih bermakna dan memberikan inspirasi buat pemain muda yang bercita-cita tinggi?

Keputusan untuk menukar fungsi La Masia banyak berpunca, sebahagiannya daripada faktor kondisi bangunan yang sudah tidak mampu untuk menampung jumlah staf kelab yang diperlukan.Namun begitu, salah satu faktor lain yang membawa kepada keputusan tersebut ialah cadangan yang dikemukakan oleh bintang Barca pada waktu itu iaitu Johan Cruyff.

Pengaruh awal Cruyff

Setelah 10 tahun penuh gemilang bersama kelab tempat kelahirannya Ajax, Johan Cruyff berhijrah ke Barcelona pada tahun 1973. Dia bermain bersam Barca selama lima tahun walaupun selama waktu itu mereka hanya menjulang kejuaraan liga sekali dan Piala Raja (Copa del Rey) sekali. Cruyff meninggalkan Barca pada tahun 1978 tetapi tidak sebelum beliau meyakinkan presiden kelab, Josep Nunez dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah akademi yang sama seperti yang ada di Ajax.

Sepuluh tahun kemudian, Cruyff kembali ke Barcelona, kali ini untuk menjawat posisi pengurus. Walaupun beliau membawa masuk bintang-bintang luar seperti Romario (Brazil), Hristo Stoichkov (Bulgaria), Ronald Koeman (Belanda) dan Michael Laudrup (Denmark), beliau turut mula melihat dan menyemak semula sistem yang beliau cadangkan sepuluh tahun sebelumnya. Hasilnya sangat memuaskan apabila Guillermo Amor menjadi antara produk Akademi terawal yang diserap masuk ke dalam skuad utama. Amor kemudiannya merakam pencapaian hebat apabila memenangi 17 kejuaraan, yang terbanyak pernah diraih oleh seorang pemain dalam sejarah kelab.

Pada tahun 1992, Barcelona akhirnya menjuarai Piala Eropah buat pertama kalinya setelah menewaskan Sampdoria di Wembley. Dua pemain kelahiran Akademi La Masia, Albert Ferrer dan Josep Guardiola membarisi kesebelasan utama final tersebut dengan penjaga gol Carles Busquets berada di bangku simpanan. Walaupun jumlahnya masih kecil, Cruyff membuktikan bahawa sistem ini boleh memberikan kesan di peringkat tertinggi.

Pengaruh Cruyff seharusnya tidak boleh dipandang remeh. Merujuk kepada kemenangan 5-0 Barca ke atas musuh tradisi Real Madrid beberapa bulan yang lepas, komen ketua jurulatih Pep Guardiola

“(kemenangan 5-0) ini tidak dapat dicapai dengan empat sesi latihan sahaja. Ia adalah hasil daripada proses yang lama dan dalam bolasepak, tiada istilah sabar. Namun kami di sini tetap setia bersama model Cruyff.

Selepas Cruyff meninggalkan Barca, beberapa orang pengurus datang dan pergi silih berganti dengan akademi remaja tidak menunjukkan kemajuan yang ketara walaupun Louis Van Gaal pernah menyatakan bahawa beliau mahukan Piala Liga Juara-Juara Eropah dengan barisan sebelas pemain didikan Akademi. Kenyataannya, para pengurus selepas Cruyff gagal memberi perhatian yang secukupnya sehingga membenarkan pemain-pemain berbakat besar seperti Cesc Fabregas disambar oleh kelab-kelab lain.

Dalam tahun 2006, dibawah kendalian seorang lagi jurulatih kelahiran Belanda, Frank Rijkaard, Barcelona memenangi Liga Juara-Juara buat kali kedua sepanjang sejarah kelab apabila mengalahkan Arsenal 2-1 di Paris. Ketika itu, terdapat tiga produk Akademi dalam kesebelasan utama iaitu Victor Valdés, Oleguer Presas dam Carles Puyol. Albert Joquera, Xavi Hernandez dan Andrés Iniesta berada di bangku pemain-pemain simpanan. Jumlah pemain yang terlibat dalam final tersebut merupakan satu peningkatan daripada final 1992 tetapi pencapaian ini dirasakan masih biasa saja.

Renaissance di bawah Guardiola

Setelah lima tahun melatih Barcelona, Rijkaard mengundur diri untuk digantikan oleh jurulatih Barcelona B iaitu Josep Guardiola. Di bawah kendalian Guardiola, Barcelona B telah mencapai kenaikan divisyen dari Divisyen Terecera ke Segunda B. Setelah dilantik, Guardiola menggabungkan bintang-bintang muda yang lahir dari Akademi bersama pemain-pemain yang lebih berpengalaman. Sebagai peyokong kuat kelab sejak kecil dan juga graduan La Masia, Guardiola mengenalpasti keperluan Barca untuk kembali kepada falsafah dan aturan yang pernah beliau lalui. Bintang-bintang luar yang bermasalah dan mengalami kemerosotan prestasi seperti Ronaldinho, Deco, Gianluca Zambrotta dan Edmilson, ditunjukkan jalan keluar.

Graduan La Masia Gerard Piqué dibawa pulang dari Manchester United dan bintang-bintang pasukan B seperti Sergio Busquets, Jeffrén Suárez dan Pedro Rordríguez diserap masuk ke skuad utama. Impaknya drastik sekali apabila Barcelona mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi ‘treble’ (tiga kejuaraan dalam satu musim) termasuklah gelaran Liga Juara-Juara buat kali ketiga. Kali ini mereka menjinakkan Manchester United di Rom dengan tujuh pemain dari La Masia bermain dalam kesebelasan utama manakala tiga orang lagi di bangku simpanan. 30 tahun selepas buah fikiran Cruyff dikemukakan untuk perhatian Nunez, La Masia telah membuktikan nilainya.

Kepentingan Identiti dan JatiDiri

Banyak kelab mempunyai sistem pembangunan belia mereka sendiri namun cuma segelintir sahaja yang pernah menuai hasil dan faedahnya. Apa yang menjadikan sistem pembangunan milik Barcelona begitu berjaya? Jawapannya terletak pada falsafah La Masia itu sendiri. Dalam satu dokumentari mengenai pembangunan akar umbi, bekas presiden kelab, Joan Laporta berkata

“untuk memiliki pemain-pemain yang dilatih dalam sistem kami merupakan satu perkara yang asas dan fundamental untuk kelab kami baik dari perspektif sukan mahupun dari segi identiti kami.”

Laporta kemudiannya menegaskan bahawa

Barça, sepanjang sejarahnya, telah mencapai kejayaan terbesar ketika sekumpulan pemain tempatan diperkuatkan dengan sekumpulan pemain kelas dunia.”

Bahagian pertama dalam falsafah La Masia ialah idea untuk mempunyai identiti tersendiri. Slogan Barca ialah mes que un club (lebih daripada sekadar kelab). Slogan ini merujuk secara besarnya kepada peranan kelab dalam masayarakat Catalan sepanjang sejarahnya. Barcelona bermatlamat untuk mewakili Catalonia di Sepanyol dan juga di luar negara. Untuk mencapainya, mereka perlu mempunyai satu pengkalan yang memuatkan pemain-pemain ‘tempatan’ dalam pasukan. Ia dapat dicapai dengan 15 orang pemerhati atau pencari bakat di seluruh Catalonia, jumlah yang sama dengan yang telah dilantik untuk melakukan pencarian di serata Sepanyol. Barca turut menghantar 10 orang lagi ke seluruh dunia.

Membawa masuk pemain-pemain yang boleh menjadikan diri mereka sebahagian daripada kelab merupakan satu taktik yang logik dalam zaman dunia berorientasikan wang seperti sekarang. Kes Luis Figo memberikan pengajaran berguna kepada Barca tentang apa yang pemain-pemain akan lakukan demi wang. Sudah tentulah Figo berbangsa Portugis dan tidak mempunyai ‘ikatan’ yang kuat dengan Barca, namun begitu, amatlah sukar sama sekali untuk membayangkan pemain-pemain tempatan dan Catalan seperti Xavi dan Puyol berhijrah ke Real Madrid. Situasi yang sama boleh diperkatakan juga untuk Iniesta dan Messi. Walaupun mereka bukan anak jati Catalonia, mereka sudah bersama Barca sejak usia mereka masih remaja dan telah beberapa kali menyatakan kesetiaan mereka terhadap kelab.

Gabungan Total Football dan tiki taka.

Apabila anda mula beridentiti anda juga memerlukan falsafah permainan bolasepak dan ini membawa kita balik semula kepada Johan Cruyff. Begitu banyak falsafah permainan bolasepak yang dunia telah saksikan,  total football dari Belanda adalah antara yang paling dikenali. Johan Cruyff merupakan pemain yang sering dikaitkan dengan gaya ini dan beliau kemudiannya ingin menjelmakannya semula di Barcelona.  Total football adalah idea yang menitikberatkan aspek fleksibiliti, tiada seorang pun pemain di atas padang yang mempunyai posisi tetap. Ia bermaksud sesebuah pasukan berfungsi lancar dengan seorang pemain bergerak ke satu ruang dan pemain lain akan mengisi kekosongan dan memainkan peranan yang ditinggalkan. Ia memerlukan semua pemain mampu untuk mengawal bola dan membuat hantaran, termasuklah pemain pertahanan dan juga penjaga gol. Hasrat Cruyff adalah untuk melihat penggabungan gaya Belanda ini dengan gaya tradisional Sepanyol yang terkenal dengan permainan gaya satu sentuhan,tiki-taka. Hasilnya sangat ketara dalam kesebelasan terkini Barcelona dengan penjaga gol sendiri (Valdes) yang memulakan gerakan menyerang dari bahagian bawah. Kemudian, di bahagian pertahanan, ada Puyol dan Pique yang ‘menghantar’ bola (bukan ‘membuang’) walaupun ketika berada dalam situasi bahaya, pemain tengah seperti Busquets yang boleh mengisi posisi full back dan center half ketika pemain di situ naik ke atas membantu serangan, Xavi yang sentiasa menjaga penguasaan bola juga pemain-pemain yang mahir dalam bermain satu sentuhan dan satu-dua klasik seperti Messia dan Iniesta untuk merobek pertahanan lawan. Akhirnya semua ini dapat diserlahkan oleh Josep Guardiola, graduan La Masia yang tidak tahu cara bermain yang lain selain apa yang telah digambarkan di atas.

Xavi sering dikatakan sebagai pemain tengah terbaik di dunia, dan mampu untuk bermain dengan mana-mana pasukan. Namun begitu, apabila ditanya tentang ‘Xavi bermain untuk Real Madrid’, beliau menjawab

“Saya rasa saya tidak sesuai untuk bermain bersama Real kerana mereka bergerak dan menyerang melalui bahagian tengah. Saya perlukan rakan sepasukan yang menyusup di sebelah sayap, juga yang boleh membuat hantaran diagonal, yang mencipta ruang untuk saya di bahagian tengah, dan yang sentiasa bergerak. Saya bergantung kepada rakan sepasukan dan  gaya bolasepak yang saya tahu, hantaran-hantaran saya tidak akan memberi makna apa-apa tanpa kerjasama rakan sepasukan saya.”

Masa Depan

Pada 7 Disember, Barcelona berdepan juara Russia, Rubin Kazan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Perlawanan tersebut tidak membawa sebarang makna kerana Barcelona sudahpun menjuarai kumpulan namun Guardiola menggunakannya sebagai peluang untuk menguji beberapa pemain remaja berbakat besar. Antara yang melakukan penampilan dalam perlawanan itu ialah Andreu Fontás dan Thiago Alcantara. Mereka turut disertai oleh Marc Bartra, Jonathan Dos Santos dan Víctor Vázquez. Keputusan berpihak kepada Barcelona, 2-0 dengan Fontás dan Vázquez selaku penjaring gol. Sama ada semua nama ini akan menjadi pemain-pemain utama Barca satu hari nanti, tergantung kepada beberapa faktor. Faktor siapa yang menjadi ketua jurulatih ketika itu juga penting.

Guardiola telah mempamerkan komitmen untuk mengamalkan sistem yang banyak membentuk beliau sebagai pemain. Sebelum ini, saya ada merujuk kepada komen Guardiola selepas kemenangan 5-0 dalam elclasico yang lalu. Beliau ada memberi komen mengenai sistem yang diperkenalkan Cruyff tapi ada sebaris yang saya tinggalkan. Berikut adalah komen penuh beliau:

“(kemenangan 5-0) ini tidak dapat dicapai dengan empat sesi latihan sahaja. Ia adalah hasil daripada proses yang lama dan dalam bolasepak, tiada istilah sabar. Namun kami di sini tetap setia bersama model Cruyff. Berdosa besar sekiranya kami tidak mempertahankannya.”


Credit : Jamie McGregor

Artikel Asal :

http://www.spanishfootball.info/2011/01/la-masia-the-school-that-produced-messi-xavi-and-iniesta/

Nak Berlagak Berbual dengan Gaya Konon2 UK?

Filed under: Uncategorized — kinell136 @ 5:52 pm

Mungkin boleh membantu anda sedikit sebanyak:

http://www.whoohoo.co.uk/main.asp

Dah Jawa tu Jawa jugak kehkehkeh

Apa Yang Saya Tahu Tentang Tunisia.

Filed under: Uncategorized — kinell136 @ 12:53 pm

1 – Tunisia merupakan sebuah negara bekas jajahan Perancis. Terletak di utara benua Afrika. Bahasa utama yang digunapakai di sana – Arab dan Perancis.

2 – Pasukan bolasepak mereka sudah tentunya yang pernah layak bermain di Piala Dunia sebanyak 4 kali (1978, 1998, 2002 dan 2006). Saya kurang ingat nama-nama pemain Tunisia kecuali ada beberapa nama yang saya ingat seperti Ziad Jaziri, Karim Haggui dan Hatem Trabelsi. Hatem Trabelsi, seorang pemain bek kanan berbakat, pernah bermain untuk Ajax Amsterdam dan Manchester City. Jurulatih Perancis, Roger Lemerre yang membawa Perancis menjulang Piala Eropah 2000 anjuran bersama Belgium dan Belanda juga pernah membimbing Tunisia sehingga menjuarai Piala Negara-Negara Afrika 2004 yang diadakan di laman mereka sendiri.

3 – Saya masih ingat cerita senior saya semasa zaman sekolah dulu mengenai kecantikan wanita Tunisia. Cerita ni beliau dapat dari ustaz yang pernah mengajar beliau di sekolah lama sebelum berpindah ke sekolah saya. Cerita ustaz tersebut lebih kurang begini:

“Saya belajar di Tunisia dulu. Perempuan Tunisia memang cantik-cantik. Saya tak pernah tengok perempuan yang lebih cantik daripada perempuan di Tunisia. Cantik sangat sampai terasa susah pula saya masa awal-awal belajar di sana. Susah sebab adik saya bangun sokmo. Tapi dah lama-lama di sana saya mula rasa ok, sangat ok. Alhamdulillah”

Older Posts »

Theme: Silver is the New Black. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.